CAKNA MAHASISWA : Bersama Membantu Sahabat Di Bumi KUIS!



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun dalam kesibukan peperiksaan akhir, saya tetap turun menemui sahabat-sahabat dalam masa yang seadanya.

Saya bersama dengan sahabat-sahabat lain berjumpa sambil berusrah dalam menyelusuri rona kehidupan masyarakat kampus walaupun dalam kesempitan masa. Pada 21 Februari 2011 jam 9 malam di salah satu bilik di Blok A.


Usrah tersebut dimulakan dengan jamuan secara berjemaah dengan seramai 8 orang berkongsi satu talam dan selepas itu dimulakan dengan usrah yang dipandu oleh seorang pensyarah daripada UKM.

Alhamdulillah dengan izin Allah selepas daripada usrah tersebut, saya berdiskusi sementara dengan tuan bilik tersebut yang juga merupakan mahasiswa OKU, Zulqarnain Mohd Zain. Beliau yang biasa saya panggil dengan panggilan "Abe Zul" sentiasa mesra dan mengukirkan senyuman, apatah lagi sudah lama saya tidak berjumpa dengannya di Masjid Al-Azhar.


Saya sempat berbicara dengan beliau yang juga merupakan mahasiswa Diploma Dakwah. Sekarang beliau diuji dengan pelbagai masalah. Antaranya adalah beliau tidak dalam memasuki peperiksaan akhir semester kerana mempunyai tunggakan yuran semester lepas sekitar RM 2000++, dalam masa yang sama rumah keluarga beliau di Kelantan dikhabarkan baru lepas mengalami kebakaran.

Beliau sebenarnya tidak ditaja oleh mana-mana tajaan dan sekarang berkemungkinan besar beliau akan menangguh pengajian beliau dan bekerja sebagai engineer kembali. Beliau sebenarnya merupakan seorang engineer yang sudah pun mempunyai kerja yang tetap, namun kerana desakan nalurinya ingin mendalami ilmu agama dengan mengambil Diploma Dakwah di KUIS.

Beliau berkata agak sayang untuk meninggalkan KUIS kerana suasana KUIS yang mendorongnya untuk meneruskan pengajian. Apatah lagi untuk menyambung pengajian di kampus lain. Beliau pernah memohon tajaan daripada pelbagai organisasi kebajikan tetapi menemui jalan buntu.

Saya mohon kepada mana-mana individu yang ingin memberikan sumbangan untuk memastikan beliau dapat menyambung pengajiannya di bumi KUIS ataupun untuk mengurangkan beban keluarga beliau, bolehlah menghubungi beliau pada maklumat berikut:


Nama : Zulqarnain Mohd Zain
Telefon (HP) : 017-8725090
e-mail : sajdahmusafir@gmail.com

Beliau juga boleh dihubungi melalui facebook dengan menaip nama penuh beliau pada carian laman sosial tersebut.

Terima kasih kepada semua pembaca dan saya berharap agar pembaca yang ingin membantu beliau dapat dipanjangkan kalam ini kepada pihak yang boleh membantu beliau.

Terima kasih kepada pembaca dan ingatlah bahawa saya sebagai Naib Presiden (Kebajikan) MPM tidak pernah "goyang kaki" dan mengabaikan masalah mahasiswa kerana saya juga adalah "Abdi Mahasiswa" untuk berkhidmat kepada anda semua, sahabat saya di bumi KUIS.

Comments