Negara Berkebajikan : kenapa Barisan Nasional Melenting

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada artikel kali ini saya ingin menulis isu politik pula, lebih kurang seminggu saya melihat isu Negara Berkebajikan yang diwar-warkan daripada pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada muktamar yang berlangsung baru-baru ini.


Seminggu lebih perkara ini diceritakan di dalam media dengan kenyataan oleh para pimpinan negara, namun yang paling jelas "melenting" dengan perkara ini ialah pimpinan daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan menyatakan bahawa PAS sudah lari daripada landasan perjuangan, lupa daratan, kuda tunggangan untuk parti lain dalam Pakatan Rakyat dan sebagainya.

Saya sebaliknya tidak nampak bahawa konsep Negara Berkebajikan itu bermaksud PAS lari daripada landasan perjuangan sebenarnya.

Cuba teliti perkataan "Kebajikan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang menyatakan bahawa "kebajikan" bermaksud sesuatu yang membawa KEBAIKAN, PERBUATAN BAIK dan juga KEBAIKAN. Dalam rujukan yang sama juga ada menyebut mengenai Negara Berkebajikan. "Negara Berkebajikan" membawa maksud negara yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dengan memberikan pelbagai perlindungan sosial.


Soalan saya adalah : Apakah ianya BERCANGGAH DENGAN ISLAM? Sedangkan di dalam Al-Qur'an adanya surah Saba' yang menerangkan mengenai negara Islam Saba' yang mengutamakan kebajikan sehinggakan tertulis di dalam Al-Qur'an sebagai negara contoh. Khalifah Umar Abdul Aziz sebenarnya adalah contoh pimpinan yang membawa negara berkebajikan.

Kebajikan itu subjektif, apabila ianya sesuatu kebaikan, maka kehadiran ISLAM itu sendiri adalah KEBAJIKAN.

وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
(Sesungguhnya aku (Nabi Muhammad) diutuskan sebagai Rahmat Ke Seluruh Alam)
Surah Al-Anbiya' ayat 107

Rahmat kepada sekalian alam ini adalah kebaikan, kebaikan adalah definisi daripada perkataan "kebajikan" yang saya tuliskan di atas. Kebajikan dunia dan akhirat adalah antara perkara yang perlu dilihat daripada lensa Islam. Jadi perlukah untuk UMNO dan BN menyatakan bahawa PAS lari daripada landasan sebenarnya?

Ada juga yang menyatakan bahawa kenapa UMNO dan BN menghentam perkara ini? Apakah mereka merasakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa di Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti? Sehinggakan sanggup menyatakan bahawa PAS sudah menjadi kuda tunggangan kepada sahabat dalam Pakatan Rakyat? Anda tahu anda jawablah sendiri.

Tindakan pimpinan UMNO dan BN mengulas perkara ini sebenarnya akan membuatkan sokongan UMNO dan BN jatuh dan hilang sokongan rakyat.

Comments

  1. salam..munkin BN merasakan mereka lebih MENGETAHUI matlamat dan tujuan Pas kot..,,honestly, apabila mereka merasa kecut,begitulah reaksi mereka..pelbagai perkara mereka cabar PR untuk buat,hanyalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari melihat kelemahan mereka.benda baik pun mereka kalut mengkritik.nak tengok "kebaikan dan keburukan" mereka,lihat sahaja ke blog bazir masa"papagomo" yg x habis2 gomo. Halal Haram x kisah,janji buat-buat kisah sampai kita menyampah..

    ReplyDelete

Post a Comment