CAKNA MAHASISWA : Mesyuarat bersama Kementerian Belia dan Sukan

Syafiq (kemeja kelabu), Encik Zafri (pegang beg) dan saya
Syafiq, En Zafri dan Fathi

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini (13/3/2011) barulah kalam nie-zarm mengeluarkan tulisan yang baru setelah penat tiga hari berturut-turut mendapat undangan ke sana dan sini.

Bukan hanya sekadar untuk pergi melancong dan sebagainya, tetapi pergi untuk membawa sesuatu yang baik untuk mahasiswa KUIS apabila buka semester panjang nanti, insya Allah pemantapan mengenai pembangunan mahasiswa di KUIS sedang dalam rangka yang lebih tersusun untuk menjadikan mahasiswa KUIS sebagai mahasiswa yang mampu berdaya saing pada peringkat nasional dan global.

Pada Khamis yang lalu (10/3/2011) Saifulnizam bin Muhamad yang merupakan Naib Presiden (Kebajikan) Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan Muhammad Fathi bin Hamdan yang merupakan Timbalan Setiausaha Agong MPM bersama saudara Muhamad Zafri bin Abdul Karim daripada Unit Aktiviti Pelajar, Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) serta saudara Muhamad Syafiq yang merupakan Pengerusi Sekretariat Rakan Muda (SRM) KUIS hadir sama ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk bermesyuarat mengenai agenda belia negara.

Datuk Razali Ibrahim (gambar atas duduk tengah dan gambar bawah sedang berdiri)

Mesyuarat ini adalah gesaan untuk menyatukan SRM dan MPM/MPP untuk menarik golongan belia daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing. Ianya adalah kerana MPM/MPP mempunyai sokongan yang kuat sementara SRM melalui KBS mempunyai dana yang cukup kuat untuk aktiviti belia. Disamping itu juga adalah untuk menyerahkan watikah pelantikan kepada pengerusi SRM kampus secara sah. Bahkan idea yang disuarakan oleh pihak KBS kalau dilihat secara mendalam adalah untuk memastikan kepimpinan SRM kampus-kampus mendapat satu kerusi khusus di dalam MPM/MPP. Apabila menyentuh mengenai perkara tersebut, saya dan rakan-rakan lain tidak setuju dengan memperuntukkan satu kerusi exco untuk SRM kerana ianya seperti tiket percuma untuk SRM memasuki MPM/MPP sedangkan individu lain di dalam MPM/MPP perlu melalui jerit perih berkempen dan melalui proses Pilihanraya Kampus (PRK).


Bagi konteks KUIS sebenarnya SRM dan MPM sudah memiliki persefahaman yang cukup jitu dalam membawa agenda belia kerana SRM telah dinaungi dalam portfolio Exco Kelab dan Persatuan, maka kerana itu saya menyatakan setuju pada peringkat awal kerana kebersamaan MPM dan SRM sudah wujud dan apabila saya bertemu dengan saudara Syafiq, saya percaya MPM dan SRM boleh berganding bahu, bahkan bekerjasama adalah jauh lebih baik.

Syafiq bergambar bersama penerima watikah pelantikan SRM KUIS bersama SRM kampus lain.

Ada juga wakil daripada SRM kampus yang menolak idea tersebut kerana mereka tidak dapat bersama dengan MPP/MPM masing-masing. MPM/MPP juga ada yang menolak idea tersebut kerana MPP/MPM merupakan kuasa eksekutif di dalam kampus masing-masing, jika SRM berada dalam MPP/MPM, ianya akan membawa kepada SRM akan menjangkaui kuasa autonomi MPP/MPM yang ada.

Tetapi arahan daripada KBS itu mempunyai agenda yang tersembunyi.

Seperti kita sedia maklum, MPM/MPP di kampus-kampus terutamanya di sekitar Lembah Klang, dimenangi oleh golongan yang berlawanan dengan Pro-Aspirasi yang merupakan proksi kepada kerajaan di dalam kampus, maka mereka ingin wujudkan SRM di dalam MPM/MPP untuk menjadikan SRM dikenali umum di dalam masyarakat kampus kerana kekuatan dana yang disokong oleh KBS, maka pada masa akan datang, SRM akan dipandang sebagai bahan rujukan oleh mahasiswa kampus untuk melaksanakan sesuatu program dan mengabaikan MPP/MPM kerana mereka tidak mempunyai dana yang sekuat seperti SRM kerana SRM mempunyai hubungan terus dengan KBS. Maka apabila pada PRK akan datang, bekas ahli SRM akan bertanding dan mendapat sokongan warga kampus kerana dana kewangan yang mampu untuk melaksanakan apa-apa aktiviti kepemudaan untuk warga varsiti masing-masing.

ia dilihat seperti bagus, tetapi hakikatnya seperti ingin mewujudkan dua kuasa dalam satu negeri, satu kuasa daripada kerajaan negeri dan satu kuasa daripada bantuan kerajaan pusat seperti yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Saya melihat mereka ingin menjadikan keadaan tersebut berlaku di dalam varsiti untuk merampas kuasa di dalam kampus yang mereka kehilangan pada PRK yang lalu.

Namuan, bagi KUIS, ini tidak akan berlaku kerana sistem politik di sini adalah non-partisan dan saya akan memastikan ianya kekal untuk menjadikan kerajaan MPM adalah neutral kepada semua.

Dialog bersama Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan adalah sangat menarik, masakan tidak, beliau cukup bijak dalam penggunaan ayat untuk menguasai minda-minda tetamu yang hadir khususnya kepada MPP/MPM, sehinggakan semua seperti diketuk untuk tidak melawan.

"Saya sebenarnya menjadi Presiden MPP UKM dan pada penggal seterusnya saya menjadi Yang Dipertua (YDP) Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) pada tahun 90-an, saya juga pernah menjadi mahasiswa dan saya tahu apa yang ada di dalam minda kamu semua, saya tahu apa yang kamu telah buat dan saya juga tahu apa yang kamu sendiri ingin buat." kenyataan beliau cukup membuatkan mahasiswa semua terkedu dan membisu.

"Saya juga pernah dibayar oleh sesuatu organisasi untuk membuat sesuatu, jadi saya tahu apa yang kamu lakukan." jadi JANGAN SAMPAI KAMU DIPERALATKAN!!!

Memang ayat tersebut buatkan dewan menjadi senyap, saya pun tidak faham apa sebenarnya motif beliau memberikan kenyataan sebegitu memandangkan ini bukanlah pentas untuk menasihati pemimpin muda, pertemuan ini adalah untuk memudahkan KBS dan SRM kampus bergerak lebih aktif.

"Saya tak nak kamu semua hanya suarakan perkara yang sama, tetapi saya ingin kamu suarakan perkara yang baru, ini bermakna kamu tidak dipengaruhi." perkataan ini cukup membuatkan semua terdiam apabila memasuki sesi dialog.

Tetapi, siapa yang boleh menghalang Saifulnizam Muhamad untuk bersuara? Tidak kira ianya isu lama dan baru, kalau ianya perlu disuarakan, saya perlu suarakan.

Sesi soal jawab

Memandangkan beliau ada menyentuh mengenai Ops Piramid, saya bertanya kepada beliau soalan berikut:

"Apakah telah dilakukan oleh KBS untuk mahasiswa yang pulang daripada Ops Piramid ini? Adakah mereka hanya duduk di rumah dan membuang masa sedangkan sepatutnya KBS menggunakan sumber-sumber belia ini untuk gerakkannya untuk pembangunan negara. Kalau tidak dimanfaatkan untuk pembangunan intelektual dalam negara, ianya satu kerugian besar kepada negara bahkan lebih rugi daripada wang ringgit."

"Jikalau benar KBS dan pihak Datuk inginkan mahasiswa sebagai pemimpin masa hadapan, apakah langkah yang disediakan oleh KBS untuk wujudkan Parlimen Mahasiswa atau Parlimen Belia? Saya sebenarnya pernah suarakan kepada Datuk Saifudin Abdullah ketika dialog bersana beliau di MQA baru-baru ini, jadi KBS dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) boleh untuk bekerjasama untuk membentuk Parlimen Mahasiswa, publisitikanlah medan ini dan apabila rakyat boleh melihat anak muda yang bersuara, saya yakin mahasiswa mampu menarik hati masyarakat."

Jawapan dari beliau adalah, semua mahasiswa daripada Mesir terikat dengan tajaan masing-masing seperti MARA dan JPA, jadi mereka tertakluk kepada pihak penaja. Beliau juga menyatakan bahawa Parlimen Mahasiswa masih lagi dalam pengkajian, sama ada ahlinya dipilih daripada varsiti masing-masing atau melalui kawasan Parlimen. itu sahaja.

Dialog itu sudah cukup menampakkan sesuatu, tidak mengapa, ini baru permulaan, apa yang penting adalah untuk memastikan KUIS juga mampu bersaing dengan kampus-kampus lain dalam membawa imej yang baik ke arah pembangunan intelektual yang jitu untuk persaingan pasaran mahasiswa di peringkat global.

Selepas sesi dialog dan saya ingin menjamu selera dengan rakan-rakan lain memandangkan di tempat terbuka, tiba-tiba saya diheret oleh pegawai KBS dan beliau berkata "Timbalan Menteri nak jumpa." Saya pergi sahaja dan saya diundang untuk menjamah jamuan tengah hari bersama beliau, banyak perkara yang dibincangkan tetapi tidak dapat dinyatakan di sini kerana ada permintaan untuk tidak didedahkan isi kandungan dialog tersebut.

Selepas makan sebelum balik pun sempat lagi berborak, Fathi mendengar dan melontarkan idea sekali-sekala

Comments