Posts

Showing posts from August, 2011

Ucapan Aidilfitri 1432 Hijrah : Pembangunan Rohani Ke Arah Jiwa Hamba Yang Merdeka.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama dan selamanya ayuh kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T atas pemberian helaan nafas yang masih lagi memenuhi jasad seorang hamba.

Setelah menempuh 29 hari dalam bulan Ramadhan al-Mubarak, akhirnya takbir raya telah pun bergema di seluruh pelusuk angkasa bumi ini. Namun yang lebih utama adalah untuk teruskan momentum kehambaan kepada Allah sehingga akhir hayat dengan pengamalan yang infiniti sehingga garisan penamat seorang insan yang bernama kematian.

Buat semua ahli keluargaku yang sempat juga ku bertemu muka setelah menunggang motorsikal secara solo dari Bangi ke Kota Bharu untuk bertemu mereka, terima kasih tidak terhingga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Buat semua guruku yang mencurahkan permata ilmu yang tidak berkesudahan, terlalu ramai untukku ungkapkan nama mereka semua. Terlalu banyak nama mereka, mohon ampun dan maaf kepada semuanya.

Sambutan Aidilfitri tahun ini berdekatan dengan tarikh hari kemerdekaan neg…

CAKNA MAHASISWA : Peperiksaan Akhir di KUIS dan Yuran.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi.

Saya sengaja menulis artikel ini untuk mengingatkan saya sendiri dan semua rakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengenai peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung pada dua minggu selepas bercuti Aidilfitri.

Ramai yang masih bertanya sama ada melalui telefon dan di facebook mengenai berapa peratus yang perlu dijelaskan untuk memastikan pelajar tersebut boleh menjadi calon peperiksaan akhir semester dan perkara ini menjadi kegusaran kepada pelajar khususnya pelajar semester satu yang masih terkejut dengan surat mengenai yuran yang dihantar di rumah mereka.

Setelah saya bersama saudara Mohd Zaid Idrus Saaidy bertemu dengan Puan Siti Zulaiha binti Ahmad Sukar di One Stop Center pada tengah hari tadi (26 Ogos 2011), beliau menyatakan bahawa secara umumnya, mahasiswa dan mahasiswi perlu untuk menjelaskan yuran semester lepas sahaja tidak termasuk yuran semester semasa.

Contohn…

Pendidikan Nasional : Perlu Diubah Sebelum Parah.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam Ramadhan ke 25. Hari ini saya ingin menulis sesuatu artikel di luar kotak daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Ingin seketika saya keluar daripada kotak pemikiran apabila saya membaca sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada tarikh 24 Ogos 2011 (Rabu). Seteleh membelek helaian demi helaian, tidak rasa puas dan rasanya perlu untuk saya mengulas isu mengenai pendidikan.

Seperti tajuk artikel ini, "Pendidikan Nasional : Perlu Diubah Sebelum Parah". Kenapa parah? Walaupun sistem pendidikan asas seperti sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi masalah yang lagi berlaku seperti adik Amirah Farveen Basheer Ahamad, 18 tahun yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2010. boleh klik di sini untuk artikel asal.

Beliau yang merupakan pelajar pilihan tetapi nasib yang beliau alami ialah tidak dapat memasuki Institusi Pengaji…

CAKNA MAHASISWA : Kajiselidik Kepuasan Pelajar & Kakitangan Terhadap Perkhidmatan KUIS

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta salam 25 Ramadhan 1432 Hijrah.

Saya rasa semua sekarang berada dalam suasana hari raya walaupun berbaki lima hari lagi Ramadhan 1432 Hijrah, saya harap sinergi Ramadhan dapat diteruskan walaupun masing-masing sibuk dengan persiapa Aidilfitri dan masih lagi bertenaga mengejar Lailatul Qadar ye? Jangan selalu sangat kejar Lailatul Kamdar.

Saya pada hari ini ingin menulis mengenai "Kajiselidik Kepuasan Pelajar & Kakitangan Terhadap Perkhidmatan KUIS" yang dijalankan oleh pihak pengurusan untuk mengetahui mengenai tahap kecekapan perkhidmatan yang telah ditugaskan oleh staff KUIS terhadap pelajar.

Inilah peluang untuk meluahkan dan menyuarakan pandangan untuk tujuan perubahan KUIS bagi menuju ke arah Universiti Ta'dib.

Anda semua boleh menyertai kaji selidik tersebut dengan klik di sini

KENYATAAN TERGEMPAR : BANTUAN KEPADA PELAJAR FAKIR MISKIN.

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

1. Sempena dengan Aidilfitri yang akan tiba, pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan mengadakan Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya pada 24 Ogos 2011 (Rabu)

2. Majlis tersebut akan berlangsung pada jam 5 petang di Masjid Al-Azhar KUIS.

3. Setelah data dan rekod telah dikumpul oleh saya dan juga Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Mahasiswa, Saudari Nazriah binti Jaini dan Saudari Shierma binti Simen dan telah melalui sistem tapisan, maka penerima untuk bantuan tersebut telah disenaraikan.

4. Tetapi ada senarai nama yang masih tidak mendapat pengesahan untuk kehadiran. Dengan ini, saya ingin semua yang tersenarai untuk memberikan pengesahan kehadiran sehingga jam 5 petang hari ini (24 Ogos 2011/Khamis)

5 Senarai nama yang belum respon adalah seperti berikut :


Kenyataan Rasmi Mengenai Masalah Air Di Sebahagian Kawasan Parcel 3, Parcel 4 dan Parcel 5 Asrama Siswa (21/8/2011)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Masalah air yang dialami di sebahagian kawasan di Parcel 3, Parcel 4 dan Parcel 5 di kawasan asrama siswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) adalah berpunca daripada paip di tangki Parcel 5 pecah pada hari Khamis (18 Ogos 2011)

2. Apabila paip tersebut yang selama ini beroperasi secara automatik mengalami kerosakan, menyebabkan operasi tangki air di kawasan tersebut dikendalikan secara manual iaitu tangki air tersebut terpaksa dibuka sehingga air tersebut dapat memenuhi penggunaan warga siswa.

3. Apabila air dibuka secara manual, tangki air tersebut mengeluarkan air yang berlebihan atau overload, akhirnya menganbil keputusan untuk menghentikan mesin tangki air di kawasan tersebut untuk mengelak pembaziran dan memudahkan operasi pembaikan paip yang pecah dan memastikan operasi tangki air di parcel 5 berjalan secara automatik kembali.

4. Pihak staf pembaikpulih Rehda Resources SDN. BHD. (RRSB) telah membaiki paip yang pecah dengan…

CAKNA MAHASISWA : Pinjaman Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Image
Assalamualaikum wrt.wbt.

Dimaklumkan bahawa Tawaran Pinjaman SUK Selangor telah dibuka bermula 8 Ogos 2011.

Mohon jasabaik tuan/puan untuk memaklumkan kepada pelajar-pelajar yangberminat, untuk membuat permohonan secara online sahaja sebelum 8 Oktober 2011.

Di lampiran adalah salinan iklan Tawaran Pinjaman Pelajaran KerajaanNegeri Selangor, untuk rujukan tuan/puan.

Sekian. Terima kasih.

*Siti Zulaiha Haji Ahmad Sukar*
Seksyen Biasiswa & Tajaan
Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra, 43600 Bangi Selangor
Phone : 03 - 8925 4251 ext : 1117
Fax : 03 - 8926 6706
<http://www.jpmkuis.com>www.kuis.edu.my

Iklan Tajaan Yayasan Selangor



CAKNA MAHASISWA : PTPTN Bagi Mahasiswa/Mahasiswi Semester 1

Dimaklumkan bahawa pegawai PTPTN akan hadir ke KUIS untuk Sesi Kutipan
Perjanjian seperti di bawah :-

Tarikh : 20 Ogos 2011 (Sabtu)
Tempat : Audi Pentadbiran KUIS
Waktu : 8:30pagi

* Kepada pelajar-pelajar yang berkenaan, sila ambil perhatian untuk melengkapkan dokumen perjanjian sebelum tarikh tersebut.

Rujukan : Y.Bhg. Ustaz Imran bin Kamal Basha Al-Muqri', Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa KUIS

CAKNA MAHASISWA : Al-Fatihah kepada Arwah Siti Najmah Khairunnisa' (Mahasiswa KUIS dari Brunei)

Image
Saya (berbaju putih) dan Ustaz Imran bersama ahli keluarga arwah. 30 minit sebelum arwah dijemput bertemu Allah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kesesakan masa dan tugasan membuatkan sukar untuk mencelah masa bagi menulis di dalam blog. Saya mohon maaf.

Selepas solat Zohor di Masjid Al-Azhar pada 14 Ogos 2011 (Ahad), saya mendapat berita daripada Ustaz Imran bin Kamal Basha mengenai kemalangan yang berlaku pada petang Jumaat yang lalu. Saya agak terkejut kerana tidak ada seseorang pun yang tahu mengenai kemalangan yang berlaku.

Mangsa dikenali sebagai Siti Najmah Khairunnisa' yang merupakan mahasiswa semester akhir Diploma Perbankan Islam daripada negara Brunei Darussalam. Beliau kemalangan di kawasan selepas Tol Bandar Seri Putra menghala ke Bangi. Memandangkan petang tersebut keadaan hujan lebat yang mengakibatkan jalan licin dan kereta yang dipandu oleh rakan arwah terbabas melanggar penghalang jalan.

Kesan hentakan di kepala arwah mengakibatkan arwah tidak sedarkan d…

CAKNA MAHASISWA : Empat Pelajar Kemalangan dan Bantuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Semalam saya difahamkan berlaku kemalangan di kawasan Restoran Haji Tapah yang mengakibatkan empat (4) pelajar Diploma Syariah semester 5.

2. Keadaan semasa yang saya terima adalah seorang pelajar berada di ICU di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan pendarahan otak, seorang lagi patah peha kanan tetapi masih stabil di Hospital Serdang tingkat 7F manakala dua lagi yang lain sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

3. Saya ingin menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi KUIS untuk bersama mendoakan kesejahteraan kepada mereka semua agar cepat sembuh pada masa terdekat seterusnya agar mereka dapat bersama di Taman Pemangkin Tradisi Ilmu di KUIS.

4. Pihak Unit Kebajikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) menyediakan tabung kebajikan kepada semua mahasiswa dan juga pengunjung di Masjid Al-Azhar untuk menyalurkan kepada mereka.

5. Hulurkan tangan ringankan beban sesama mahasiswa untuk kita bersama menyatakan bahawa keinginan kita untuk membant…

Klinik Hati Siri 1 : Ada Apa Dengan Hati

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan mengadakan program "KLINIK HATI SIRI 1" yang bertajuk "Ada Apa Dengan Hati" pada 12/8/2011 (jumaat) jam 2.30 - 5.30 ptg di Audi Akademi Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Selebriti TV Alhijrah merangkap Pensyarah Muda, Jabatan Tahfiz Al-Qur'an dan Qira'at, Akademi Islam KUIS. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

CAKNA MAHASISWA : Bas KUIS yang tidak berfungsi mengikut jadual

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Ramadhan Kareem.

1. Semalam saya mendapat aduan mengenai jadual bas shuttle yang tidak bergerak mengikut kepada jadual yang telah ditetapkan.

2. Saya tidak mengetahui pokok pangkalnya masalah ini yang berlaku daripada asalnya kenapa, cuma yang pasti ianya mengundang masalah kepada pelajar yang ingin ke kawasan Stesen Komuter Bangi.

3. Saya difahamkan bahawa bayaran RM 1 yang dikenakan kepada pelajar mengenai bayaran tambang bas telah dihazafkan. Seandainya pembayaran masih berlaku, mohon beritahu kepada saya.

4. Isnin ini (8/8/2011), insya Allah akan mengemukakan perkara tersebut kepada Encik Abdul Karim Noh Shah yang merupakan Pendaftar, bagi mengemukakan masalah tersebut dengan penyelesaian secepat mungkin.

5. Diharapkan semua mahasiswa dapat bersabar. Seandainya berlaku sebarang masalah yang timbul, mohon untuk hubungi saya di talian 017-9194019

Wallahu A'lam

Saifulnizam bin Muhamad,
Naib Presiden II (Kebajikan),
Majlis Perwakilan Mah…

(VIDEO) Tragedi di KUIS : Lakonan Seni Yang Berunsur Tarbiyah dan Kemasyarakatan Mahasiswa

Image
Assalamualaikum...sebenarnya video ini adalah berbentuk kejiranan, saya rasa perlu kita mementingkan hak-hak jiran tidak kira anda di mana, kerana jika tidak, mana mungkin kita akan melahirkan minda taadib di dalam kalangan mahasiswa