Posts

Showing posts from March, 2011

CAKNA MAHASISWA : Bersama Rakan Daripada Pusat Asasi

Image
Saudara Syed Hamzi memulakan kalam

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat.

Kalam Nie-Zarm sepatutnya menceritakan mengenai isu kenderaan, kerana saya yakin dan percaya, anda semua masih menanti-nantikan siri CAKNA MAHASISWA mengenai pengangkutan, tetapi untuk kali ini, saya ingin berkongsi mengenai turun padang yang saya lakukan selepas Isyak tadi (31 Mac 2011)



Tujuannya bukan kerana ingin mengalihkan perhatian mahasiswa, tetapi saya rasakan perlunya saya menyatakan bahawa saya turun ke lapangan masyarakat kampus untuk berdialog dan mengetahui hakikat sebenarnya apa yang siswa dan siswi inginkan. Lagipun saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah abaikan tugas saya sebagai Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) supaya tidak timbul fitnah bahawa saya tidak bekerja.



Majlis ini sebenarnya dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Asasi (PERSIS) dan sebenarnya saya hanya menumpang majlis mereka, kerana majlis tersebut adalah Usrah dan Halaqah Al-Mulk yang dilakukan secara mingguan, cum…

CAKNA MAHASISWA : Cerita Kenderaan dan Mahasiswa part 1

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua mahasiswa KUIS sekalian.

Walaupun letih dalam menyelesaikan masalah penempatan mahasiswa baru-baru ini, tetapi seronok apabila mendapat keputusan yang responsif, tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat. Terima kasih saya ucapkan.

Isu yang terkini ialah mengenai larangan penggunaan pengangkutan yang dikeluarkan di dalam memo yang terpampar dalam website Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Inilah memo yang dikeluarkan di laman web KUIS yang menggusarkan semua siswa dan siswi termasuk saya...hehehe

Ramai juga yang membuat persepsi yang menyatakan bahawa ianya tidak munasabah dan sebagainya, saya faham kerana saya juga adalah seorang mahasiswa di KUIS.

Sebelum keputusan ini diumumkan, saya pernah membawa perkara ini ketika berdiskusi bersama Ustaz Imran Kamal Basah di Masjid Al-Azhar selepas Solat maghrib pada satu ketika (tak ingat tarikh, tapi dalam cuti semester ini)

Saya menyatakan bahawa ianya (peraturan baru) sep…

CAKNA MAHASISWA : Penempatan Mahasiswa part 1

Image
Saya bersama pengadu (berkaca mata) yang tersenyum ceria selepas masalah beliau diselesaikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Walaupun isu penempatan timbul lebih awal dan saya seperti ketinggalan zaman untuk menulis mengenai isu penempatan, tetapi ada sesuatu kenyataan baru mengenai isu penempatan.

Hari ini (29 Mac 2011), saya membantu mahasiswa KUIS yang merupakan pelajar antarabangsa, Soultan Mahamad Mahmoud dari Madinah yang merupakan mahasiswa Diploma Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

Kes yang beliau hadapi ialah beliau telah menyewa Apartment Vista sebelum cuti semester kerana pihak pentadbiran telah mengarahkan agar semasa cuti semester dijalankan, asrama lama mesti dikosongkan untuk dijadikan sebagai pejabat Bahagian Penempatan dan Kediaman Mahasiswa (BKPM) dan sebagai bangunan akademik yang akan menempatkan sama ada Fakulti Perguruan, (FP), Fakulti Pengurusan dan Muamalat (FPM), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) ataupun Pusat Asasi kerana Soultan merupakan bekas …

CAKNA MAHASISWA : PENGUMUMAN TARIKH RASMI KEMASUKAN SESI 2011/2012

Image
foto diambil ketika senja di KUIS

Assalamualaikum dan salam bercuti kepada semua.

Walaupun ramai yang sedang bercuti dan hanya tiga fakulti sahaja yang sedang mengalami proses pelajaran dan pembelajaran di KUIS, tetapi Kalam Nie-Zarm masih lagi di KUIS untuk memberikan liputan terkini mengenai perkembangan semasa di KUIS.

Setelah isu PTPTN saya selesaikan tempoh hari dan kini ada PENGUMUMAN YANG BARU DAN PERLU UNTUK DIHEBAH DAN DISEBARLUASKAN.

Setelah saya menyelusuri laman web rasmi KUIS, saya mendapati bahawa TARIKH RASMI KEMASUKAN MAHASISWA SEPENUH MASA KUIS ADALAH PADA 11, 12 DAN 13 MEI 2011

Tetapi tidak ditetapkan bahawa fakulti mana yang perlu mendaftar dahulu dan kemudian kerana semua fakulti boleh mendaftar pada tarikh tersebut. Maknanya semua boleh berdaftar pada tarikh yang mereka suka untuk berdaftar.

Mohon disebarluaskan kepada semua rakan-rakan mahasiswa KUIS yang lain. Terima kasih

untuk maklumat lanjut bolehlah untuk membuat semakan di laman web KUIS

CAKNA MAHASISWA : Penjelasan isu PTPTN yang masih tidak dapat lagi

Image
Assalamualaikum dalam salam perjuangan kebajikan.

Kalam Nie-Zarm ingin memohon maaf jika keterlambatan dalam menulis beberapa isu dan menyelesaikannya, namun saya terus komited untuk menyelesaikan masalah mahasiswa di KUIS ke arah pembangunan Institusi Pendidikan Tinggi ISLAM yang MENGAMALKAN ADAB.

Isu terbaru yang diadukan oleh mahasiswa-mahasiswi yang terkini iaitu masalah pinjaman mereka masih lagi tidak ditolak ke dalam penyataan kewangan yuran pelajar, apatah lagi lebihan daripada pinjaman mereka untuk masuk ke dalam kantung mereka sebagai ikhtiar untuk survival mereka. Sudah pasti peminjam yang paling dominan menimbulkan masalah adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN.

Mereka sudah membuat permohonan daripada semester baru-baru ini (sesi II 2010/2011) secara atas talian (online) dan juga telah mencetak, mengisi dan menghantar kepada pihak pentadbiran sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) tetapi masih lagi tergantung d…

CAKNA MAHASISWA : Mesyuarat bersama Kementerian Belia dan Sukan

Image
Syafiq (kemeja kelabu), Encik Zafri (pegang beg) dan saya
Syafiq, En Zafri dan Fathi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini (13/3/2011) barulah kalam nie-zarm mengeluarkan tulisan yang baru setelah penat tiga hari berturut-turut mendapat undangan ke sana dan sini.

Bukan hanya sekadar untuk pergi melancong dan sebagainya, tetapi pergi untuk membawa sesuatu yang baik untuk mahasiswa KUIS apabila buka semester panjang nanti, insya Allah pemantapan mengenai pembangunan mahasiswa di KUIS sedang dalam rangka yang lebih tersusun untuk menjadikan mahasiswa KUIS sebagai mahasiswa yang mampu berdaya saing pada peringkat nasional dan global.

Pada Khamis yang lalu (10/3/2011) Saifulnizam bin Muhamad yang merupakan Naib Presiden (Kebajikan) Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan Muhammad Fathi bin Hamdan yang merupakan Timbalan Setiausaha Agong MPM bersama saudara Muhamad Zafri bin Abdul Karim daripada Unit Aktiviti Pelajar, Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) serta saudara Muhamad Syafiq yang…

CAKNA MAHASISWA : Pengumuman untuk SEMUA WARGA KUIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca kalam nie-zarm

Pengumuman yang ingin saya nyatakan di sini adalah seperti berikut :

Pemakluman Pendaftaran Pelajar Baru KUIS bagi Sesi 2011/2012 adalah pada 9 Mei 2011 (ISNIN) dan PELAJAR SEMASA KUIS adalah pada 11 Mei 2011 (Rabu) Mohon rujuk laman sesawang rasmi KUIS atau jpmkuis.com

sekian, terima kasih

CAKNA MAHASISWA : Seluar Pendek

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa tiba-tiba kalam nie-zarm nak tulis mengenai seluar pendek pula? Adakah nie-zarm sudah ketandusan idea untuk menulis?

Contoh pemakaian seluar pendek anak muda zaman kini - Gambar hiasan

Bukan ketandusan idea, tetapi inilah yang berlaku di dalam masyarakat kampus yang belajar di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM. Ini termasuklah situasi yang berlaku di dalam KUIS. Tarbiyah perlu diteruskan. Semalam ana ke kedai makan yang di luar KUIS untuk menyaksikan Manchester United menentang Liverpool, boleh sahaja saya menonton di Bandar Baru Bangi kerana pada ketika itu saya berada di pejabat Total Success setelah kepenatan menjadi fasilitator dan pengurus program "Teambuilding 2011" bersama staf Hospital Pakar An-Nur, program dua hari satu malam tersebut di Port Dickson.

Tetapi saya memilih untuk bermalam di KUIS dan menyaksikan perlawanan tersebut di restoran di luar KUIS yang menyiarkan perlawanan tersebut.

Saya cukup terkejut apabila ada pelajar KUIS yang SE…

CAKNA MAHASISWA : Melawat keluarga arwah Muhamad Afif bin Ayob

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca kalam nie-zarm.

Sepatutnya artikel ini disiarkan 3 Mac baru-baru ini, tetapi disebabkan kerana kekangan masa yang agak terhad, hari ini (7 Mac 2011) baru dapat dicoretkan.

Arwah Muhamad Afif bin Ayob merupakan mahasiswa Diploma Tahfiz Al-Qur'an dan Al-Qira'at di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan beliau dijemput menemui Allah pada Jumaat 25 Februari yang lalu.

Saya tidak sempat menziarahi arwah pada hari pengebumian arwah kerana pada hari yang sama saya turut ke kem "Student SMART '11" di Broga, Negeri Sembilan yang dianjurkan oleh Pentadbiran KUIS seperti yang telah saya coretkan pada artikel sebelum ini.

Kembali kepada kisah saya melawat keluarga arwah, 3 Mac bersamaan hari Khamis, temujanji telah dibuat dengan pihak keluarga arwah melalui kakaknya, dan saya bersetuju untuk ke Batu Belah, Klang untuk menziarahi keluarganya.

Agak susah juga memandangkan saya tidak pernah ke kawasan Batu Belah…