CAKNA MAHASISWA : Seluar Pendek

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa tiba-tiba kalam nie-zarm nak tulis mengenai seluar pendek pula? Adakah nie-zarm sudah ketandusan idea untuk menulis?

Contoh pemakaian seluar pendek anak muda zaman kini - Gambar hiasan

Bukan ketandusan idea, tetapi inilah yang berlaku di dalam masyarakat kampus yang belajar di KOLEJ UNIVERSITI ISLAM. Ini termasuklah situasi yang berlaku di dalam KUIS. Tarbiyah perlu diteruskan. Semalam ana ke kedai makan yang di luar KUIS untuk menyaksikan Manchester United menentang Liverpool, boleh sahaja saya menonton di Bandar Baru Bangi kerana pada ketika itu saya berada di pejabat Total Success setelah kepenatan menjadi fasilitator dan pengurus program "Teambuilding 2011" bersama staf Hospital Pakar An-Nur, program dua hari satu malam tersebut di Port Dickson.

Tetapi saya memilih untuk bermalam di KUIS dan menyaksikan perlawanan tersebut di restoran di luar KUIS yang menyiarkan perlawanan tersebut.

Saya cukup terkejut apabila ada pelajar KUIS yang SEDAR diri mereka ADALAH MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM, tetapi mereka MEMAKAI SELUAR PENDEK DI LUAR KAMPUS yang turut MENCEMARKAN IMEJ ISLAM DAN KAMPUS sendiri.

Saya turut berikan video ini mengenai hukum berseluar pendek




Kalau tidak tahu menahu mengenai hukum mengenai perkara ini, saya pun tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata lagi, tanyalah diri anda sendiri

Comments