Assalamualaikum dan sejahteralah ke atas pembaca sekalian berada di dalam rahmat Allah.
Kali ini nie-zarm akan berbicara mengenai Kursus Bencana Operasi dan Menyelamat (BOM) 2011 yang diadakan di Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
Sampai sahaja di lokasi, peserta diberikan taklimat, solat asar, pemeriksaan bagasi (macam nak terbang ke oversea la pulak...) dan penyerahan harta rampasan perang...hahaha...
Setelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan barulah dibenarkan peserta untuk memilih khemah yang mereka suka, satu khemah 4 orang.
Lelaki dibahagikan kepada empat kumpulan manakala perempuan dibahagikan kepada lima kumpulan. Bila maghrib tiba, semua solat dan menghayati Yasin doa semalat supaya dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.
Kursus pun bermula pada malam itu selepas makan dan solat isyak...Keempat-empat jurulatih kami datang ketika makan malam dan buat kami terkejut juga sebab setelah Biro Komunikasi cuba menghubungi mereka, tiada respon diberikan. Tapi Alhamdulillah sampai jugak.
Kalau nak tulis semua memang jenuhlah jawabnya kan? Kalau nak tengok kesemua gambar bolehlah click di URL ini :
http://www.facebook.com/album.php?aid=40075&id=100000699796838&l=3209893c58
Comments
Post a Comment