Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian Alam, walaupun dugaan datang tanpa
putus, namun Allah masih lagi sayangkan hamba yang penuh dosa dan noda ini
meniti kehidupan atas muka bumi ini.
Mungkin Allah
masih lagi berikan hayat ini, untuk hamba-Nya seperti saya ini, dapat
mengucapkan kalimah taubat nasuha sebelum berakhirnya hayat ini.
Dengan
kudrat-Nya juga Allah benarkan jari-jemari saya ini masih lagi ligat untuk
menulis dan terus menulis pelbagai seribu satu cerita yang saya hadapi dalam
kehidupan yang singkat ini.
Akhirnya
Allah berikan saya masa yang sesuai untuk berkongsi tentang apa yang saya
hadapi ketika berada di bumi Syam, iaitu negara Jordan yang telah saya kunjungi
pada Aidil Adha baru-baru ini iaitu pada 16 hingga 20 Oktober lalu.
Rombongan kami di KLIA sebelum berlepas. Sumber gambar Facebook Ustaz Nazmi Karim
Walaupun
ceritanya sudah berlalu hampir dua minggu, namun pelbagai kisah dan ibrah yang
dapat diambil daripada bumi Anbiya’ ini.
Saya
bersama rakan seperjuangan, Azril Rafiqzuddin serta beberapa teman lain
daripada IKIM.fm, Harian Metro, bersama guru saya Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri, Ustaz Nazmi Abdul Karim diundang oleh sebuah Badan Bukan Kerajaan
(NGO), Muslim Care Malaysia untuk menyertai Misi Kembara Rohani dan Bantuan
Kemanusiaan Syria yang bertujuan menyampaikan bantuan kepada pelarian Syria di
Jordan.
Misi kali
ini saya kira amat berbeza daripada misi rakan-rakan NGO yang lain, kerana
apabila sebut tentang pelarian Syria, biasanya akan dikaitkan dengan kem
pelarian di Antakya, yang bertempat di Turki kerana ramai rakan-rakan NGO dan
juga wartawan yang membuat liputan ke sana, kiranya kedatangan kami ke sana
mungkin mendapat gambaran yang berbeza tentang Syria yang sedang bergolak itu.
Saya
secara peribadi agar teruja kerana ini adalah penerbangan pertama ke luar
negara dalam kehidupan saya, kerana selama ini, luar negara yang sering saya
kunjungi pun ialah Selatan Thai, itupun sebab memang kampung asal keluarga
saya.
Waktu di Dubai, ketika kami solat subuh di sana
Perjalanan
lapan jam untuk transit ke Dubai amat memenatkan, namun apabila sebut tentang
Dubai, pasti kita bayangkan tentang kemewahan, di kawasan transit pun, masih
lagi penuh dengan pengunjung walaupun jam menunjukkan pukul 6 pagi,
Saya ketika berada di ruangan transit Dubai
Dr Zulkifli Al-Bakri dan Ustaz Nazmi Karim
Rombongan kami ketika turun eskalator menuju ke kapal terbang ke Amman
Rakan media dari Harian Metro, Hafis dan Sairien menghantar berita ke Kuala Lumpur
Dr Zulkifli Al-Bakri sedang menyampaikan kuliah lima minit sambil menunggu panggilan terakhir
Mentari pagi di Dubai
Setelah
transit di Dubai selama dua jam, perjalanan kami ke Jordan bersambung semula.
Suasana setelah mendarat di Lapangan Terbang Queen Alia
Menanti giliran untuk diperiksa oleh imigresen Jordan
Queen Alia menyambut kami dengan "Eid Mubarak"
Setibanya
di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia di Amman, saya terus ditiup angin
sejuk. Betapa bezanya cuaca di sana, maka tidak hairanlah ramai kawan saya yang
menyarankan agar membawa baju sejuk untuk dipakai ketika di sana.
Saya dan Dr. Zulkifli Al-Bakri di Lapangan Terbang Queen Alia
Jordan terkenal dengan banyaknya pokok Zaitun, penuh pokok Zaitun tepi jalan
Destinasi
kami pada hari itu ialah ke Irbid, sebuah daerah yang berada di Barat Jordan
bersempadan dengan Syria. Namun sebelum kami ke sana, kami sempat berehat di
Mat’am Rubu’ Al-Saidah, sebuah restoran milik orang Yaman, Nasi Mandy di sini
sangat berbeza.
Mat'am Rubu' Al-Saidah
Bersama dengan rakan-rakan Yaman di Restoran ini
Sepanjang
perjalanan kami di sana, apabila kereta kami terhenti di lampu merah, kami
dapat lihat pelbagai gelagat manusia yang berniaga barang-barang kecil untuk
menyara hidup demi sebuku roti, kerana kos sara hidup di sini agak tinggi,
bayangkan Satu Dinar Jordan bersamaan lebih kurang Lima Ringgit Malaysia!
Beginilah mereka mencari rezeki, menjual barangan dengan mengetuk cermin kereta
Suasana berbukit di Jordan sangat menarik
Kami berdekatan dengan Syria
Setibanya
di Irbid, saya sebilik dengan Dr Zulkifli Al-Bakri, berehat sementara sebelum
adanya rakaman rancangan “Cinta Ilmu Istimewa Jordan” yang akan bersiaran 3
Oktober ini.
Pelajar Malaysia di sana yang turut hadir sama
Pelbagai
mutiara hikmah yang dikongsikan beliau. Pengisian Rohani yang diberikan oleh
beliau berkenaan dengan kepentingan belajar ilmu dihadam oleh lebih daripada
300 pelajar Malaysia yang merantau di sana. Kami difahamkan pelajar Malaysia di Jordan seramai 3,500 orang, yang menghantar permohonan untuk turut serta dalam program ini seramai 2,700 orang, namun kerana dewan yang dapat memuatkan kapasiti seramai 300 orang sahaja, ramai yang kecewa tak dapat bersama mengutip mutiara ilmu di sini.
Waktu malam di sini boleh tahan
juga meriah, sebab di sana, cuti Aidil Adha selama sembilan hari. Mereka
meraikan hari tasyri’ dengan pelbagai aktiviti.
Begitulah
hari pertama kami di sana.
Bersambung...
Comments
Post a Comment