CAKNA MAHASISWA : Bersama Rakan Daripada Pusat Asasi







Saudara Syed Hamzi memulakan kalam

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat.

Kalam Nie-Zarm sepatutnya menceritakan mengenai isu kenderaan, kerana saya yakin dan percaya, anda semua masih menanti-nantikan siri CAKNA MAHASISWA mengenai pengangkutan, tetapi untuk kali ini, saya ingin berkongsi mengenai turun padang yang saya lakukan selepas Isyak tadi (31 Mac 2011)



Tujuannya bukan kerana ingin mengalihkan perhatian mahasiswa, tetapi saya rasakan perlunya saya menyatakan bahawa saya turun ke lapangan masyarakat kampus untuk berdialog dan mengetahui hakikat sebenarnya apa yang siswa dan siswi inginkan. Lagipun saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah abaikan tugas saya sebagai Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) supaya tidak timbul fitnah bahawa saya tidak bekerja.



Majlis ini sebenarnya dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Asasi (PERSIS) dan sebenarnya saya hanya menumpang majlis mereka, kerana majlis tersebut adalah Usrah dan Halaqah Al-Mulk yang dilakukan secara mingguan, cuma saya memohon kepada Yang Di-Pertua PERSIS, Saudara Syed Hamzi untuk sesi pengenalan dan dialog. Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan slot itu untuk saya.



Ianya tidak lebih dan tidak kurang daripada sekadar pengenalan, cuma ada sedikit dialog mengenai isu pengangkutan dan saya telah memberikan huraian seperti yang saya ceritakan dalam Kalam Nie-Zarm.

Sebelum majlis tamat, saya sempat memberikan laman blog ini untuk menjadi rujukan mereka sebagai medan alternatif untuk bersuara.

Apabila selepas majlis tersebut dan juga apabila diskusi di alam maya diadakan (sudah tentunya FB), mereka menyatakan bahawa mereka baru mengenali MPM dan saya sebagai individu pertama mengadakan majlis seperti ini. Insya Allah nanti mungkin ada peluang untuk diskusi seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Saya akan sentiasa turun padang dan mengetahui masalah anda semua. Terima kasih mahasiswa KUIS dan terima kasih PERSIS kerana memberi peluang ini kepada saya.

Comments

  1. assalamualaikum.. terima kasih kerana sudi menjenguk kami pelajar2 asasi...

    ReplyDelete

Post a Comment