Menerima Anugerah Dekan





Assalamualaikum
Terima kasih kepada mereka yang terus menerus singgah untuk membaca kalamnie-zarm.blogspot.com kerana kesetiaan anda adalah penjana semangat saya untuk menulis dan berkhidmat untuk semua.



Pada kali ini saya ingin menulis mengenai Majlis Penyampaian Anugerah Dekan yang berlangsung pada hari Rabu 15 Disember 2010 yang lalu di Pusat Konvensyen KUIS (PKK).
Pada hari tersebut dengan bangganya saya berpakaian formal dan blazer, itu penting kerana ini adalah pengiktirafan yang diberikan kepada mereka yang bersusah payah untuk terus menggapai kecemerlangan.



Ramai sahabat dan taulan yang turut menerima anugerah yang sama dari pelbagai fakulti dan akademi, termasuklah yang belajar sepenuh masa mahupun separuh masa.
Diharapkan dengan anugerah ini bukan hanya melengkapkan diri saya untuk menjadi pelajar cemerlang, sebaliknya menjadikan saya sebagai seorang yang mempunyai pakej lengkap ke arah mahasiswa yang diinginkan oleh Islam untuk membawa perubahan ke arah keberkatan dunia dan akhirat.



Kerana ilmu tidak akan berkat jika hanya mencapai CGPA tinggi, tetapi dengan mengharapkan redha Allah dan mengajak sahabat-sahabat mahasiswa lain untuk turut bersama dalam menerajui perubahan yang diinginkan.

"Jika kita salah menunjukkan diri kita sebagai seorang Islam, maka kita seperti pengkhianat Islam, tetapi jika kita menunjukkan Islam yang cantik dan syumul, kita akan menjadi duta Islam yang hakiki" (Ustaz Nasarudin Mat Isa, Masjid Al-Azhar KUIS, 16/12/2010)

Comments

  1. Salam..Saiful..

    Masih kenal saya?
    Tahniah sebab dapat anugerah dekan. Blh berapa pointer?
    Kalau nak kenal saya ni jom ke blog saya
    www.asytaaqfiqalbi.blogspot.com
    Ex-sullamiah kamu dulu (senior) :)

    ReplyDelete
  2. kenal sangat la kalu gadis bernamo rosilawati tu...
    teringat balik maso tolak mutor demo tuh...
    hehehe...
    timo kasih deh sebab ingat ambo lagi...
    insya Allah kawe add blog demo...

    ReplyDelete
  3. ishh..lamo mena doh sapa ingat lagi gelek muto ambo hok xdok minyok..haha :P
    terimo kasih la demo deh sebab tulun buh minyok..hehe

    ReplyDelete
  4. ingat lagi...tok seko pulok hanyo gelek muto jah tapi kekal kkenal pah ko lo nih...hehehe...tu namonyo takdir...lo ni cuti key???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CAKNA MAHASISWA : Perbandingan harga asrama KUIS dan tinggal di rumah sewa luar KUIS

Selamat Berjuang Ustaz Farid Ravi!

CAKNA MAHASISWA : Luahan hati ibu pelajar KUIS : Satu Jawapan Daripada Artikel Dalam Malaysiakini.com