Salam Ramadhan dan Salam Nuzul Al-Qur'an


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kali ini Kalam Nie-Zarm ingin berbahasa Melayu setelah sekian lama bercakap dalam bahasa Inggeris dan sekian lama juga tidak bercakap mengenai dunia yang dihadapi Nie-Zarm.

Alhamdulillah pada tahun ini Selangor telah memulakan cuti Nuzul Al-Qur'an sama seperti di Kelantan tanah tumpah darah Nie-Zarm.Walaubagaimanapun Nie-Zarm sendiri masih lagi kurang dalam membaca Al-Qur'an kerana dikejar dengan kesibukan yang tidak henti-henti walaupun menghadapi musim peperiksaan terakhir.

Agak keletihan juga kerana terpaksa mengharungi peperiksaan akhir semester dalam keadaan yang berlari-lari. Walaupun sudah akhir semester tetapi tugasan masih lagi perlu dihantar apatah lagi banyak tugasan yang ditangguh akibat kemalangan yang berlaku pada bulan Julai yang lalu.

Namun segala kesusahan dan kekusutan, tetap mempunyai masa untuk terus berkarya dalam memastikan minda sastera terus berkembang.

Untuk pembaca yang ingin membaca karya yang saya terbitkan di facebook,bolahlah layari facebook dan "click add" dekat saya dan bacalah karya tulisan saya dalam ruangan "notes".

Insya Allah jika berkesempatan saya akan menulis cerpen di dalam blog ini sebagai ruang untuk berkongsi 1001 cerita dari insan yang bertebaran di bumi ini.

Tidak lupa juga untuk menceritakan isu-isu semasa dan minda mahasiswa bagi menjana minda kelas pertama ke arah melahirkan mahasiswa cemerlang pembangun agama dan bangsa pada suatu hari ini...

Salam perkenalan semula dari Kalam Nie-Zarm


Comments

Post a Comment