Wednesday, March 30, 2011

CAKNA MAHASISWA : Cerita Kenderaan dan Mahasiswa part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua mahasiswa KUIS sekalian.


Walaupun letih dalam menyelesaikan masalah penempatan mahasiswa baru-baru ini, tetapi seronok apabila mendapat keputusan yang responsif, tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat. Terima kasih saya ucapkan.

Isu yang terkini ialah mengenai larangan penggunaan pengangkutan yang dikeluarkan di dalam memo yang terpampar dalam website Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Inilah memo yang dikeluarkan di laman web KUIS yang menggusarkan semua siswa dan siswi termasuk saya...hehehe

Ramai juga yang membuat persepsi yang menyatakan bahawa ianya tidak munasabah dan sebagainya, saya faham kerana saya juga adalah seorang mahasiswa di KUIS.

Sebelum keputusan ini diumumkan, saya pernah membawa perkara ini ketika berdiskusi bersama Ustaz Imran Kamal Basah di Masjid Al-Azhar selepas Solat maghrib pada satu ketika (tak ingat tarikh, tapi dalam cuti semester ini)

Saya menyatakan bahawa ianya (peraturan baru) seperti tidak munasabah kerana siswa semester tiga sudah mula mempunyai tugasan akademik di luar kampus, lagipun kebanyakan siswa semester tiga ke atas sudah mula menceburkan diri dengan kelab dan persatuan, mereka perlu bergerak untuk tujuan kelab dan persatuan dengan kenderaan. Kalau semester satu dan dua tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan, saya rasa itu lebih logik kerana pada masa itu, siswa tahun pertama hanya sekadar belajar teori dan tidak menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan. Itu yang saya suarakan.

Motor Saifulnizam bin Muhamad (sekadar gambar hiasan)


Wahai pembaca sekalian, cerita sebenarnya adalah begini.

Memang benar hanya pelajar tahun akhir sahaja yang dibenarkan untuk membawa kenderaan di dalam KUIS, tetapi kepada pelajar yang

1)PERLU MENGGUNAKANNYA KERANA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN YANG TERPAKSA MENGGUNAKAN KENDERAAN UNTUK MASUK DAN KELUAR,

2)BAGI MEREKA YANG TINGGAL DI LUAR KAMPUS,

3)UNTUK MEREKA YANG PERLU MEMBUAT ASSIGNMENT YANG PERLU MASUK DAN KELUAR KAMPUS,

4)MENDAPAT PERSETUJUAN DARIPADA USTAZ MISBAH BKPM (PENGETUA BAHAGIAN KEDIAMAN DAN PENEMPATAN MAHASISWA) DAN USTAZ IMRAN BPM (KETUA BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAHASISWA)

5)LAIN-LAIN ALASAN YANG DIFIKIRKAN MUNASABAH.

Menurut perakara nombor lima, INI BERMAKNA PERMOHONAN BOLEH DILAKUKAN BAGI PELAJAR YANG INGIN MEMBAWANYA. INILAH YANG DIPANGGIL SEBAGAI TOLERANSI . Anda masih BOLEH BERDIALOG untuk membawa kenderaan di dalam KUIS

Maka dengan ini, ianya tidaklah seburuk yang disangka sebenarnya, kerana peraturan nombor lima menyatakan bahawa lain-lain alasan yang difikirkan munasabah, boleh dikemukakan kepada BPM.

Sekadar gambar hiasan

Mengenai rasionalnya peraturan ini, saya akan bawa pada bahagian seterusnya jika diizinkan Allah. Mohon doa daripada rakan-rakan siswa dan siswi untuk saya terus berkhidmat di lapangan ini. Maafkan saya seandainya saya bertugas dalam keadaan kurang efektif, maklumlah saya ini hanya insan biasa. Wallahu 'Alam

5 comments:

Aisyah Basirah (Syarah) said...

salam. ana bersetuju. lebih2 lagi dekat parcel prmpuan, smpi double parking dibuatnya. yg lbh menyedihkan ianya mula menjadi kebanggaan bg pelajar yg m'bawa kereta (seolah2 yg tak bawa kereta tu tak styleee) dan tmbh lagi 1, ana mendapat tahu dari seorang senior, dia memberi idea kepada kwn ana, dia kata "KAU KALAU NAK SENANG LARI DARI USTAZ (YG JAGA DEKAT LALUAN SUSUR GAJAH DLL), KAU BAWAK JE KETE, TENGOK AKU.. PAKAI TUDUNG BAWAL, TAK PERNAH KENA TAHAN" sedih sekali. yg berkata begini adalah senior... moga2 peraturan baru ini, menjadi 1 tarbiyyah yg berkesan kpd seluruh warga kuis. siapa makan cili dia terasa pedas.. sekadar berkongsi luahan hati ini yang agak kecewa -,-' jazakillah..

Ibnu Ahmad said...

Ya betul..saya telah melihat dari sudut negatif, nampaknya ada juga sudut positif di situ. Sakit mata juga apabila melihatkan banyak motor2 yang meng-conquer tempat parking kereta

Strept Akiera said...

salam, isu ni mmg menarik. boleh x admin kmukakan sebab2 kenapa pelajar dilarang dr mmbawa kenderaan. dan kenapa ianya perlu untuk diminta keizinan?
mungkin diluar sana masih ada yg kabur tntg larangan nih..
:)

zanjabil said...

masalah parking kat parcel pempuan,bukn ke salah pentadbiran jugak??kan ade lagi 2pagar besar parcel ppuan ditutup??dalam tu banyak parking kete..kan??so,kalau dibukk pagar tu,xde la kete budk ppuan pnuh kat tepi jalan..kan??

kalau setakat bawak kete x boleh,xde masalah la...sbb kete memerlukan ruang yg besar utk parking...buat je undang2 kete yg x boleh bawak...nak bwk kenderaan,bawak moto..yg bawak kete untuk elak nampak pakai tudung bawal,xkan berani buat kalau bawak moto..kan??

juz pandangan..=) harap MPM dapat selesaikan masalah ni...saya x nak dah kecoh2 macam sblm ni sampai masuk TV...pentadbiran jadi serabut,diorang plak serabutkan student balik...pening..

pendidikanislam2 said...

ala dalam kes ini bagi pandangan saya kita jangan cepat melenting jika ada sesuatu isu itu dibangkitkan. kita perlu menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita untuk berfikir baik dan buruknya... dalam hal ini ada baik dan ada tak baiknya.... harap semua boleh fikir-fikirkan sendiri........

Post a Comment

 
Photography Templates | Slideshow Software