CAKNA MAHASISWA : Kad Matrik Oh Kad Matrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga KUIS mahupun semua pembaca budiman.

Tengok tajuk pun sudah menggambarkan apa topik yang ingin saya bincangkan pada kali ini. Kad matrik sekarang di KUIS adalah perkara yang wajib dibawa ke mana-mana. Selalunya ada yang mengganggap kad matrik digunakan untuk mengelakkan saman dan untuk memasuki final exam. Apa-apapun terpulang kepada anda untuk menilai kebenaran tersebut.

Cuma saya ingin menyuarakan satu perkara mengenai kad matrik. Kenapa bersepah-sepah saya jumpa? Bukan satu, bukan dua tapi sebanyak ini.

Boleh tahan jugak banyak kad matrik ni. Gambar ni sengaja diambil sejauh mungkin untuk mengelakkan aib si pemunya. Kalau salah mohon betulkan.

Saya pun tidak tahu, kalau masalah kecuaian, saya boleh terima lagi. Tetapi kalau ada yang sengaja tak nak ambil, itu saya tak dapat nak ulas panjang lebar. Sebab semua kad ini telah diletakkan di hadapan pejabat Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) selama 2 minggu hingga 1 bulan setengah, tetapi tidak juga diambil.

Kalau ada sesiapa yang merasakan ada kad matrik rakannya dalam gambar ini, bolehlah hubungi saya di talian 017-9194019 atau 019-5838087 dengan segera.

Terima kasih kepada pembaca dan ingatlah bahawa saya sebagai Naib Presiden (Kebajikan) MPM tidak pernah "goyang kaki" dan mengabaikan masalah mahasiswa kerana saya juga adalah "Abdi Mahasiswa" untuk berkhidmat kepada anda semua, sahabat saya di bumi KUIS.

Comments