CAKNA MAHASISWA : Cerita Kenderaan dan Mahasiswa part 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cerita kenderaan masih lagi hangat diperdebatkan dan terus menjadi kontroversi perbualan semua mahasiswa. Ada juga yang memperdebatkan mengenai rasional larangan tersebut dikeluarkan. Tetapi saya nyatakan bahawa perkara ini TIDAK BERSIFAT LARANGAN PENUH.

Saya juga memohon maaf kerana tidak menunaikan janji untuk mengeluarkan episod ini lebih awal, kesibukan tidak mengenal siapa.

Baiklah, saya tidak mahu berbicara panjang, terus kepada perbincangan rasional larangan tersebut dikeluarkan.

1)PERLU MENGGUNAKANNYA KERANA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN YANG TERPAKSA MENGGUNAKAN KENDERAAN UNTUK MASUK DAN KELUAR.

RASIONAL : Kepada mereka yang terbukti mempunyai penyakit yang memerlukan RAWATAN SEGERA dan TIDAK BOLEH MENUNGGU AMBULANS, tidak dapat tidak mereka perlu untuk keluar mendapatkan rawatan dengan segera.

2)BAGI MEREKA YANG TINGGAL DI LUAR KAMPUS

RASIONAL : Memudahkan mereka untuk urusan masuk dan keluar kampus

3)UNTUK MEREKA YANG PERLU MEMBUAT ASSIGNMENT YANG PERLU MASUK DAN KELUAR KAMPUS

RASIONAL : Ini adalah TUNTUTAN AKADEMIK yang saya dapati secara umumnya, mahasiswa KUIS akan mula sibuk dengan tugasan di luar kampus bermula semester tiga, tetapi jika sudah ada TUNTUTAN AKADEMIK daripada semester mana sekalipun, permohonan adalah dibuka.

4)MENDAPAT PERSETUJUAN DARIPADA USTAZ MISBAH BKPM (PENGETUA BAHAGIAN KEDIAMAN DAN PENEMPATAN MAHASISWA) DAN USTAZ IMRAN BPM (KETUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAHASISWA)

RASIONAL : Untuk memudahkan urusan rekod, insuran pelajar dan sebagainya.

5)LAIN-LAIN ALASAN YANG DIFIKIRKAN MUNASABAH.

RASIONAL : Bawalah alasan yang membuatkan semua mahasiswa memerlukan untuk membawa kenderaan masuk ke dalam KUIS yang difikirkan munasabah.



Prosedurnya adalah dengan mendapatkan SALAH SATU tandatangan daripada MENTOR ATAU KETUA JABATAN ATAU DEKAN FAKULTI, kemudian barulah dibawa ke USTAZ MISBAH dan USTAZ IMRAN untuk tujuan rekod.

Ini bermakna ianya membuka ruang buat mahasiswa untuk membawa kenderaan asalkan dengan bersebab dan mempunyai fakta yang kukuh untuk membawanya.

Saya telah membuat kajian di mana-mana kampus lain seperti di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kebanyakan kampus lain, arahan yang sama juga turut dipraktikkan di tempat mereka, tidak pula ada yang membantah. Tetapi jika saya tersalah fakta, mohon perbetulkan DENGAN FAKTA.

Buat mahasiswa yang merasakan bahawa mereka di pihak benar, saya merasakan bahawa anda tidak perlu untuk berasa tergugat untuk membawa kenderaan, cuma mohonlah secara fakta juga kerana anda sebagai golongan yang MEMPUNYAI INTELEKTUAL YANG TINGGI.

Comments

  1. Salam....ana harp kalu larngn ini akn diteruskn untk sem dpan,fasiliti bas perlu diperbanyakkan dn tepat pada masanya,,,ini akn memudahkn rmai peljar........:-)

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Ingin Bertanya adakah fasiliti bas kuis ini setaraf
    di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kebanyakan kampus lain....:)

    ReplyDelete
  3. Okay. Itu ikut UM dan sbgnya. Tapi wireless adakah same mcm UM?fasiliti same mcm um?? Sblm berkata, tgk la fakta yg laen. Jgn juz tgk yg ade kepentingan

    ReplyDelete
  4. kalau x silap, undang2 larangan bawa kenderaan di IPTA/S yg lain tu hanya untuk student 1st year...undang2 sume kene duk hostel pun untuk 1st year student je...kalau x silap saya la...maaf kalau tersilap..=)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum semua..
    hari ni saya terbaca ruangan ini dan nk menyatakan pendapat sedikit...

    isu pertama...

    """1)PERLU MENGGUNAKANNYA KERANA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN YANG TERPAKSA MENGGUNAKAN KENDERAAN UNTUK MASUK DAN KELUAR.

    RASIONAL : Kepada mereka yang terbukti mempunyai penyakit yang memerlukan RAWATAN SEGERA dan TIDAK BOLEH MENUNGGU AMBULANS, tidak dapat tidak mereka perlu untuk keluar mendapatkan rawatan dengan segera."""

    ...adakah saudara tahu bile saudara akan sakit...???
    ...adakah saudara tahu bila akan sihat..???
    ...adakah saudara tahu bile akan ada kecemasan..???
    ...adakah itu logik..???

    isu kedua...

    """2)BAGI MEREKA YANG TINGGAL DI LUAR KAMPUS

    RASIONAL : Memudahkan mereka untuk urusan masuk dan keluar kampus"""

    ...peraturan yang mewajibkan pelajar sepenuh masa diwajibkan menetap di mahallah.
    ...mcm tu xde la sebab nyer bg pelajar sepenuh dlam kampus utk bawak kenderaan.

    isu ketiga...

    """Saya telah membuat kajian di mana-mana kampus lain seperti di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kebanyakan kampus lain, arahan yang sama juga turut dipraktikkan di tempat mereka, tidak pula ada yang membantah. Tetapi jika saya tersalah fakta, mohon perbetulkan DENGAN FAKTA."""

    ...mmg sesetengah tempat lain tidak boleh bawak kenderaan . bg pelajar 1st year shaja kerana mereka diwajibkan tinggal dalam kampus.
    ...tahun ke2 mereka perlu dduk diluar kampus.
    ...kalau mcm ni, pelajar kuis mmg xleh nk bwk kenderaan la sbb pelajar kuis diwajibkan tinggal didalam kampus.
    ...sekatan yg tidak logik...

    isu keempat...

    """3)UNTUK MEREKA YANG PERLU MEMBUAT ASSIGNMENT YANG PERLU MASUK DAN KELUAR KAMPUS

    RASIONAL : Ini adalah TUNTUTAN AKADEMIK yang saya dapati secara umumnya, mahasiswa KUIS akan mula sibuk dengan tugasan di luar kampus bermula semester tiga, tetapi jika sudah ada TUNTUTAN AKADEMIK daripada semester mana sekalipun, permohonan adalah dibuka."""

    ...sepanjang saudara belajar di kuis, pernahkah saudara tidak mempunyai assigment yg perlu dilakukan untuk setu-satu sem tersebut..??? walaupun berada di sem satu...
    ...kalau betol dgn alasan nk buat assigment bleh bwk kenderaan, ini adalah satu undang2 yg tak masuk akal kerana yang duduk dalam kuis adalah pelajar majoritinya. bukannya pekebun yg x perlu membuat sebarang assigmnt.
    ...xperlu wujud pn undang2 ini jika ia betol2 untuk kemudahan belajar boleh bawa kenderaan.

    isu kelima...

    """Prosedurnya adalah dengan mendapatkan SALAH SATU tandatangan daripada MENTOR ATAU KETUA JABATAN ATAU DEKAN FAKULTI, kemudian barulah dibawa ke USTAZ MISBAH dan USTAZ IMRAN untuk tujuan rekod."""

    ...adakah dekan, mentor dan KJ duduk makan gaji buta dan xde bende lain yg perlu dilakukan??? sampai nk kne mnguruskan hal kenderaan pelajar.
    ...adakah mereka semua tidak sibuk untuk diganggu kerana perkara remeh temeh ni..???

    isu keenam...

    ...adakah fasiliti dan kemudahan pengankutan di kuis layak dibandingkan dgn di UM, UKM, UiTM dan sbgainya.??
    ...pernahkah saudara menunggu bas untuk ke ktm..??
    ...berapa lama masa yg diambil..???
    ...berapa byk bas yg bergerak untuk memudahkan pelajar.???
    satu.??
    dua..??
    tiga..??
    ikut suka drebar bas..??
    nk jalan, jalan...
    nk tido, tido...
    ...adkah fasiliti yg ada di dalam kampus mencukupi sehinggakan xperlu untuk keluar kampus untuk sebarang urusan..??
    ada pejabat pos.??
    ada mesin cash deposit atau bank di dalam kampus..??
    ada kemudahan belajar yang mencukupi untuk menyiapkan sebarang tuntutan pelajaran..???
    jgn kerana saudara sudah menjadi MPM, saudara setuju dgn kuis wlaupun tidak betul...
    MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA...
    bukan MAJLIS PERWAKILAN KUIS UNTUK MAHASISWA....
    menyamakan kuis dgn unversiti lain sama mcm menyamakan lembu dgn kerbau...
    walaupun ada persamaan tp byk perbezaan....

    ReplyDelete
  6. setuju sangat dengan neaz. memang tak sokong. mpm pun satu...lah. tak kenal satu, pas tu bukan nak tolong student. sokong plak pendapat orang atas. nama pun perwakilan pelajar. bukan perwakilan petadbiran.

    rindu nya pada mpm lama bawah nazrul izat(terbaik), fakrul razi, izad n rashidi..

    lepas jer nazrul izad letak jawatan.
    hump! mpm tak sehati dengan pelajar. sama macam pihak ptadbiran yang meyusahkan.

    wei! korang2. resign jer.
    agak2 takleh mentadbir, x yah jadi ketua.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. setuju jugak ngn neaz...mmg x logik undang2 baru ni...dah suruh sume student duk hostel,pastu kata yg duk luar je blh bwk kenderaan...haha...kan dah bercanggah undang2 tu...hehe nampak sangat undang2 dibuat atas kepala masing2 je...tanpa perbincangan n persetujuan semua...huhu

    kalau dah suh sume duk hostel,maknenye xde sape la yg bwk kenderaan...kan??huhu so,fkir2kanlah dulu dengan sebijak2 nye...baru wat undang2 baru...jangan wat ikut kepala sendiri je...

    harap MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA blh jadi perwakilan MAHASISWA...bukn perwakilan PENTADBIRAN...sebut banyak kali jawatan yg korang pegang tu...biar korang tau ape tugas korang sebenarnye...jangan terima je tanggungjawab tapi x tau ape tanggungjawab sebenar korang...=)

    maaf kalau ade yang terasa...juz bagi pandangan n saya rasa,sebagai pemimpin,wajib dengar pandangan rakyat...kan??hehe

    ReplyDelete
  9. rakyat xth ape pemimpin pikirkan n yg jd pemimpin xth gak pe yg rakyat pikirkan... so masing2 nk tegakkan hujah masing2... kite kene duk kat tmpt org 2 br kite phm per yg berlaku sebenarnya.... jgn duk nk salahkan org sane nk salahkan org sini... nk bg comment 2 bijaklah sikit... bg pandangan yg bernas n jgn nak jatuhkan org jer... org melayu skrg nk jatuhkan kaum sendiri... sesame kaum pun nk tunjuk hbt, gi tunjuk hbt kat kaum cina n india 2... kite semame org islam n melayu perlu bersatu padu...

    ReplyDelete
  10. rakyat xtahu ape pemimpin pkirkan...
    pemimpin kene bgtau ape yg dy pkirkan...
    pemimpin xtahu ape rakyat fikirkan...
    tp rakyat bgtahu pe yg rakyat pkirkan dgn jelas...
    ape yg pemimpin buat....
    __________________________________________________

    alkisah....
    suatu hari mak bapak bertengkar disebabkan seorang anak....

    mak : awak punya pasal la si acoi tu jadi cmtu...
    bapak : ah.. awaklah yang punya pasal... tlalu manjakan sgt budak tu...
    mak : abistu xkan saya nk biakan je budak tu....

    si acoi terdengar pertengkaran tersebut.... lalu menyampuk...

    acoi : mak, pak...!! jgn la gadoh lagi... jgn la nk tunjuk sape btol sape salah... sape pandai sape tak...
    klau nk tunjuk pandai... g gadoh dgn mamak jual roti canai tu ker... apek jual selipar tu ker... baru la pandai...
    mak & pak : ????? ape kne mngene..???
    (pkir2kn la....)
    _______________________________________________

    mmg perlu tuk bsatu padu...
    tp ketidak puasan hati terhadap sesuatu perkara yg berlaku adalah asam garam...
    dan jika org yg berkuasa x menangani...
    atau org yg ada kuasa tp buat xtahu je...
    akan mengundang kemarahan sesape saje....

    ReplyDelete
  11. lagi satu..tahap kepandaian student kuis ni sama ke dengan student UKM ngan UM....mcm langit dengan bumi...hahah sebab tu budak UM ngan UKM diorang ikut sebab diorang nampak rasional peraturan tu....BUDAK KUIS HAHAHAHA....SPM PUN TAK LEPAS....MCM MANA MANA NAK FAHAM PASAL PENMTADBIRAN....HAHAHAH LAWAK..LAWAK

    ReplyDelete
  12. Cool, sabar, blm mula belajar lg kn? Cuba tnya ngn bdk short-sem? So, nnT bila dh nk mula belajar baru pecahkan kepompong yg menghantui maya kita skarang...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CAKNA MAHASISWA : Perbandingan harga asrama KUIS dan tinggal di rumah sewa luar KUIS

Selamat Berjuang Ustaz Farid Ravi!

CAKNA MAHASISWA : Luahan hati ibu pelajar KUIS : Satu Jawapan Daripada Artikel Dalam Malaysiakini.com