1432/2011 dan misi baru...

Assalamualaikum dan salam tahun baru 1432 hijrah...
Sudah sekian lama nie-zarm tidak menulis di sini. Kali ini hanya menulis sekadar sedikit sahaja kerana kesibukan sudah mengejar,bila berjalan pun akan berjalan lebih pantas daripada biasa,minda tetap berpusing berfikir walaupun dalam keadaan lena,pelbagai bayangan tugasan dan amanah yang perlu diselesaikan. Sehingga mengundang demam kini. Apa-apapun itu semua datang daripada Allah dan kepadanya kita akan kembali.

Apa-apapun,semoga dengan kedatangan tahun baru ini sama ada hijrah mahupun masihi, kita akan menjadi manusia yang lebih bertaqwa kepada Allah dengan harapan agar penghijrahan ini menjadi penghijrahan rohani yang besifat hakiki, bukannya agak sekadar bising di luar tetapi tidak ada tindakan.

Mudah-mudahan ianya akan memberikan sesuatu yang terbaik buat kita semua.


2011 adalah tahun pertama dalam kehidupan nie-zarm yang menggunakan buku "Perancangan Eksekutif" atau dalam bahasa biasanya adalah planner.

Namun planner ini adalah planner yang bukan sahaja cantik tetapi mempunyai info-info yang pelbagai dari sudut ilmu islami, motivasi dan tips-tips yang berguna untuk kita semua.

Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan seharian kita ke arah mencari Mardhatillah...Amin

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CAKNA MAHASISWA : Perbandingan harga asrama KUIS dan tinggal di rumah sewa luar KUIS

Selamat Berjuang Ustaz Farid Ravi!

CAKNA MAHASISWA : Luahan hati ibu pelajar KUIS : Satu Jawapan Daripada Artikel Dalam Malaysiakini.com