Posts

Showing posts from October, 2016

Sekelumit Kisah Raja Thai dan Umat Islam Thailand.

Image
Tanggal 13 Oktober 2016, yakni pada Khamis lalu telah menyaksikan mangkatnya Raja Bhumibol Adulyadej yang merupakan raja kesembilan daripada Dinasti Chakri yang telah diasaskan pada 1782.
Beliau mula ditabalkan sebagai Maharaja Thailand sejak 9 Jun 1946 selepas kemangkatan kekanda beliau Raja Ananda Mahidol. Esoknya genaplah satu minggu kemangkatan Raja Bhomibol Adulyadej.
Raja Bhomibol dan Permaisuri di Majalah "Times"
Baginda Raja Bhumibol merupakan monarki yang paling lama memerintah di dunia iaitu selama 70 tahun namun yang lebih istimewa tentang pentadbiran baginda ialah baginda menitahkan di awal majlis pemasyuran baginda sebagai Raja Thai bahawa baginda akan mentadbir dengan adil.
Beliau dikenali sebagai bapa pemodenan Thailand dengan memperkenalkan teori "Sufficiency Economy" atau ekonomi yang mencukupkan. Baginda telah melaksanakan pelbagai projek Di-Raja dan kesan daripada beribu projek yang baginda laksanakan ialah dapat menyelamatkan ekonomi Thailand ke…