Posts

Showing posts from February, 2011

CAKNA MAHASISWA : Student SMART '11 d Broga...from KUIS with Ta'dib

Image
Assalamualaikum dan salam ta'dib

Islamic Core Ideology and Core Competency, itulah yang menjadi tujuan utama program anjuran pihak pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bersama dengan pimpinan mahasiswa daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa, Jawatankuasa Perwakilan Nuqaba' (JPN, yang dahulunya dikenali sebagai MPN iaitu Majlis Perwakilan Nuqaba'), Jawatankuasa Perwakilan Mahallah (JAPIM, yang dahulunya dikenali sebagai MPMM iaitu Majlis Perwakilan Mahallah Mahasiswa) dan juga wakil daripada Persatuan Mahasiswa (PM) dari setiap fakulti yang dianjurkan pada 26 dan 27 Februari 2011.

Student SMART '11 bukan sahaja untuk memberi kursus mengenai untuk menjadikan KUIS sebagai institusi melahirkan insan ta'dibi, tetapi dalam masa yang sama untuk menilai kembali MISI PIMPINAN MAHASISWA KUIS untuk menjadi model ke arah pembinaan ta'dibi dan dalam masa yang sama untuk memastikan PIMPINAN MAHASISWA BERSUARA JIKA BERLAKU KEPINCANGAN DI DALAM PENGURUSA…

CAKNA MAHASISWA : Ilmu di Dada VS Ilmu di BUKU

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya rasa semua pembaca KALAM NIE-ZARM khususnya warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sudah pun berada dalam keadaan kelegaan setelah berhempas pulas dengan peperiksaan akhir. Tahniah sebagai pembuka ucapan ana tuturkan.

Ana sendiri pun baru keluar daripada Dewan Peperiksaan Utama (DPU) pagi tadi. Cuma ada suasana yang cukup membuatkan ana "sakit mata" di sana. Suasana sebegini yang ana saksikan.





Suasana ini ana dapat daripada persekitaran DPU, cukup menyedihkan bahawa MAHASISWA ISLAM tetapi MEMBUANG ILMU yang mereka ada. Kalau benar merasakan buku-buku, nota-nota itu tidak berguna sekalipun, lupuskanlah nota-nota tersebut secara yang betul agar ia tidak menimbulkan fitnah kepada ISLAM kerana MEMPUNYAI MASYARAKAT YANG TIDAK MENCINTAI ILMU.

Bagaimana untuk menghadapi serangan daripada musuh-musuh Islam jika keadaan masyarakat Islam sendiri dalam institusi pendidikan Islam, pembudayaan "SAYANG ILMU" tidak diprakti…

CAKNA MAHASISWA : Niqab ,Purdah dan Peperiksaan Akhir

Image
Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya tidak berhajat untuk menulis sebenarnya memandangkan saya akan menghadapi peperiksaan akhir semester pada beberapa jam lagi, setelah menelaah buku dan memahami sosiologi media dan Islam.

Tetapi desakan saya untuk menulis kali ini agak memuncak, mungkin kerana nasib mereka yang tidak seperti saya yang mungkin lebih senang dari mereka, maka kalam nie-zarm kali ini perlu untuk bersuara.

Kalau tengok daripada tajuk, mungkin semua sudah dapat menganggapkan bahawa isu kali ini mengenai kaum hawa. Bukan mengenai kecantikan mereka tetapi mengenai hak mereka untuk memasuki peperiksaan akhir semester dengan tenang dan tidak mempunyai masalah.

Dikhabarkan bahawa ada golongon siswa yang berniqab dan berpurdah tidak boleh memasuki dewan peperiksaan akhir sehinggakan kain yang menutup wajah mereka mesti ditanggalkan untuk tujuan pengecaman dan juga untuk mengelakkan penyamaran mahasiswi masuk ke dalam peperiksaan akhir.

Tetapi saya mendapat…

CAKNA MAHASISWA : Bersama Membantu Sahabat Di Bumi KUIS!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun dalam kesibukan peperiksaan akhir, saya tetap turun menemui sahabat-sahabat dalam masa yang seadanya.

Saya bersama dengan sahabat-sahabat lain berjumpa sambil berusrah dalam menyelusuri rona kehidupan masyarakat kampus walaupun dalam kesempitan masa. Pada 21 Februari 2011 jam 9 malam di salah satu bilik di Blok A.


Usrah tersebut dimulakan dengan jamuan secara berjemaah dengan seramai 8 orang berkongsi satu talam dan selepas itu dimulakan dengan usrah yang dipandu oleh seorang pensyarah daripada UKM.

Alhamdulillah dengan izin Allah selepas daripada usrah tersebut, saya berdiskusi sementara dengan tuan bilik tersebut yang juga merupakan mahasiswa OKU, Zulqarnain Mohd Zain. Beliau yang biasa saya panggil dengan panggilan "Abe Zul" sentiasa mesra dan mengukirkan senyuman, apatah lagi sudah lama saya tidak berjumpa dengannya di Masjid Al-Azhar.


Saya sempat berbicara dengan beliau yang juga merupakan mahasiswa Diploma Dakwah. Sekarang belia…

Majlis Diskusi Wakil Mahasiswa dan Anak Muda Bersama Pemimpin Negara.

Image
Pada 11 Februari 2011 (jumaat) Naib Presiden II (Kebajikan) Majlis Perwakilan Mahasiswa, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Saifulnizam bin Muhamad dijemput sebagai salah seorang panel untuk program "Majlis Diskusi Wakil Mahasiswa dan Anak Muda Bersama Pimpinan Negara".



Program tersebut dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan Kerjasama Majlis Bandaraya Sepang (MBS). Program tersebut menemukan wakil mahasiswa dari pelbagai kampus bersama dengan wakil daripada pelbagai parti politik. Pada perancangan pihak penganjur, wakil daripada UMNO, YB Datuk Razali Ibrahim yang merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta wakil daripada PKR, YB Nurul Izzah Anwar dijadualkan hadir pada malam tersebut, tetapi mereka berdua tidak dapat hadir kerana komitmen yang tidak dapat dihalang.
Pun begitu, wakil daripada parti politik yang hadir adalah webmaster UMNO-reform, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr. Zuhdi Marzuki, ADUN Teratai daripada DAP, YB Jan…

CAKNA MAHASISWA : Kad Matrik Oh Kad Matrik

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga KUIS mahupun semua pembaca budiman.

Tengok tajuk pun sudah menggambarkan apa topik yang ingin saya bincangkan pada kali ini. Kad matrik sekarang di KUIS adalah perkara yang wajib dibawa ke mana-mana. Selalunya ada yang mengganggap kad matrik digunakan untuk mengelakkan saman dan untuk memasuki final exam. Apa-apapun terpulang kepada anda untuk menilai kebenaran tersebut.

Cuma saya ingin menyuarakan satu perkara mengenai kad matrik. Kenapa bersepah-sepah saya jumpa? Bukan satu, bukan dua tapi sebanyak ini.

Boleh tahan jugak banyak kad matrik ni. Gambar ni sengaja diambil sejauh mungkin untuk mengelakkan aib si pemunya. Kalau salah mohon betulkan.

Saya pun tidak tahu, kalau masalah kecuaian, saya boleh terima lagi. Tetapi kalau ada yang sengaja tak nak ambil, itu saya tak dapat nak ulas panjang lebar. Sebab semua kad ini telah diletakkan di hadapan pejabat Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) selama 2 minggu hingga 1 bulan setengah, tetapi tida…

CAKNA MAHASISWA : Isu Lift rosak di parcel 5

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalam ini saya ingin tujukan buat warga siswa di KUIS.
Masalah lift yang selalu rosak di parcel 5.
Kerap saya mendapat aduan daripada rakan siswa mengenai perkara tersebut.
Tetapi saya terjumpa sesuatu yang menarik perhatian saya adalah memo yang dikeluarkan oleh pihak Rehda Resources. inilah rupa bentuk memo yang saya jumpa.

memo yang dikeluarkan

Kalau ada yang tidak jelas apa yang ditulis di memo ini, akan saya jelaskan lagi. Ditulis di situ "LIF BOLEH DIGUNAKAN KECUALI ARAS 8 KERANA BUTANG LIF TELAH DIBAKAR OLEH PELAJAR. SESIAPA DARI ARAS 8, SILA GUNA LIF DI ARAS 7 ATAU 9."

Saya rasa terpanggil untuk menulis isu ini. Tidak mahu berat sebelah dan tidak mahu menyalahkan sesiapa pun. Kalau benar Rehda Resources yakin bahawa ianya dibakar oleh pelajar, siapa pelajar itu dan adakah benar Rehda mendapat maklumat daripada mahasiswa itu sendiri? Kepada mahasiswa yang mungkin kalau benar ada yang bakar, (kalau dia atau mereka yang bakar tu baca blog sa…

Kepentingan mengemaskini atau "update" blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sudah lama rasanya tidak mencoretkan kalam di medan ini. "Aulawiat" atau keutamaan perlu dicurahkan kepada perkara yang perlu diangkat. Apatahlagi selepas bergelar sebagai salah seorang "Majlis Perwakilan Mahasiswa" yang ditaklifkan sebagai "Naib Presiden Kebajikan", memang sibuk memanjang.
Tetapi kini sudah merasakan bahawa betapa perlunya untuk selalu mengemaskini blog saya sendiri. Kerana baru saya sedari bahawa kaedah penyampaian khususnya mengenai isu yang mengaitkan kebersamaan mahasiswa perlu menggunakan pelbagai medium untuk memastikan bahawa kita benar-benar dekat dengan mahasiswa yang merupakan sahabat kita yang paling dekat.
Bukan kerana untuk mengejar populariti, tetapi apa yang lebih penting adalah supaya tidak menimbulkan fitnah sebagai pemimpin. Kalau buat kerja dalam senyap tanpa memaklumkan kepala sahabat-sahabat mahasiswa lain, bimbang mereka menyatakan saya "goyang kaki" di atas.
Maka baru sa…

Epilog Perjuangan : Piramid Giza Bergoncang Lagi!!!

Image
Assalamualaikum Mr. President,Kaifa Haluki Ya Hosni??? (ape khabar wahai Hosni??)Kau kini di mana???
Di sana sini mengejar kamu,Namamu harum disebut-sebut pada kalam insani,Tetapi,Itu nama mereka yang menyanjungmu,
Namamu juga harum bagaikan bau sampah,Cacian, makian dan sumpahan buat proksi Amerika,Kamulah yang menutup pintu ke Palestina,Kamulah yang membawa bumi Anbiya ke arah liabiliti yang tidak terhingga,Kamulah yang menghalang Ikhwan membawa sunnah,
Rasakanlah wahai Mr.President,Piramid Giza bergoncang lagi,Mumia tidak akan mengejarmu,Tetapi Makkal Sakhti (kuasa rakyat) akan mengikatmu,
Kaifa Haluki Ya Hosni???Assalamualaikum Mr.PresidentRasakan apa yang kamu buat™Hak Cipta Terpelihara©Nie-Zarm Records and Literature Sdn. Bhd.p/s : sekadar kreativiti, diharapkan ianya mampu membuatkan kita mendoakan agar semua umat Islam yang membela Islam di sana selamat dan menjadikan contoh buat semua rakan yang lain untuk berjihad menentang yang batil Kaulah penghalang ibu ini untuk menyelama…