Poco-poco : Pandanganku yang tak seberapa

Keratan Akhbar "Sinar Harian" edisi 1 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalam ini ditulis pada jam 7:14 pagi pada tarikh 4 April 2011, Setelah keletihan daripada mengendalikan program bersama Ateh Zuhairi, motivator bebas di Sekolah Menengah Sains Tengku Jaafar, Kuala Pilah dan di Dusun Eco Resort, Bentong, hari ini nie-zarm baru boleh menulis.

Kalam kali ini bukan untuk CAKNA MAHASISWA, memandangkan saya akan ke Bahagian Pembangunan Mahasiswa (BPM) untuk bertemu Ustaz Imran insya Allah pada hari ini juga mahupun esok, kerana saya tahu terlalu ramai yang tidak bersetuju mengenai larangan untuk membawa kenderaan pada mahasiswa kecuali bagi mereka yang berada di tahun akhir.

Poco-poco, sesuatu yang menarik untuk dikongsi kerana ini adalah isu yang terbaru dan menjadi perbualan hangat di dalam akhbar. Ramai yang berpandangan bahawa senamrobik seperti itu perlu diadakan agar mudah mengikut irama dan ianya terlalu sinonim dengan golongan makcik-makcik dan tidak kurang juga golongan muda.

Walaupun pelbagai fatwa dikeluarkan oleh pelbagai individu, pandangan saya hanyalah senang sahaja.

Banyak lagi sebenarnya kaedah untuk beriadah selain daripada menari poco-poco, kenapa perlu diperdebatkan? Banyak lagi sebenarnya kaedah senaman yang boleh diamalkan, berjoging, peralatan di taman, mengemas rumah dan banyak lagi.

Cuma alasan yang digunakan adalah mudah, banyak lagi riadah yang mudah.

Sebenarnya tanyalah hati kita yang selama ini menari poco-poco, banyakkah lagi gerak-geri lain untuk mengeluarkan peluh.

Saya lebih suka mengelakkan daripada sesuatu yang bersikap ragu-ragu, bimbang ianya mendatangkan syubhat. Lagipun kita tidak tahu asal usul tarian ini, walaupun banyak cerita kononnya dari negara itu dan ini.

Kalau guna senaman yang tidak meragu-ragukan seperti "Senam Ruhul Jadid", yang lebih bersifat pendekar serta langkah-langkah mempertahankan diri. Itu adalah lebih elok dan lagu yang dimainkan adalah lagu yang bersemangat untuk mempertahankan agama.

Salah satu babak dalam "Senam Ruhul Jadid"

Banyak lagi perkara yang lebih besar dan utama yang perlu diselesaikan, perkara kecil ini tidak salah untuk dikaji dan difatwakan, tetapi yang kita asyik jadi "harimau" mengenai hal-hal kecil, tetapi menjadi "semut" yang senyap dan tidak responsif mengenai perkara yang lebih besar dan utama.

Kalau dirasakan ianya bersifat syubhat atau ragu-ragu, baik tinggalkan kerana bimbang ianya membawa kepada kebatilan

Comments

  1. saya amat setuju dengan awak nie-zarm tentang hal ini....
    per4kara syubhat ni elok ditinggalkan untuk mengelakkan daripada apa-apa terjadi. Masyarakat kurang faham sebenarnya tentang isu ini. jadi bagi pihak pihak berwajib perlulah memberitahu ataupun menguar-uarkan tentang masalah ini. saya jua bersetuju dengan memperluaskan senaman "ar ruhul jadid" kepada masyarakat. ini dapat membangkitkat semangat kepahlawanan melayu mereka di dalam diri juga semangat keislaman.

    ReplyDelete

Post a Comment