CAKNA MAHASISWA : Penjelasan isu PTPTN yang masih tidak dapat lagi


Assalamualaikum dalam salam perjuangan kebajikan.

Kalam Nie-Zarm ingin memohon maaf jika keterlambatan dalam menulis beberapa isu dan menyelesaikannya, namun saya terus komited untuk menyelesaikan masalah mahasiswa di KUIS ke arah pembangunan Institusi Pendidikan Tinggi ISLAM yang MENGAMALKAN ADAB.

Isu terbaru yang diadukan oleh mahasiswa-mahasiswi yang terkini iaitu masalah pinjaman mereka masih lagi tidak ditolak ke dalam penyataan kewangan yuran pelajar, apatah lagi lebihan daripada pinjaman mereka untuk masuk ke dalam kantung mereka sebagai ikhtiar untuk survival mereka. Sudah pasti peminjam yang paling dominan menimbulkan masalah adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN.

Mereka sudah membuat permohonan daripada semester baru-baru ini (sesi II 2010/2011) secara atas talian (online) dan juga telah mencetak, mengisi dan menghantar kepada pihak pentadbiran sebelum tarikh tutup yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) tetapi masih lagi tergantung dan tidak mengetahui status terkini sehingga ada yang .

Saya telah membuat kunjungan ke BPM pada 22 Mac 2011 sekitar jam 2.50 petang dengan berbekalkan senarai nama yang hanya 14 orang sahaja yang sempat saya arahkan si pengadu kumpulkan, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu dijadikan bukti untuk saya membuat laporan permasalahan kepada BPM.

Setelah itu, saya mendapat jawapan bahawa borang tersebut baru dihantar kepada BPM pada pagi hari yang sama saya memasuki BPM. Saya tidak dapat berjumpa dengan ketua BPM, Ustaz Imran Kamal Basha Al-Muqri memandangkan pada ketika itu jemaah tertinggi BPM sedang mengadakan mesyuarat, saya nampak mereka sedang bermesyuarat.

Pada hari ini (23 Mac 2011) saya dipanggil oleh Ustaz Imran untuk berjumpa di dalam pejabat beliau pada jam 3.15 petang. Di dalam pertemuan tersebut, saya dijelaskan mengenai permasalahan sebenar PTPTN di dalam KUIS.

Pendaftaran atas talian untuk PTPTN sepatutnya adalah pada minggu pertama apabila semester dibuka, tetapi pendaftaran atas talian bagi mahasiswa KUIS terpaksa dianjak ke tarikh akhir pada 31 Januari 2011 kerana ada beberapa kursus yang mempunyai masalah kelulusan dengan pihak Majlis Kualiti Malaysia atau MQA.

Apabila semua sudah diselaraskan dan semua kursus pada masa tersebut sudah pun mempunyai pengesahan daripada MQA, barulah pendaftaran dapat dilakukan untuk mengelakkan masalah yang akan berlaku pada jangka masa panjang.

Saya akan senaraikan satu persatu carta aliran untuk PTPTN di KUIS seperti di bawah:



Jika dokumen LULUS, maka wang akan dimasukkan ke dalam akaun pelajar setelah potongan yuran dilakukan oleh Pejabat Bendahari dan wang tersebut akan dimasukkan sebelum semester baru dijalankan pada awal Mei ini, jika dokumen GAGAL, maka pihak PTPTN akan menghantar kembali ke KUIS dan pelajar yang gagal akan dimaklumkan melalui sistem seranta KUIS seperti SMS, surat, portal pelajar, laman web BPM iaitu http://www.jpmkuis.com dan Kalam Nie-zarm akan turut serta membantu penyebaran sebarang maklumat sebagai alternatif kepada semua mahasiswa.

Setakat ini sahaja untuk isu PTPTN berdasarkan maklumat yang saya dapat. Seandainya ada sebarang masalah, boleh hubungi saya secara terus melalui facebook saya. Talian aduan kebajikan akan dibuka selepas saya mendapat satu nombor telefon yang mudah untuk mahasiswa menghubungi saya nanti. Terima kasih.

Saya akan membantu anda semua mahasiswa KUIS kerana anda semua adalah sahabat saya.

Comments