Thursday, April 28, 2011

CAKNA MAHASISWA : Penempatan Mahasiswa part 2 (Parcel 2 dan 8)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur pada Allah walaupun masih berjalan dalam keadaan terhenjut-henjut akibat kemalangan, tapi masih lagi boleh ke sana-sini untuk meneruskan pekerjaan.

Saya mendapat aduan lebih dua minggu yang lalu bahawa Parcel 2 Mahallah Imam Muslim bagi siswa dan Parcel 8 Mahallah Saidatina Ummu Kalthum, tindakan untuk mendapatkan penjelasan terpaksa ditunda memandangkan Ustaz Misbah menyertai rombongan pengurusan KUIS ke Institusi Pengajian Islam Gontor, Ponorogo, Indonesia.

Cerita taadib di sana bagaimana? Kenapa pelajar Gontor begitu menjadi bualan dalam kalangan ahli akademik walaupun kekurangan prasarana? Sukarkah untuk diamalkan di KUIS? Nantikan pada edisi yang lain, apabila laporan disiapkan oleh pengurusan, saya akan ceritakan di sini.

Sepulangnya rombongan, saya dimaklumkan bahawa rasional menempatkan mahasiswa baru di dua mahallah tersebut ialah untuk menempatkan mahasiswa baru di bilik murah. Kenapa perlu ada pengasingan di situ? Sedangkan mahasiswa sudah membuat tempahan bilik secara atas talian lebih awal daripada kemasukan pelajar baru?

Notis tersebut bertujuan untuk membuat pengasingan pelajar baru dan pelajar lama kerana ada aduan pada sesi taaruf pada tahun lepas apabila pelajar baru diletakkan di bilik dalam mahallah yang berharga mahal sedangkan kemampuan kewangan bagi keluarga tersebut adalah sangat terhad.

Ini tidak bermaksud bahawa mengabaikan pelajar lama, sebaliknya pelajar lama akan mendapat bilik yang sama jenis dengan bilik yang mereka tempah, jika mereka menempah untuk menetap di bilik jenis D di Parcel 2, maka mereka akan dapat bilik jenis D juga di Parcel 4 sebagai contoh.

Tetapi sebaliknya agar pelajar baru mendapat keperluan asas dengan kemampuan kewangan keluarga mereka, jika mereka ingin mendapatkan jenis bilik yang berbeza, mereka boleh membuat permohonan untuk tukar bilik.

Kebiasaannya pelajar Asasi yang akan membuat pertukaran bilik daripada jenis D kepada jenis B dan A kerana mereka mendapat Biasiswa Rektor bagi mereka yang mencapai CGPA 3.0 dan ke atas. Tetapi jika mereka gagal, mereka terpaksa membayar yuran juga.

Monday, April 25, 2011

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MISI ISLAM DI GUA MUSANG, KELANTAN DARI SAHABAT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KUBANG KERIAN.

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM MISI KEMANUSIAAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI,GUA MUSANG

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera

Untuk makluman, Unit Kelas Peradaban Nabawi, Rakan Masjid USMKK dengan kerjasama Pusat Islam USMKK, BHEPP USMKK, IOA Kelantan, HUSM, MPP USMKK dan Jabatan Orang Asli akan menganjurkan Program Misi Kemanusiaan di Perkampungan Orang Asli, Gua Musang bermula pada 5 Jun – 5 Julai 2011. Terdapat 4 perkampungan yang akan dimasuki.

Pemeriksaan Kesihatan di Pos Simpor

Kami akan menyalurkan bantuan berbentuk makanan dan pakaian kepada penduduk orang asli di Gua Musang bersempena program tersebut.

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada para pelajar/pensyarah/dll.

Berikut merupakan barang yang digalakkan untuk diderma :

• Baju Kurung

• Baju Melayu

• T-Shirt Lengan Pendek/panjang

• Seluar track/ slack

dan lain-lain..

(yg masih elok dan boleh dimanfaatkan)

Ce teke, ce teke, tgh wat gape nie?

Kepada yang ingin menderma, bolehlah meletakkan barang untuk diderma di tempat yang disediakan di Surau Murni,Surau Nurani dan Surau Block B, USMKK, bermula 25 April -15 Mei 2011.

Sebarang persoalan boleh hubungi :

Syazwani -Medic 2 - 019-3646238

Nurul Hazlin -Medic 2 - 013-4655175

Zainal -Medic 2 -013-5325003

Hariz -Medic 2 -013-2338376

Boleh juga terus berhubung dengan Pusat Islam USMKK

“Perumpamaan orang-orang yang menyedekahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah SWT melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah SWT Maha luas kurniaNya dan lagi Maha mengetahui. “

{Al Baqarah (2) : 261}

Ajar anak2 org asli cara solat

Segala kerjasama dan sumbangan didahului dengan ucapan terima kasih.

---------------------------------------------------------

Nurhamizah Mohamad Rafiuddin,

Pengerusi Unit KPN 2011/2012

mimie_hamizah@yahoo.com

Pelajar Sinaran Perubatan 3,

USM Kampus Kesihatan.

Zainal Hisham Bin Burhanuddin,

Pengarah Program Misi Kemanusiaani,

j_nal07@yahoo.com

Pelajar Perubatan 2,

USM Kampus Kesihatan.

Unit Kelas Peradaban Nabawi, Rakan Masjid USMKK

Misi Kemanusiaan Di Pos Simpor

Sunday, April 24, 2011

SUARA ANAK MUDA : Bila nak daftar??? Pilihanraya semakin hampir!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Kalam Nie-Zarm

Bila nak daftar? Kenapa tiba-tiba saya suarakan mengenai perkara ini? Berdaftar apakah yang Nie-Zarm hendak nyatakan di sini? Sebenarnya Nie-Zarm ingin menulis mengenai pengalaman minggu lepas Nie-Zarm ke PC Fair di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Ketika dalam perjalanan pulang daripada meneman Syahril Azam (teman sekelas di KUIS) dan abang iparnya membeli laptop, saya terserempak dengan satu meja yang dibuka di dalam kawasan Suria KLCC. Ramai juga yang menyerbu meja itu, sedangkan jika dibuka meja sebegitu di kawasan KLCC, sudah pasti pihak keselamatan akan menghalau mereka.
Begini sesaknya tempat tersebut

Apabila saya sampai di sana, saya terserempak dengan suasana berikut.

Rupanya kaunter ini

Rupanya begitu sesak mereka membaut semakan SPR untuk bergelar sebagai pengundi. Tahniah buat anak muda yang berdaftar pada hari tersebut (walaupun saya tahu berkemungkinan besar mereka yang berdaftar pada hari tersebut tidak akan membaca blog ini)

Inilah sebenarnya anak muda yang inginkan PERUBAHAN, mereka tahu bahawa mereka BERHAK MENENTUKAN ARAH TUJU NEGARA. Bukan sahaja melaungkan suara mereka, tetapi mereka TAHU HAK MEREKA DAN TAHU UNTUK MENEBUS HAK MEREKA DI JALAN YANG SEPATUTNYA. Bukan hanya sekadar bersuara sumbang tetapi hanya jaguh kampung.

Buat anak muda di KUIS juga tidak ketinggalan, ini yang sepatutnya anda buat bagi mereka yang sudah layak mengundi. Tonjolkan bahawa anda boleh membawa perubahan juga. Anak muda yang mampu ini tetapi hanya menjadi jaguh kampung bukan seorang dua sahaja, tetapi berangka 4.3 JUTA ANAK MUDA MALAYSIA yang masih lagi tidak berdaftar.

Lihatlah apa yang sudah dicatit dalam Berita Harian pada 2 Julai 2010

Mungkin tidak jelas, saya besarkan lagi
Jadi ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM 4.30 JUTA YANG MASIH LAGI TIDAK BERGELAR PENGUNDI? ANDA TAHU JAWAPANNYA

(P/s : Nie-Zarm sudahpun bergelar bakal pengundi di DUN Kota Lama, Parlimen Kota Bharu, anda???)

Thursday, April 21, 2011

Buatlah yang terbaik untuk sahabatku di luar KUIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalam Nie-Zarm ingin mengucapkan selamat berjuang di medan peperiksaan buat semua sahabat di IPT-IPT lain yang sedang mengalami dunia peperiksaan.

Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan untuk menjawab peperiksaan

Jangan stress sangat jawab exam sampai jadi macam ni.

Jawablah dengan penuh ketenangan, insya Allah kejayaan akan menjadi milik anda.

Jangan lupa kebergantungan anda kepada Allah, tetapi kena usaha juga.

Monday, April 18, 2011

Kemalangan (lagi?) (ELAKKAN MEMBACA JIKA SEDANG MAKAN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siapa kata buat kerja sebelah tangan tak seronok? seronok sangat.

Malam tadi (18 April 2011 jam 11 malam), saya mengalami kemalangan di antara perjalanan dari Seremban ke KUIS, salah satu tangan saya luka. Sebab itu saya bagitahu awal-awal, yang saya sedang menulis artikel ini dengan sebelah tangan...hehehe

Luka di tangan


Sekadar santai. tapi banyak jugak kerja terbantut.

Luka di...


Namun dalam daripada itu, sebenar ini adalah "signal" daripada Allah. Ada mesej yang perlu diperhalusi


Saturday, April 16, 2011

CAKNA MAHASISWA : Ayuh bantulah sahabat di KUIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini kalam nie-zarm akan berbicara mengenai nasib warga KUIS yang mempunyai masalah kebajikan yang perlu untuk dipaparkan. Bukan untuk membuka aib, tetapi agar sahabat pembaca dapat membantu beliau dalam menyelesaikan kemelut kewangan yang dialami.

Lagipun, saya telah meminta izin untuk menulis kisah beliau serba sedikit, jika masih ada ihsan di antara kita yang merupakan mahasiswa yang menuntut ilmu di Kolej Universiti ISLAM Antarabangsa Selangor, saya sengaja besarkan perkataan ISLAM agar kita menjadi pembantu kepada perkembangan ISLAM di bumi KUIS.


Kisah yang dihadapi oleh abang Fahmi (gambar) yang merupakan mahasiswa Diploma Perguruan TESL. Abang Fahmi sebenarnya tidaklah sebaya kita semua kerana jejaka daripada utara Semenanjung Malaysia ini sanggup menyambung pelajaran walaupun tidak mempunyai kewangan yang secukupnya.

Namun disebabkan keazaman beliau untuk menuntut ilmu dan mendapatkan segulung Diploma, beliau tekad menyambung pelajaran di KUIS. Masalah yang dihadapi beliau ialah masalah kewangan yang menyebabkan beliau tidak mampu menjelaskan yuran pengajian memandangkan beliau tidak mendapat apa-apa bentuk tajaan atau pinjaman.

Beliau yang merupakan berada di semester lima atau semester akhir, menghadapi kesukaran kerana yrang tertunggak yang tidak dapat beliau jelaskan lagi. Beliau mendapat tawaran untuk mengajar pada September ini, tetapi jika beliau gagal menjelaskan yuran, transkrip keputusan beliau tidak dapat dikeluarkan.

Sebagai alternatif yang diusahakan beliau untuk mendapatkan dana tambahan, beliau membuka kelas bahasa Inggeris dewasa di Sekolah Rendah Agama Intergrasi Bandar Baru Bangi. Kepada sesiapa yang ingin membantu beliau untuk sumbangan dana atau untuk menjadi pelajar bagi kelas bahasi Inggeris yang dikendalikan oleh beliau, boleh menghubungi di talian 012-2257436 atau e-emel di

Sunday, April 10, 2011

Bersama Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam (9 April 2011), saya ke Stadium Melawati Shah Alam untuk bersama dalam satu majlis yang diatur oleh Markaz Siswazah Kelantan (MSK), satu program yang agak unik untuk anak Kelantan.


Program tersebut ialah Solat Hajat Perdana dan mendengar amanat Menteri Besar Kelantan, cerita sebenar mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri serta dialog antara mahasiswa, anak muda bersama pimpinan kerajaan negeri Kelantan. Selain Tok Guru, YB Abdul Fatah Mahmood dan YB Abdul Fatah Haron juga hadir disamping presiden MSK, Ustaz Burhanuddin.


Mahasiswa dan mahasiswi yang memenuhi stadium sekitar berjumlah lebih daripada 2000 orang, apa yang cukup pasti, kehadiran mahasiswa anak Kelantan bukan sekadar mereka yang belajar di Lembah Klang sahaja, tetapi ada yang hadir daripada Pantai Timur sendiri, selatan tanah air, utara semenanjung dan di setiap kampus yang ada.


Walaupun mahasiswa daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tidak dapat bersama, tetapi kehadiran cukup meriah.

Tok Guru menyampaikan mutiara hikmah seperti mementingkan aspek kerohanian yang tidak diajar oleh mana-mana fahaman.

"Cerita alam ghaib ini demokrasi tak ajar, nasionalis tak ajar, sosialis tak ajar, apa fahaman sekalipun yang manusia buat, tak ada yang sebut beriman kepada alam ghaib, tetapi Islam ajar." antara yang disebut oleh beliau.


Apabila sesi dialog diadakan, saya adalah orang pertama yang tampil ke hadapan untuk menanyakan sesuatu kepada pimpinan kerajaan negeri agar diwujudkan ikon belia untuk membawa anak muda Kelantan ke satu pentas yang lebih tinggi.

Banyak lagi persoalan yang hadir dari anak muda Kelantan, sehinggakan Tok Guru begitu suka kerana anak muda Kelantan kini lebih berani untuk bersuara.


YB Abdul Fatah Mahmood juga menyatakan bahawa pada tahun ini, akan diadakan ikon mahasiswa pada Hari Belia Kelantan nanti.

Gambar tidak sempat diambil kerana begitu ralit dengan penyampaian Tok Guru.

Yang pasti, saya akan menjadi salah satu anak muda yang mempertahankan Islam di Malaysia umumnya, di Kelantan khususnya. Mohon tunjuk ajar daripada sahabat sekalian.

p/s: Sempat bersalaman dengan Tok Guru waktu tok guru sampai dan Tok Guru pulang. Ambil berkat insya Allah

Saturday, April 9, 2011

CAKNA MAHASISWA : Signboard baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Banyak respon mengenai kenderaan, insya Allah akan cuba diselesaikan.

Tetapi pemandangan baru di KUIS yang menarik perhatian saya. Papan tanda yang membuatkan saya tersenyum.


Sign board ni digantung di hadapan pagar masuk KUIS dan kawasan tertentu di sekitar KUIS

Saya rasa semua mengerti akan maksud sebenar. Biah solehah adalah untuk dipelihara.

Ini adalah usaha MPM zaman presiden Rasyidi Ali (2007) setakat yang saya dimaklumkan.

Thursday, April 7, 2011

CAKNA MAHASISWA : Cerita Kenderaan dan Mahasiswa part 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cerita kenderaan masih lagi hangat diperdebatkan dan terus menjadi kontroversi perbualan semua mahasiswa. Ada juga yang memperdebatkan mengenai rasional larangan tersebut dikeluarkan. Tetapi saya nyatakan bahawa perkara ini TIDAK BERSIFAT LARANGAN PENUH.

Saya juga memohon maaf kerana tidak menunaikan janji untuk mengeluarkan episod ini lebih awal, kesibukan tidak mengenal siapa.

Baiklah, saya tidak mahu berbicara panjang, terus kepada perbincangan rasional larangan tersebut dikeluarkan.

1)PERLU MENGGUNAKANNYA KERANA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN YANG TERPAKSA MENGGUNAKAN KENDERAAN UNTUK MASUK DAN KELUAR.

RASIONAL : Kepada mereka yang terbukti mempunyai penyakit yang memerlukan RAWATAN SEGERA dan TIDAK BOLEH MENUNGGU AMBULANS, tidak dapat tidak mereka perlu untuk keluar mendapatkan rawatan dengan segera.

2)BAGI MEREKA YANG TINGGAL DI LUAR KAMPUS

RASIONAL : Memudahkan mereka untuk urusan masuk dan keluar kampus

3)UNTUK MEREKA YANG PERLU MEMBUAT ASSIGNMENT YANG PERLU MASUK DAN KELUAR KAMPUS

RASIONAL : Ini adalah TUNTUTAN AKADEMIK yang saya dapati secara umumnya, mahasiswa KUIS akan mula sibuk dengan tugasan di luar kampus bermula semester tiga, tetapi jika sudah ada TUNTUTAN AKADEMIK daripada semester mana sekalipun, permohonan adalah dibuka.

4)MENDAPAT PERSETUJUAN DARIPADA USTAZ MISBAH BKPM (PENGETUA BAHAGIAN KEDIAMAN DAN PENEMPATAN MAHASISWA) DAN USTAZ IMRAN BPM (KETUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAHASISWA)

RASIONAL : Untuk memudahkan urusan rekod, insuran pelajar dan sebagainya.

5)LAIN-LAIN ALASAN YANG DIFIKIRKAN MUNASABAH.

RASIONAL : Bawalah alasan yang membuatkan semua mahasiswa memerlukan untuk membawa kenderaan masuk ke dalam KUIS yang difikirkan munasabah.



Prosedurnya adalah dengan mendapatkan SALAH SATU tandatangan daripada MENTOR ATAU KETUA JABATAN ATAU DEKAN FAKULTI, kemudian barulah dibawa ke USTAZ MISBAH dan USTAZ IMRAN untuk tujuan rekod.

Ini bermakna ianya membuka ruang buat mahasiswa untuk membawa kenderaan asalkan dengan bersebab dan mempunyai fakta yang kukuh untuk membawanya.

Saya telah membuat kajian di mana-mana kampus lain seperti di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kebanyakan kampus lain, arahan yang sama juga turut dipraktikkan di tempat mereka, tidak pula ada yang membantah. Tetapi jika saya tersalah fakta, mohon perbetulkan DENGAN FAKTA.

Buat mahasiswa yang merasakan bahawa mereka di pihak benar, saya merasakan bahawa anda tidak perlu untuk berasa tergugat untuk membawa kenderaan, cuma mohonlah secara fakta juga kerana anda sebagai golongan yang MEMPUNYAI INTELEKTUAL YANG TINGGI.

Monday, April 4, 2011

CAKNA MAHASISWA : Nasib pelajar kesempitan wang berjaya dibela!!!



Maslinda Diyana (tudung putih) dan kawannya di dalam pejabat Ustaz Imran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini (4 April 2011) kalam nie-zarm menulis dua artikel dalam satu hari, mungkin sudah lama tidak menulis dengan kekerapan sebegini.

Pada jam 11.35 pagi hari ini, saya mendapat panggilan daripada seorang mahasiswi yang membuat aduan mengenai nasibnya yang mempunyai masalah kewangan. Mahasiswi tersebut bernama Maslinda Diyana Zulkifli yang merupakan mahasiswi daripada Fakulti Pendidikan (FP), jurusan Diploma Perguruan Pendidikan Islam semester empat.

Beliau menelefon kepada saya bahawa kad ATM beliau telah hilang, di dalam akaun itu, ada wang sebanyak RM 100.00 yang dikirim oleh keluarganya sebagai wang poket untuk jangka masa dua minggu terdekat.

Malangnya kad ATM beliau telah hilang dan apabila beliau membuat semakan nombor akaun beliau, didapati duit tersebut telah hilang daripada akaunnya, apatah lagi dalam keadaan beliau tidak memiliki dana kewangan yang mencukupi untuk menyara kehidupan.

Ustaz Imran meneliti borang Tabung Infaq yang diisi oleh Maslinda


Saya telah membawanya bertemu terus dengan Ustaz Imran Kamal Basha, Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) untuk mengisi borang Tabung Infaq bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ustaz Imran telah memberi pinjam wang sebanyak RM 100.00 untuk beliau sebagai pinjaman, jika Tabung Infaq diberikan kepada beliau, RM 100.00 perlu dipulangkan kepada Ustaz Imran.

Walaupun Tabung Infaq memerlukan masa dua minggu untuk dikeluarkan, sekurang-kurangnya telah meringankan beban mahasiswi tersebut.

Saya ada juga berbincang dengan Ustaz Imran mengenai ISU KENDERAAN yang MASIH HANGAT diperkatakan, tetapi beliau memohon agar tidak disiarkan dahulu sehingga tiba masanya nanti sebelum buka semester. Saya boleh untuk menyiarkannya di sini, tetapi saya menghormati permintaan daripada Ustaz.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah kewangan, maklumkan kepada saya, insya Allah saya akan membawa anda untuk bertemu dengan pihak pentadbiran untuk memudahkan urusan anda dan agar kebajikan anda di bumi KUIS terbela.

Sunday, April 3, 2011

Poco-poco : Pandanganku yang tak seberapa

Keratan Akhbar "Sinar Harian" edisi 1 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalam ini ditulis pada jam 7:14 pagi pada tarikh 4 April 2011, Setelah keletihan daripada mengendalikan program bersama Ateh Zuhairi, motivator bebas di Sekolah Menengah Sains Tengku Jaafar, Kuala Pilah dan di Dusun Eco Resort, Bentong, hari ini nie-zarm baru boleh menulis.

Kalam kali ini bukan untuk CAKNA MAHASISWA, memandangkan saya akan ke Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) untuk bertemu Ustaz Imran insya Allah pada hari ini juga mahupun esok, kerana saya tahu terlalu ramai yang tidak bersetuju mengenai larangan untuk membawa kenderaan pada mahasiswa kecuali bagi mereka yang berada di tahun akhir.

Poco-poco, sesuatu yang menarik untuk dikongsi kerana ini adalah isu yang terbaru dan menjadi perbualan hangat di dalam akhbar. Ramai yang berpandangan bahawa senamrobik seperti itu perlu diadakan agar mudah mengikut irama dan ianya terlalu sinonim dengan golongan makcik-makcik dan tidak kurang juga golongan muda.

Walaupun pelbagai fatwa dikeluarkan oleh pelbagai individu, pandangan saya hanyalah senang sahaja.

Banyak lagi sebenarnya kaedah untuk beriadah selain daripada menari poco-poco, kenapa perlu diperdebatkan? Banyak lagi sebenarnya kaedah senaman yang boleh diamalkan, berjoging, peralatan di taman, mengemas rumah dan banyak lagi.

Cuma alasan yang digunakan adalah mudah, banyak lagi riadah yang mudah.

Sebenarnya tanyalah hati kita yang selama ini menari poco-poco, banyakkah lagi gerak-geri lain untuk mengeluarkan peluh.

Saya lebih suka mengelakkan daripada sesuatu yang bersikap ragu-ragu, bimbang ianya mendatangkan syubhat. Lagipun kita tidak tahu asal usul tarian ini, walaupun banyak cerita kononnya dari negara itu dan ini.

Kalau guna senaman yang tidak meragu-ragukan seperti "Senam Ruhul Jadid", yang lebih bersifat pendekar serta langkah-langkah mempertahankan diri. Itu adalah lebih elok dan lagu yang dimainkan adalah lagu yang bersemangat untuk mempertahankan agama.

Salah satu babak dalam "Senam Ruhul Jadid"

Banyak lagi perkara yang lebih besar dan utama yang perlu diselesaikan, perkara kecil ini tidak salah untuk dikaji dan difatwakan, tetapi yang kita asyik jadi "harimau" mengenai hal-hal kecil, tetapi menjadi "semut" yang senyap dan tidak responsif mengenai perkara yang lebih besar dan utama.

Kalau dirasakan ianya bersifat syubhat atau ragu-ragu, baik tinggalkan kerana bimbang ianya membawa kepada kebatilan

 
Photography Templates | Slideshow Software