Kepentingan mengemaskini atau "update" blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sudah lama rasanya tidak mencoretkan kalam di medan ini. "Aulawiat" atau keutamaan perlu dicurahkan kepada perkara yang perlu diangkat. Apatahlagi selepas bergelar sebagai salah seorang "Majlis Perwakilan Mahasiswa" yang ditaklifkan sebagai "Naib Presiden Kebajikan", memang sibuk memanjang.
Tetapi kini sudah merasakan bahawa betapa perlunya untuk selalu mengemaskini blog saya sendiri. Kerana baru saya sedari bahawa kaedah penyampaian khususnya mengenai isu yang mengaitkan kebersamaan mahasiswa perlu menggunakan pelbagai medium untuk memastikan bahawa kita benar-benar dekat dengan mahasiswa yang merupakan sahabat kita yang paling dekat.
Bukan kerana untuk mengejar populariti, tetapi apa yang lebih penting adalah supaya tidak menimbulkan fitnah sebagai pemimpin. Kalau buat kerja dalam senyap tanpa memaklumkan kepala sahabat-sahabat mahasiswa lain, bimbang mereka menyatakan saya "goyang kaki" di atas.
Maka baru saya faham kepentingan mengemaskini blog ini. Saya hanya menumpukan kepada "facebook" sahaja tanpa memberikan tumpuan kepada blog ini. Apa-apapun perkembangan semasa kampus, akan saya seiringkan di "facebook" dan blog ini.
Terima kasih kepada mereka yang menyokong, yang membangkang, yang mengkritik, yang memuji, yang memerhatikan dan sebagainya. Kerana ANDA SEMUA ADALAH SAHABAT SAYA.

Saifulnizam bin Muhamad,
Naib Presiden (Kebajikan)
Majlis Perwakilan Mahasiswa 2010/2011

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

CAKNA MAHASISWA : Perbandingan harga asrama KUIS dan tinggal di rumah sewa luar KUIS

Selamat Berjuang Ustaz Farid Ravi!

CAKNA MAHASISWA : Luahan hati ibu pelajar KUIS : Satu Jawapan Daripada Artikel Dalam Malaysiakini.com