Saturday, January 22, 2011

Syarahan Za'ba : Melayu dan Perubahan

berada di atas bas bersama "Mat Jae Leman"

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sejak bergelar Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di bumi KUIS,pelbagai undangan, jemputan dan ajakan (betulkah ayat ini?) bertalu-talu datang.
Antaranya adalah jemputan daripada pihak Universiti Industri Selangor (UNISEL) atas nama kerajaan negeri Selangor yang menganjurkan program Syarahan Za'ba : Melayu dan Perubahan yang dianjurkan pada 12 Januari 2010. Seramai 48 mahasiswa dan mahasiswi daripada KUIS bertandang ke sana.
Kami di pihak siswa memang agak lega dan senyap kerana hanya 8 orang sahaja siswa yang ke sana. Program ini adalah program kilat, maka tidak sempat untuk membuat publisiti secara meluas, maafkan saya.
Setelah sampai ke UNISEL, kami terus memasuki Dewan Serbaguna UNISEL menunggu kehadiran dif-dif kehormat. Dijangka yang akan hadir adalah Menteri Besar Selangor dan individu yang akan memberi syarahan adalah Prof. Adnan Nawang dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang arif mengenai sejarah Malaysia.
Banner program

Setelah meneliti "banner" program, rupanya yang hadir sama adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim yang merupakan penasihat ekonomi Selangor dan ketua pembangkang Malaysia. Setelah semua VIP masuk, Dr. Muhamad Nor Manuty yang merupakan warga KUIS juga hadir.

kehadiran VVIP masuk ke dalam dewan

Syarahan berjalan seperti biasa dan sesi soal jawab pun berjalan seperti biasa. Cuba juga saya menduga pensyarah UPSI ini mengenai sejarah PEMUDA-AMJCA dan Perlembagaan Rakyat, rupanya beliau pun mengetahui perkara ini.

ada juga yang tidur
macam berpidato pulak dah!!!
jamuan juga disediakan oleh pihak penganjur
kumpulan mawar mekar harum di UNISEL
sempat bersama dengan sasterawan negara Datuk A.Samad Said

Nie-Zarm semakin tidak sempat untuk menulis, insya Allah akan cuba update setakat mana yang mampu. Terima kasih kerana bersama nie-zarm. Moga Allah merahmati pembaca semua

Wednesday, January 12, 2011

Bencana Operasi dan Menyelamat (BOM) 2011





Assalamualaikum dan sejahteralah ke atas pembaca sekalian berada di dalam rahmat Allah.

Kali ini nie-zarm akan berbicara mengenai Kursus Bencana Operasi dan Menyelamat (BOM) 2011 yang diadakan di Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Nie-zarm teringat kembali pada BOM yang mana ketika itu hanya menjadi ahli biasa sahaja, tetapi pada kali ini pergi atas nama sebagai Pegawai Jawatankuasa Kecil (PJKK) Kuarter Master dan bertugas sebagai Biro Kuarter Master Peralatan. Jadi tak adalah lari daripada bidang tugas yang sedia ada.

Kalau dulu ketika menjadi ahli begitu tertekan dengan arahan, tetapi kali ini diri sendiri yang adakalanya memberi arahan kepada ahli pula, adakalanya tak sampai hati tetapi sabar sahajalah diri. Perlu menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh dimanja kerana ini adalah kursus, bukannya camping yang boleh sesuka hati buat ikut hati sendiri. Ada rancangan dan pelaksaan tertentu.

Sampai sahaja di lokasi, peserta diberikan taklimat, solat asar, pemeriksaan bagasi (macam nak terbang ke oversea la pulak...) dan penyerahan harta rampasan perang...hahaha...

pak mus sedang menggeledah beg-beg yang ada

hidayah qaireena pon menggeledah jugak...

Tu diaa...(bunyi macam loghat utagha sket) inilah harta rampasan yang dinyatakan...sebenarnya bukan harta rampasan,tetapi kami (pegawai) terpaksa kumpulkan semua ini adalah kerana untuk mengelakkan dompet, telefon bimbit, kad matrik, dan pelbagai harta berharga hilang kerana faham sahajalah, mungkin dalam kalangan mereka ini ada "perompak" ataupun orang luar yang mungkin akan merompak harta mereka.

Setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan barulah dibenarkan peserta untuk memilih khemah yang mereka suka, satu khemah 4 orang.


Lelaki dibahagikan kepada empat kumpulan manakala perempuan dibahagikan kepada lima kumpulan. Bila maghrib tiba, semua solat dan menghayati Yasin doa semalat supaya dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.

khusyuk...

Kursus pun bermula pada malam itu selepas makan dan solat isyak...Keempat-empat jurulatih kami datang ketika makan malam dan buat kami terkejut juga sebab setelah Biro Komunikasi cuba menghubungi mereka, tiada respon diberikan. Tapi Alhamdulillah sampai jugak.

Kalau nak tulis semua memang jenuhlah jawabnya kan? Kalau nak tengok kesemua gambar bolehlah click di URL ini :
http://www.facebook.com/album.php?aid=40075&id=100000699796838&l=3209893c58

Wednesday, January 5, 2011

1432/2011 dan misi baru...

Assalamualaikum dan salam tahun baru 1432 hijrah...
Sudah sekian lama nie-zarm tidak menulis di sini. Kali ini hanya menulis sekadar sedikit sahaja kerana kesibukan sudah mengejar,bila berjalan pun akan berjalan lebih pantas daripada biasa,minda tetap berpusing berfikir walaupun dalam keadaan lena,pelbagai bayangan tugasan dan amanah yang perlu diselesaikan. Sehingga mengundang demam kini. Apa-apapun itu semua datang daripada Allah dan kepadanya kita akan kembali.

Apa-apapun,semoga dengan kedatangan tahun baru ini sama ada hijrah mahupun masihi, kita akan menjadi manusia yang lebih bertaqwa kepada Allah dengan harapan agar penghijrahan ini menjadi penghijrahan rohani yang besifat hakiki, bukannya agak sekadar bising di luar tetapi tidak ada tindakan.

Mudah-mudahan ianya akan memberikan sesuatu yang terbaik buat kita semua.


2011 adalah tahun pertama dalam kehidupan nie-zarm yang menggunakan buku "Perancangan Eksekutif" atau dalam bahasa biasanya adalah planner.

Namun planner ini adalah planner yang bukan sahaja cantik tetapi mempunyai info-info yang pelbagai dari sudut ilmu islami, motivasi dan tips-tips yang berguna untuk kita semua.

Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan seharian kita ke arah mencari Mardhatillah...Amin

 
Photography Templates | Slideshow Software