CAKNA MAHASISWA : Niqab ,Purdah dan Peperiksaan Akhir

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya tidak berhajat untuk menulis sebenarnya memandangkan saya akan menghadapi peperiksaan akhir semester pada beberapa jam lagi, setelah menelaah buku dan memahami sosiologi media dan Islam.

Tetapi desakan saya untuk menulis kali ini agak memuncak, mungkin kerana nasib mereka yang tidak seperti saya yang mungkin lebih senang dari mereka, maka kalam nie-zarm kali ini perlu untuk bersuara.

Kalau tengok daripada tajuk, mungkin semua sudah dapat menganggapkan bahawa isu kali ini mengenai kaum hawa. Bukan mengenai kecantikan mereka tetapi mengenai hak mereka untuk memasuki peperiksaan akhir semester dengan tenang dan tidak mempunyai masalah.

Dikhabarkan bahawa ada golongon siswa yang berniqab dan berpurdah tidak boleh memasuki dewan peperiksaan akhir sehinggakan kain yang menutup wajah mereka mesti ditanggalkan untuk tujuan pengecaman dan juga untuk mengelakkan penyamaran mahasiswi masuk ke dalam peperiksaan akhir.

Tetapi saya mendapat aduan daripada segelintir rakan mahasiswa yang menyatakan bahawa ada segelintir staf yang MENEGUR SECARA TIDAK BERADAB siswi yang berniqab dan berpurdah untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan dan dikhabarkan juga staf tersebut adalah SEORANG LELAKI yang kononnya dikatakan sebagai penyelamat kepada kaum hawa.

Saya rasa adalah tidak beradab untuk sesiapapun untuk MENEGUR pelajar walaupun orang yang menegur tersebut adalah seorang staf. Kalau ingin mengarahkan sekalipun, gunakanlah bahasa yang membolehkan wanita tersebut masih boleh mengawal emosi untuk siswi tersebut mampu menjawab peperiksaan akhir. Perlu difahami bahawa kaum perempuan adalah kaum di mana mempunyai sensitiviti yang tinggi dan cuba bayangkanlah kalau apa yang dihafal atau yang dibaca sebelum ini hilang di dalam mindanya ketika ingin menjawab peperiksaan akhir nanti, siapa yang akan bertanggungjawab???

Sejauh manakah kecaknaan terhadap isu ini? Saya memohon agar muslimat yang mempunyai masalah tersebut untuk tampil memberikan laporan, agar dapat disusun aturkan kaedah yang sesuai untuk membawa perubahan di dalam pengamalan adab sama ada untuk mahasiswa dan juga untuk staf.

Dan jika pihak pengurusan mengetahui perkara ini, saya mohon untuk memberikan jawapan. Terima Kasih

Comments

Post a Comment