Thursday, December 23, 2010

Mewakili MPM-KUIS untuk dialog bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 23/12/2010 (Khamis) nie-zarm dan rakan-rakan lagi empat orang seperjuangan daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS (MPM-KUIS) telah diundang untuk bersama dalam satu program dialog yang dianjurkan oleh pihak Agensi Kualiti Malaysia (MQA) di dewan utama MQA yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor

setibanya di MQA


Dialog tersebut menemukan wakil pelajar atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan MPM dari kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam mahupun swasta bagi memeriahkan sesi dialog tersebut. Dialog yang dianjurkan ini bukanlah hanya dialog MPP atau MPM dengan pihak MQA sahaja, tetapi ianya adalah dialog bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Datuk Saifuddin Abdullah.


audiens yang hadir sebelum YB datang
YB Timbalan Menteri di tengah bersama dengan Pengarah MQA (Baju Batik Merah) dan wakil pelajar dari UniKL Bangi


Pertama kali bagi nie-zarm untuk berdialog bersama timbalan menteri yang begitu dekat dengan mahasiswa, bahkan beliau lebih suka untuk bersahaja. Maka tidak hairanlah beliau begitu dihormati oleh kebanyakan mahasiswa dan kredibilitinya berjaya mengatasi bosnya sendiri, iaitu Datuk Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi). Dengan kehadirannya yang berpakaian seluar jeans dan kemeja lengan pendek kain ala-ala jeans serta dialog yang digunakan adalah mudah, membuatkan nie-zarm merasakan selesa untuk bersama beliau.

biasa sahaja penampilannya

Nie-zarm menjadi orang pertama yang menanyakan soalan mengenai isu mahasiswa (nak kata mahasiswa KUIS juga berkualiti). Empat isu yang diketengahkan adalah isu 11 kursus yang ditawarkan di KUIS mengalami masalah dengan pihak MQA, isu kelewatan PTPTN, isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan isu harapan untuk kewujudan Parlimen Mahasiswa di peringkat nasional.

Jawapan yang diberikan oleh pihak MQA mengenai 11 kursus itu adalah pihak MQA telah membuat perbincangan dan ianya dibawa ke fasa terakhir sebenarnya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila selesai nanti akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran KUIS.

Isu mengenai kelewatan PTPTN, tidak dapat dinafikan bahawa IPTS memang bermasalah, bukan hanya di KUIS sahaja, tetapi rakan-rakan MPP dari UniKL Sepang, UniKL Bangi, UNITEN dan sebagainya menyatakan memang timbul isu kelewatan kemasukan dana dari PTPTN. Tetapi akan cuba dikurangkan masalah tersebut oleh pihak menteri berkenaan.

Isu AUKU, YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menyatakan dengan ringkas bahawa beliau sendiri tidak setuju dengan AUKU dan beliau memiliki 30 sebab mengenainya. Kalau nak tahu, taiplah saifuddinabdullah.com.my untuk maklumat lanjut.

Mengenai isu Parlimen Mahasiswa, beliau menyatakan bahawa sudah ada agensi kerajaan yang mewujudkannya tetapi tidaklah berbentuk parlimen, namun beliau juga menyatakan perkara tersebut masih dalam kajian.

sempat bergambar dengan YB Timbalan Menteri sebelum pulang ke kampus
bergambar bersama MPP UNITEN
Bukan sahaja kami dapat berdialog secara terus dengan YB Timbalan Menteri tetapi nie-zarm dapat ramai kenalan baru yang merupakan rakan sejawatan di IPT lain, insya Allah akan memudahkan jaringan hubungan sesama IPT untuk memartabatkan mahasiswa berkualiti

Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar pada masa hadapan. Amin

3 comments:

Farhana Sahri said...

wallaweeeehhh....goodjob nizam =p..follow myblog http://farhanasahri.blogspot.com

Saifulnizam bin Muhamad (Nie-Zarm) said...

syukrannn...hahaha

avigna said...

Dialog tersebut menemukan wakil pelajar atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan MPM dari kesemua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam mahupun swasta bagi memeriahkan sesi dialog tersebut.

Post a Comment

 
Photography Templates | Slideshow Software