Saturday, August 28, 2010

Rentetan isu bukan Islam masuk masjid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hari ini Nie-Zarm tidak mahu berbicara panjang lebar...cukuplah gambar yang Nie-Zarm sertakan untuk menghuraikan terhadap apa yang Nie-Zarm berkalam terhadap artikel semalam

Mungkin ada yang tak jelas terhadap gambar tersebut. Gambar masjid karpet warna biru adalah Datin Seri Rosmah Mansor berucap di dalam masjid dan gambar masjid karpet hijau ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Antara orang Islam yang sepatutnya tahu hukum hakam tetapi tidak mempraktikkannya dengan orang bukan islam yang tidak tahu hukum hakam tetapi cuba untuk berpakaian sesopan mungkin.

Jadi, sebagai khalayak ramai, saya serukan kepada semua pembaca untuk membuat perbandingan dan bicaralah dengan seadil-adilnya...
akhir kata saya letakkan lagi sekeping gambar Datin Seri Rosmah Mansor dengan gambar yang lebih besar dan jelas



sekadar bandingan supaya yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan....

Bukan Islam masuk masjid tidak haram.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tengok topik pun dah terkejutkan? Ini isu baru yang mengheret saya untuk menulis dan mengupasnya.

Sebelum itu kita lihat dahulu berita yang membuatkan saya tertarik untuk menulis mengenai orang bukan Islam masuk masjid.

Tindakan YB Serdang cemar imej Islam (berita harian 28 Ogos 2010)

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching masuk ke Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan moreh kepada jemaah surau itu, adalah mencemar imej surau sebagai tempat suci untuk umat Islam beribadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata masjid tidak seharusnya dijadikan sebagai tempat untuk menyampaikan ideologi politik kerana ia ternyata satu kesalahan dan boleh diambil tindakan.

“Malah setiap kaum perlu menghormati peraturan di rumah ibadat kaum lain ,” katanya selepas menghadiri rakaman program Ihya Ramadan Bersama Menteri di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah laman blog yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP itu, memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli PAS, Ahad lalu.

Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meminta jawatankuasa surau supaya mematuhi peraturan yang digariskan selain tidak mengetepikan soal hukum agama.

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan perbuatan Teo sebagai satu tindakan seolah-olah mahu mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Beliau turut kesal dengan tindakan Ahli Parlimen berkenaan yang sewenang-wenang masuk ke ruang solat utama surau bertujuan memberi ceramah dan sumbangan tanpa mendahului tertib, adab dan batasan yang sewajarnya.
“Tidak jadi masalah untuk seorang bukan Islam masuk ke perkarangan surau atau masjid dengan syarat mereka perlu menghormati tempat berkenaan dengan mematuhi adab dan tertibnya,” katanya.

Di SUNGAI PETANI, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan nazir dan ahli jawatankuasa surau itu membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan dan menyalahi hukum.

“Orang bukan Islam hanya boleh melawat kawasan masjid atau surau tetapi tidak boleh memasuki ruang solat rumah ibadat berkenaan apatah lagi memberi ceramah kepada jemaah surau berkenaan.

“Perkara ini disifatkan serius dan ia perlu disiasat secara menyeluruh dan jika benar ia berlaku ia seakan-akan satu bentuk penghinaan terhadap orang Islam,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan sambutan Hari Wanita anjuran Wanita UMNO Baling.

Ulasan saya :
Saya agak terkejut apabila isu ini dibincangkan secara meluas dan digembar-gemburkan media. Sebenarnya saya pernah mendengar golongan ustaz dan ustazah mengulas mengenai perkara ini dan mereka sebulat suara menyatakan bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid dengan syarat mereka menutup aurat.

Dalam kes ini, saya tidak pasti adakah YB menutup aurat ke tidak ketika masuk ke dalam surau tersebut, tetapi apabila berita ini disiarkan menampakkan lagi imej Islam kepada bukan Islam bahawa Islam isu sempit.

Dalam keadaan ini saya mengistilahkan bahawa sudah ada golongan yang kononnya alim mengeluarkan fatwa sebegini sedangkan kita dapat melihat masjid di ibu kota seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur membenarkan orang bukan Islam menjejakkan kaki ke dalam masjid tersebut.

Dengan ini saya memberi rumusan bahawa isu ini DIPOLITIKKAN oleh golongan tertentu bagi menyatakan bahawa mereka ini merupakan jaguh Islam tetapi sebenarnya mereka berbohong.

Ketika isu ini diputarkan, mereka dengan jelas berlagak hero, tetapi apabila isu judi sukan dikeluarkan, mereka senyap membisu.

Bahkan salah seorang menteri perempuan bersuara dalam bab ini tetapi beliau sebagai perempuan Muslim pun tidak mampu menutup kepalanya dengan penuh, jadi apa guna kononnya alim tetapi tidak mengalimkan diri dengan menutup aurat dengan sempurna?

Cuma saya ingin menegaskan bahawa jangan dipolitikkan tugas beliau yang merupakan ahli parlimen kerana beliau berhak menunaikan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat

Friday, August 27, 2010

Salam Ramadhan dan Salam Nuzul Al-Qur'an


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kali ini Kalam Nie-Zarm ingin berbahasa Melayu setelah sekian lama bercakap dalam bahasa Inggeris dan sekian lama juga tidak bercakap mengenai dunia yang dihadapi Nie-Zarm.

Alhamdulillah pada tahun ini Selangor telah memulakan cuti Nuzul Al-Qur'an sama seperti di Kelantan tanah tumpah darah Nie-Zarm.Walaubagaimanapun Nie-Zarm sendiri masih lagi kurang dalam membaca Al-Qur'an kerana dikejar dengan kesibukan yang tidak henti-henti walaupun menghadapi musim peperiksaan terakhir.

Agak keletihan juga kerana terpaksa mengharungi peperiksaan akhir semester dalam keadaan yang berlari-lari. Walaupun sudah akhir semester tetapi tugasan masih lagi perlu dihantar apatah lagi banyak tugasan yang ditangguh akibat kemalangan yang berlaku pada bulan Julai yang lalu.

Namun segala kesusahan dan kekusutan, tetap mempunyai masa untuk terus berkarya dalam memastikan minda sastera terus berkembang.

Untuk pembaca yang ingin membaca karya yang saya terbitkan di facebook,bolahlah layari facebook dan "click add" dekat saya dan bacalah karya tulisan saya dalam ruangan "notes".

Insya Allah jika berkesempatan saya akan menulis cerpen di dalam blog ini sebagai ruang untuk berkongsi 1001 cerita dari insan yang bertebaran di bumi ini.

Tidak lupa juga untuk menceritakan isu-isu semasa dan minda mahasiswa bagi menjana minda kelas pertama ke arah melahirkan mahasiswa cemerlang pembangun agama dan bangsa pada suatu hari ini...

Salam perkenalan semula dari Kalam Nie-Zarm


Who want to try the new recipe?

it's very delicious...

Another way of treating my rice more ... suitable for young children who do not want to eat rice ...
Ingredients (8 mini pieces)
• 2 cups cooked rice
• * carot 50gm
• * 50gm celary
• * vegetables can be replaced with a favorite vegetable ...
50gm chedar cheese • - cut into small pieces
• 1st eggs - to spread on mini burgers
• 1 teaspoon MAGGI seasoning (follow love)
• adequate salt

how to make it? Let's do it...

1.Wash vegetables and small pieces and then put in a bowl filled with rice and cheese. Combine all ingredients and put enough peras

2.Sign in food processor and let all the material well - if there is no food processor can use a dry blender or any way to Blend all the ingredients.

3.Take some dough and circle and pressed flat

4.Rub the egg mixture and cooked mini burgers on the pan that has been rubbed with oil / butter


5.Cook until crispy and the second part may be served with bread or eat so only with your favorite sauce ...

only five easy step to do it...

 
Photography Templates | Slideshow Software