Monday, April 4, 2011

CAKNA MAHASISWA : Nasib pelajar kesempitan wang berjaya dibela!!!



Maslinda Diyana (tudung putih) dan kawannya di dalam pejabat Ustaz Imran

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini (4 April 2011) kalam nie-zarm menulis dua artikel dalam satu hari, mungkin sudah lama tidak menulis dengan kekerapan sebegini.

Pada jam 11.35 pagi hari ini, saya mendapat panggilan daripada seorang mahasiswi yang membuat aduan mengenai nasibnya yang mempunyai masalah kewangan. Mahasiswi tersebut bernama Maslinda Diyana Zulkifli yang merupakan mahasiswi daripada Fakulti Pendidikan (FP), jurusan Diploma Perguruan Pendidikan Islam semester empat.

Beliau menelefon kepada saya bahawa kad ATM beliau telah hilang, di dalam akaun itu, ada wang sebanyak RM 100.00 yang dikirim oleh keluarganya sebagai wang poket untuk jangka masa dua minggu terdekat.

Malangnya kad ATM beliau telah hilang dan apabila beliau membuat semakan nombor akaun beliau, didapati duit tersebut telah hilang daripada akaunnya, apatah lagi dalam keadaan beliau tidak memiliki dana kewangan yang mencukupi untuk menyara kehidupan.

Ustaz Imran meneliti borang Tabung Infaq yang diisi oleh Maslinda


Saya telah membawanya bertemu terus dengan Ustaz Imran Kamal Basha, Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) untuk mengisi borang Tabung Infaq bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ustaz Imran telah memberi pinjam wang sebanyak RM 100.00 untuk beliau sebagai pinjaman, jika Tabung Infaq diberikan kepada beliau, RM 100.00 perlu dipulangkan kepada Ustaz Imran.

Walaupun Tabung Infaq memerlukan masa dua minggu untuk dikeluarkan, sekurang-kurangnya telah meringankan beban mahasiswi tersebut.

Saya ada juga berbincang dengan Ustaz Imran mengenai ISU KENDERAAN yang MASIH HANGAT diperkatakan, tetapi beliau memohon agar tidak disiarkan dahulu sehingga tiba masanya nanti sebelum buka semester. Saya boleh untuk menyiarkannya di sini, tetapi saya menghormati permintaan daripada Ustaz.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah kewangan, maklumkan kepada saya, insya Allah saya akan membawa anda untuk bertemu dengan pihak pentadbiran untuk memudahkan urusan anda dan agar kebajikan anda di bumi KUIS terbela.

2 comments:

munaz said...

Salam.saya ingin mencadangkan kepada akhi saiful nizam berkenaan isu ini.Sebelum ini,Exco Kebajian Mpm yang lepas,Nur Huda telah mengarahkan kepada ajk-ajk beliau supaya membuat tinjauan kepada seluruh pelajar-pelajar Kuis dengan mengedarkan borang khas yang mana pelajar akan menyatakan keluhan dan pendapat mereka segalanya tentang kuis melalui tinjauan dan melawat semua pelajar Kuis dari bilik ke bilik asrama siswi dan siswa.Ajk2x yang lepas hanya berkesempatan meninjau asrama siswa tingkat 2 dan terpaksa diberhentikan atas dasar kesuntukan masa dan kekurangan ajk.namun demikian,banyak masalah dan keluhan yang telah kami dengari dari suara mereka dan mereka berharap tinjauan seperti ini diteruskan.Oleh itu,saya sebgai ajk kebajikan yang lpas berharap tinjauan dari bilik ke bilik ini diteruskan oleh Mpm semseter ini supaya suara Mahasisiwa/wi Kuis dapat didengari.Malah,tinjauan ini saya berharap bukan Ajk Exco Kebajikan sahaja yang terlibat,malah say berharap SELURUH AJK MPM DARI PRESIDEN HINGGA AJK turun padang agar seluruh pandangan dan suara pelajar-pelajar Kuis dapat mendengar suara mereka....semoga dengan tinjauan ini dapat didengari dan akan diusulkan kepada pihak tertinggi KUIS.Amin...:-)

MiFTaH MeSSiR said...

bguslah mcmlah mcm tu..ini smemangnya alternatif bagi mreka yang kesesakan awang. tp ramai yang tidak tahu ttg alterntif ni.jdi,bg kita smua yg sedia maklum,jgn gatai2 lagi nak pinjam ALONG.hihihi..tabung infaq ade,kita pun dah bayo,jd kita gunakan alternatif ni dgn baik.jgn disalah guna pula..igt senag proses ni? isi borang,2miggu baru selesai proses tu..huhu

Post a Comment

 
Photography Templates | Slideshow Software