CAKNA MAHASISWA : Ilmu di Dada VS Ilmu di BUKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya rasa semua pembaca KALAM NIE-ZARM khususnya warga Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sudah pun berada dalam keadaan kelegaan setelah berhempas pulas dengan peperiksaan akhir. Tahniah sebagai pembuka ucapan ana tuturkan.

Ana sendiri pun baru keluar daripada Dewan Peperiksaan Utama (DPU) pagi tadi. Cuma ada suasana yang cukup membuatkan ana "sakit mata" di sana. Suasana sebegini yang ana saksikan.





Suasana ini ana dapat daripada persekitaran DPU, cukup menyedihkan bahawa MAHASISWA ISLAM tetapi MEMBUANG ILMU yang mereka ada. Kalau benar merasakan buku-buku, nota-nota itu tidak berguna sekalipun, lupuskanlah nota-nota tersebut secara yang betul agar ia tidak menimbulkan fitnah kepada ISLAM kerana MEMPUNYAI MASYARAKAT YANG TIDAK MENCINTAI ILMU.

Bagaimana untuk menghadapi serangan daripada musuh-musuh Islam jika keadaan masyarakat Islam sendiri dalam institusi pendidikan Islam, pembudayaan "SAYANG ILMU" tidak dipraktikkan dalam kalangan mahasiswa?

Saya mohon agar sesiapa yang melakukan perkara ini untuk mengubah perlakuan seperti ini.

Comments

  1. Betul tu akh! Ana keluar dari PKK kan, ada nota2 dalam bahasa Arab, kdg2 ada kalimat Allah dll dalam longkang. Basah. Ana kutip letak atas -.- Ana tak tahu lah apa yg ditulis dalam bhse Arab tu, tak faham XD Tapi bila tgk kertas2 tu dalam longkang, bersepah2, rasa cam tak sampai hati biar mcm tu. Hmm

    ReplyDelete
  2. saya sokong seratus peratus, td sy tgk ada budak tudung labuh duk atas buku nota fiqh, x kn x nampak kota ada nota kat situ,,adoii.,ilmu diorg letak kat kaki..hampeh..

    ReplyDelete
  3. Inikah cerminan anak muda yang kononnya mahu mencorakkan generasi manusiawi akan datang?
    Integriti dan jatidiri perlu ada..barulah mahasisiwa akan kembali perkasa...lagi-lagi mahasiswa yang berdiri atas nama Kolej Universiti ISLAM

    ReplyDelete

Post a Comment