CAKNA MAHASISWA : Penempatan Mahasiswa part 2 (Parcel 2 dan 8)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur pada Allah walaupun masih berjalan dalam keadaan terhenjut-henjut akibat kemalangan, tapi masih lagi boleh ke sana-sini untuk meneruskan pekerjaan.

Saya mendapat aduan lebih dua minggu yang lalu bahawa Parcel 2 Mahallah Imam Muslim bagi siswa dan Parcel 8 Mahallah Saidatina Ummu Kalthum, tindakan untuk mendapatkan penjelasan terpaksa ditunda memandangkan Ustaz Misbah menyertai rombongan pengurusan KUIS ke Institusi Pengajian Islam Gontor, Ponorogo, Indonesia.

Cerita taadib di sana bagaimana? Kenapa pelajar Gontor begitu menjadi bualan dalam kalangan ahli akademik walaupun kekurangan prasarana? Sukarkah untuk diamalkan di KUIS? Nantikan pada edisi yang lain, apabila laporan disiapkan oleh pengurusan, saya akan ceritakan di sini.

Sepulangnya rombongan, saya dimaklumkan bahawa rasional menempatkan mahasiswa baru di dua mahallah tersebut ialah untuk menempatkan mahasiswa baru di bilik murah. Kenapa perlu ada pengasingan di situ? Sedangkan mahasiswa sudah membuat tempahan bilik secara atas talian lebih awal daripada kemasukan pelajar baru?

Notis tersebut bertujuan untuk membuat pengasingan pelajar baru dan pelajar lama kerana ada aduan pada sesi taaruf pada tahun lepas apabila pelajar baru diletakkan di bilik dalam mahallah yang berharga mahal sedangkan kemampuan kewangan bagi keluarga tersebut adalah sangat terhad.

Ini tidak bermaksud bahawa mengabaikan pelajar lama, sebaliknya pelajar lama akan mendapat bilik yang sama jenis dengan bilik yang mereka tempah, jika mereka menempah untuk menetap di bilik jenis D di Parcel 2, maka mereka akan dapat bilik jenis D juga di Parcel 4 sebagai contoh.

Tetapi sebaliknya agar pelajar baru mendapat keperluan asas dengan kemampuan kewangan keluarga mereka, jika mereka ingin mendapatkan jenis bilik yang berbeza, mereka boleh membuat permohonan untuk tukar bilik.

Kebiasaannya pelajar Asasi yang akan membuat pertukaran bilik daripada jenis D kepada jenis B dan A kerana mereka mendapat Biasiswa Rektor bagi mereka yang mencapai CGPA 3.0 dan ke atas. Tetapi jika mereka gagal, mereka terpaksa membayar yuran juga.

Comments

  1. Salam.saya ingin mencadangkan kepada akhi saiful nizam berkenaan isu ini.Sebelum ini,Exco Kebajian Mpm yang lepas,Nur Huda telah mengarahkan kepada ajk-ajk beliau supaya membuat tinjauan kepada seluruh pelajar-pelajar Kuis dengan mengedarkan borang khas yang mana pelajar akan menyatakan keluhan dan pendapat mereka segalanya tentang kuis melalui tinjauan dan melawat semua pelajar Kuis dari bilik ke bilik asrama siswi dan siswa.Ajk2x yang lepas hanya berkesempatan meninjau asrama siswa tingkat 2 dan terpaksa diberhentikan atas dasar kesuntukan masa dan kekurangan ajk.namun demikian,banyak masalah dan keluhan yang telah kami dengari dari suara mereka dan mereka berharap tinjauan seperti ini diteruskan.Oleh itu,saya sebgai ajk kebajikan yang lpas berharap tinjauan dari bilik ke bilik ini diteruskan oleh Mpm semseter ini supaya suara Mahasisiwa/wi Kuis dapat didengari.Malah,tinjauan ini saya berharap bukan Ajk Exco Kebajikan sahaja yang terlibat,malah say berharap SELURUH AJK MPM DARI PRESIDEN HINGGA AJK turun padang agar seluruh pandangan dan suara pelajar-pelajar Kuis dapat mendengar suara mereka....semoga dengan tinjauan ini dapat didengari dan akan diusulkan kepada pihak tertinggi KUIS.Amin...:-)

    ReplyDelete

Post a Comment