CAKNA MAHASISWA : Isu Lift rosak di parcel 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kalam ini saya ingin tujukan buat warga siswa di KUIS.
Masalah lift yang selalu rosak di parcel 5.
Kerap saya mendapat aduan daripada rakan siswa mengenai perkara tersebut.
Tetapi saya terjumpa sesuatu yang menarik perhatian saya adalah memo yang dikeluarkan oleh pihak Rehda Resources. inilah rupa bentuk memo yang saya jumpa.

memo yang dikeluarkan

Kalau ada yang tidak jelas apa yang ditulis di memo ini, akan saya jelaskan lagi. Ditulis di situ "LIF BOLEH DIGUNAKAN KECUALI ARAS 8 KERANA BUTANG LIF TELAH DIBAKAR OLEH PELAJAR. SESIAPA DARI ARAS 8, SILA GUNA LIF DI ARAS 7 ATAU 9."

Saya rasa terpanggil untuk menulis isu ini. Tidak mahu berat sebelah dan tidak mahu menyalahkan sesiapa pun. Kalau benar Rehda Resources yakin bahawa ianya dibakar oleh pelajar, siapa pelajar itu dan adakah benar Rehda mendapat maklumat daripada mahasiswa itu sendiri? Kepada mahasiswa yang mungkin kalau benar ada yang bakar, (kalau dia atau mereka yang bakar tu baca blog saya) apa tujuan membakar harta awam sedangkan ianya bukan kegunaan mahasiswa sahaja tetapi kegunaan kamu juga. Saya mohon agar Rehda menyelesaikan masalah ini dan saya mohon agar sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai si pelaku, tampilkan diri untuk memberikan mahlumat kepada saya sama ada secara bersemuka, facebook ataupun langkah-langkah lain yang membolehkan komunikasi dia hala berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada pembaca dan ingatlah bahawa saya sebagai Naib Presiden (Kebajikan) MPM tidak pernah "goyang kaki" dan mengabaikan masalah mahasiswa kerana saya juga adalah "Abdi Mahasiswa" untuk berkhidmat kepada anda semua, sahabat saya di bumi KUIS.

Comments

Post a Comment