Posts

Showing posts from July, 2011

Perutusan Ramadhan 1432 : Ramadhan Bulan Kebajikan.

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Pertamanya Salam Ramadhan Kareem buat semua pembaca Kalam Nie-Zarm. Moga Allah memberikan 1001 kerahmatan dan ampunan kepada kita semua

2. Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”

3. Ayat tersebut memberikan gambaran bahawa kewajipan berpuasa adalah satu perkaya yang jatuh kepada orang yang beriman. Sebagai mahasiswa yang belajar di kampus Islam, jadikan ramadhan ini sebagai silibus dalam menjadikan kita sebagai umat Muhammad yang menjadi rahmat kepada semua insan.

4. Apabila madrasah Ramadhan menjenguk kita, eloklah menambahkan amalan kebajikan seperti lebihkan solat sunnah dan memperbaharui diri ke arah kebaikan sebagai rahmat k…

Yossi Benayoun ke Malaysia : Di Manakah Polisi Negara Islam Malaysia???

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk tulisan kali ini, saya hanya ingin menyampaikan pendapat mengenai isu yang saya rasa ramai rakyat Malaysia terlepas pandang.

Mungkin pada ketika ini ramai yang menyebut mengenai isu kekalahan skuad Malaysia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dengan kekalahan di tangan Singapura yang mengamalkan konsep naturalisasi dengan mengambil pemain daripada negara asing untuk "Disingapurakan". Bagi saya, saya juga tidak setuju mengenai perkara itu.

Tetapi ini bukanlah isu mengenai perlawanan tempoh hari yang menyaksikan 28 juta rakyat Malaysia gagal menyaksikan pemain kita ke lapangan bola sepak yang lebih besar.

Sebaliknya saya ingin menceritakan perkara yang mungkin tanpa kita sedar ketika jelajah pra-musim kelab bolasepak daripada England seperti Arsenal, Liverpool dan Chelsea menziarahi negara kita dan mengadakan "sparring match" dengan skuad kebangsaan.

Pada dua perlawanan pertama iaitu Malaysia menentang Arsenal dan Liverpool…

CAKNA MAHASISWA : KENYATAAN RASMI MENGENAI MASALAH KECURIAN LAPTOP DI DALAM KAMPUS KUIS

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Masalah kecurian komputer riba berlaku di dalam kampus boleh dikatakan saban minggu berlaku

2. Menurut laporan yang dikeluarkan daripada Ibu Pejabat Polis Bandar Seri Putra, kecurian dilakukan pada hari Jumaat dan majoritinya membabitkan asrama lelaki.

3. Setelah pihak polis melakukan siasatan, polis telah berjaya menangkap pencuri yang melakukan kecurian di dalam kampus serta komputer riba yang telah dicuri.

4. Sehubungan dengan itu, sesiapa yang kehilangan komputer riba di kawasan asrama lelaki SEPANJANG SESI II 2010/2011 DAN SESI I 2011/2012, anda diminta untuk melaporkan mengenai komputer riba anda.



5. Sila hantarkan maklumat seperti NAMA, NOMBOR KAD MATRIK, KURSUS, JENAMA DAN JENIS LAPTOP DAN TARIKH KEHILANGAN KEPADA SAYA MELALUI INBOX FACEBOOK SAYA DAN JUGA NOMBOR TELEFON DI TALIAN 017-9194019.

6. Mohon untuk menyebarkan mesej ini kepada sahabat yang lain untuk tujuan kebajikan bersama

Wallahu 'Alam

CAKNA MAHASISWA : PTPTN Short, kenapa? (siri I)

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Semua mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sudah maklum mengenai kekurangan wang yang lebihan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang masuk pada 8 Julai 2010 baru-baru ini


Logo PTPTN

2. Ramai yang mengalami keadaan yang agak pelik di mana wang lebihan mereka kalau diikutkan daripada penyata kewangan (financial statement) yuran, sepatutnya mempunyai amaun yang tertentu, tetapi mereka mendapat wang lebihan yang dimasukkan ke dalam akaun mereka dengan jumlah yang kurang daripada sepatutnya (tidak termasuk insentif diskaun yuran).

3. Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang mendapat wang PTPTN sebanyak RM 4,000 setahun, setelah ditolak dengan penyata kewangan yuran, beliau sepatutnya mendapat lebihan sebanyak RM 705.30 tetapi wang yang masuk ke dalam akaun mereka adalah sebanyak RM 600.00

4. Setelah saya membuat pertemuan dengan Ustaz Imran bin Kamal Basha, Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM), beliau menyatak…

BERSIH 2.0 : Pendirian Naib Presiden II (Kebajikan) Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Bersyukur kepada Allah kerana limpah kurnia-Nya diberikan kesempatan untuk hidup pada saat dan ketika ini.

2. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ataupun dikenali dengan akronim BERSIH adalah satu badan yang merupakan gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan juga gerakan yang berorientasikan politik.


3. BERSIH yang asalnya telah dilakukan pada tahun 2007 adalah satu rapat umum demonstrasi untuk mereformasikan sistem pilihanraya dan salah satu tuntutan BERSIH adalah penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya, telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tetapi telah dibatalkan pada saat-saat akhir sebelum Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008.


4. Pada BERSIH 2.0, tuntutan yang sama diperjuangkan dan ditambah dengan beberapa tuntutan lain agar pihak SPR mengambil langkah yang lebih serius dan bertindak seperti yang dijanjikan untuk mereformasikan pilihanraya khususnya sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal berlangsung sekitar 2012 atau 201…