CAKNA MAHASISWA : Student SMART '11 d Broga...from KUIS with Ta'dib





Assalamualaikum dan salam ta'dib

Islamic Core Ideology and Core Competency, itulah yang menjadi tujuan utama program anjuran pihak pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bersama dengan pimpinan mahasiswa daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa, Jawatankuasa Perwakilan Nuqaba' (JPN, yang dahulunya dikenali sebagai MPN iaitu Majlis Perwakilan Nuqaba'), Jawatankuasa Perwakilan Mahallah (JAPIM, yang dahulunya dikenali sebagai MPMM iaitu Majlis Perwakilan Mahallah Mahasiswa) dan juga wakil daripada Persatuan Mahasiswa (PM) dari setiap fakulti yang dianjurkan pada 26 dan 27 Februari 2011.

Student SMART '11 bukan sahaja untuk memberi kursus mengenai untuk menjadikan KUIS sebagai institusi melahirkan insan ta'dibi, tetapi dalam masa yang sama untuk menilai kembali MISI PIMPINAN MAHASISWA KUIS untuk menjadi model ke arah pembinaan ta'dibi dan dalam masa yang sama untuk memastikan PIMPINAN MAHASISWA BERSUARA JIKA BERLAKU KEPINCANGAN DI DALAM PENGURUSAN.

Kenapa saya berkata begitu? Salah satu model dalam program tersebut adalah kajian kes yang berkaitan dengan KEBAJIKAN mahasiswa dan pembentangan mengenai LATAR BELAKANG MASALAH, KEKANGAN DAN PENYELESAIAN DISUARAKAN SECARA PROFESIONAL yang saya rasakan tidak mungkin dilakukan oleh pentadbiran di Kolej Universiti ataupun di Universiti lain. Namun saya yakin dan percaya, majlis dialog seperti ini AKAN DIANJURKAN SECARA LEBIH MELUAS.

Namun segalanya memerlukan KECAKNAAN MAHASISWA TERHADAP ISU KAMPUS, agar segalanya dapat dijalankan dengan lebih HARMONI DAN SIHAT.

Selamat hari lahir juga saya ucapkan kepada IBUNDA WARGA KUIS, Dr. Nor Adha Abdul Hamid kerana hari lahir beliau jatuh pada tarikh program tersebut. Saya tidak ingin mengulas mengenai perjalanan program, tetapi saya melihat lebih kepada pengisian dan maksud tersirat program tersebut. Antaranya adalah kritikan yang saya lontarkan juga mendapat respon positif daripada staf yang hadir. Mungkin kerana saya sudah rapat dengan mereka, maka saya tidak mengalami masalah dengan mereka, inilah yang saya dan SEMUA MAHASISWA INGINKAN, PROFESIONALISME DALAM PERKHIDMATAN, betul dan salah ditegur dan dimuhasabah, tetapi tetap mesra dan masih boleh bersahabat dengan baik antara mahasiswa dan staf.

Saya boleh bermesra dengan staf, kerana PROFESIONALISME DALAM KERJAYA, tetapi kalau ada pula dalam kalangan PIMPINAN MAHASISWA YANG MENGAMALKAN PERKARA TERSEBUT, SAYA RASA IANYA SATU KERUGIAN YANG BESAR.

Saya berharap agar perkara ini difikirkan secara bersama. Saya sebagai Naib Presiden (Kebajikan) Majlis Perwakilan Mahasiswa tidak merasakan apabila kita bersahabat dengan pentadbiran bermakna kita menjadi kuda tunggangan mereka dan mengabaikan mahasiswa, saya bukan seorang yang hanya "yes man", tapi saya duduk di tengah antara mahasiswa dan pentadbiran, untuk MENYELESAIKAN MASLAHAT MAHASISWA demi memastikan KUIS mampu bergelar Institusi Pengajian Tinggi Islam yang unggul seperti harapan semua.

deklamasi sajak ta'dib "andai tiada Dia" oleh Timbalan Rektor, Dr. Nor Adha

kek hari jadi...
sedang menjamu selera
sebelum memulakan aktiviti hijau (jungle trekking)
menyelusuri hutan belantara

En. Khai (tiba-tiba ada mukaku)
sedang bergerak
geng2 perasan
setelah sampai di tempat rehat
main air terjun
bersama-sama
presentation mengenai isu masalah mahasiswa
khusyuk
mempersembahkan tiga fasa KUIS
berbicara tentang hati
mengulas mengenai isu yuran
kenangan muslimin
kenangan muslimat

Comments