Perubahan!!!

Assalamualaikum...
Pertama dan selamanya bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan hayat sehingga tahun 1432 hijrah kita jejaki kini.

Sesekali ana terfikir, hijrah ini bukan hanya istilah hijrah, tetapi ianya sinonim dengan perkataan pertukaran,reformasi,transformasi,perubahan dan pelbagai lagi perkataan yang membawa maksud yang sama.

Tetapi kerap kali jika kita ingin membuat perubahan, akan tersungkur juga hanya kerana KAWAN dan PERSEKITARAN yang membantu menyungkurkan harapan anda untuk BERUBAH.

Pernah dikatakan bahawa PERUBAHAN itu hanya bertahan selama TIGA MINGGU jika tidak ada keazaman dan perubahan secara TOTAL. Perubahan secara TOTAL adalah PERUBAHAN DRASTIK yang berlaku terhadap seseorang dengan KESEMUA KOMPONEN memainkan peranan untuk mencapai perubahan. Tempat, masa, masyarakat dan unsur-unsur lain memainkan peranan

Kenapa penghijrahan Rasulullah S.A.W berlaku dari suatu tempat ke suatu tempat yang berbeza? Kerana di Yathrib itu ramai yang boleh menerima Islam termasuklah Yahudi di Yathrib, hatta walaupun Rasulullah menjadi Perdana Menteri di situpun, majoriti boleh menerima Islam.

Bagaimana dengan ummat Islam di Malaysia? Warga-warga di kota dan desa? Hatta keseluruhan masyarakat kampus sekalian?

Di bahu kita ini sudah terpaku amanah untuk dilangsaikan dan tuntutan itu sentiasa diperhatikan oleh duta-duta Allah iaitu para Malaikat di atas kehidupan dunia ini

Jadilah hamba yang sebenar-benarnya hamba yang membawa PERUBAHAN KEPADA ISLAM.Mulakan dengan langkah kecil di bilik asrama anda bersama sahabat dan sahabiah anda bersama.

sebelum

selepas

p/s : Hidayah Allah itu bukan milik manusia.cuma ikhtiarkanlah untuk berubah bersama...

Comments