Perkembangan Wacana Pemikiran Dr. Abdul Karim Zaidan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdullillah segala puji bagi Allah, idea Wacana Pemikiran Dr. Abdul Karim Zaidan disambut baik oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu.

Dalam masa yang sama, beliau sebenarnya sedang menyiapkan buku Biografi Almarhum Dr. Abdul Karim Zaidan yang dijangka siap untuk pasaran pada April ini.



Oleh itu, insya Allah Wacana Pemikiran Dr. Abdul Karim Zaidan akan diadakan pada April ini dan dalam masa yang sama, Pelancaran Buku Biografi Almarhum akan dirasmikan pada majlis tersebut.

Sehubungan itu, saya membuka pendaftaran awal bagi mereka yang ingin menyertai program tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Wacana Pemikiran Dr. Abdul Karim Zaidan, boleh melengkapkan maklumat seperti berikut :

1) Nama
2) Alamat
3) Email
4) Nombor telefon

Hantarkan maklumat berikut ke rojiemira@gmail.com.

Maklumat mengenai tarikh, lokasi dan masa akan diberitahu kemudian.

Wallahu a'lam

Comments