Syarahan Za'ba : Melayu dan Perubahan

berada di atas bas bersama "Mat Jae Leman"

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sejak bergelar Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di bumi KUIS,pelbagai undangan, jemputan dan ajakan (betulkah ayat ini?) bertalu-talu datang.
Antaranya adalah jemputan daripada pihak Universiti Industri Selangor (UNISEL) atas nama kerajaan negeri Selangor yang menganjurkan program Syarahan Za'ba : Melayu dan Perubahan yang dianjurkan pada 12 Januari 2010. Seramai 48 mahasiswa dan mahasiswi daripada KUIS bertandang ke sana.
Kami di pihak siswa memang agak lega dan senyap kerana hanya 8 orang sahaja siswa yang ke sana. Program ini adalah program kilat, maka tidak sempat untuk membuat publisiti secara meluas, maafkan saya.
Setelah sampai ke UNISEL, kami terus memasuki Dewan Serbaguna UNISEL menunggu kehadiran dif-dif kehormat. Dijangka yang akan hadir adalah Menteri Besar Selangor dan individu yang akan memberi syarahan adalah Prof. Adnan Nawang dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang arif mengenai sejarah Malaysia.
Banner program

Setelah meneliti "banner" program, rupanya yang hadir sama adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim yang merupakan penasihat ekonomi Selangor dan ketua pembangkang Malaysia. Setelah semua VIP masuk, Dr. Muhamad Nor Manuty yang merupakan warga KUIS juga hadir.

kehadiran VVIP masuk ke dalam dewan

Syarahan berjalan seperti biasa dan sesi soal jawab pun berjalan seperti biasa. Cuba juga saya menduga pensyarah UPSI ini mengenai sejarah PEMUDA-AMJCA dan Perlembagaan Rakyat, rupanya beliau pun mengetahui perkara ini.

ada juga yang tidur
macam berpidato pulak dah!!!
jamuan juga disediakan oleh pihak penganjur
kumpulan mawar mekar harum di UNISEL
sempat bersama dengan sasterawan negara Datuk A.Samad Said

Nie-Zarm semakin tidak sempat untuk menulis, insya Allah akan cuba update setakat mana yang mampu. Terima kasih kerana bersama nie-zarm. Moga Allah merahmati pembaca semua

Comments