BERSIH 2.0 : Pendirian Naib Presiden II (Kebajikan) Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Bersyukur kepada Allah kerana limpah kurnia-Nya diberikan kesempatan untuk hidup pada saat dan ketika ini.

2. Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ataupun dikenali dengan akronim BERSIH adalah satu badan yang merupakan gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan juga gerakan yang berorientasikan politik.


3. BERSIH yang asalnya telah dilakukan pada tahun 2007 adalah satu rapat umum demonstrasi untuk mereformasikan sistem pilihanraya dan salah satu tuntutan BERSIH adalah penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya, telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tetapi telah dibatalkan pada saat-saat akhir sebelum Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008.


4. Pada BERSIH 2.0, tuntutan yang sama diperjuangkan dan ditambah dengan beberapa tuntutan lain agar pihak SPR mengambil langkah yang lebih serius dan bertindak seperti yang dijanjikan untuk mereformasikan pilihanraya khususnya sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal berlangsung sekitar 2012 atau 2013.

5. Walaupun ramai yang mempertikaikan mengenai penganjur BERSIH 2.0, Ambiga Srevanesan kerana beliau adalah individu yang bertanggungjawab terhadap tindakan mengeluarkan Lina Joy daripada agama Islam, namun BERSIH 2.0 telah dijalankan pada 9 Julai 2011


6. SAYA MENYOKONG TUNTUTAN DAN JUGA PENGANJURAN BERSIH 2.0 TETAPI SAYA MEMBANTAH TINDAKAN AMBIGA SREVANESAN MEMURTADKAN LINA JOY. ADA PERKARA YANG SAYA BERSETUJU DAN ADA PERKARA YANG SAYA MEMBANTAH KERAS MENGENAI BELIAU.

7. Saya tidak melihat bahawa apabila bersama beliau dalam isu BERSIH 2.0 bermakna menyokong Ambiga Srevanesan pada semua isu yang diperjuangkan oleh beliau, seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan United Malays National Organization (UMNO), PAS dan UMNO boleh bersatu dalam beberapa isu seperti isu Palestin, Kosovo dan sebagainya tetapi mereka tetap ada pendirian politik masing-masing.

8. Seperti perkara nombor tujuh (7), saya juga bertindak dengan menyokong BERSIH 2.0 tetapi membantah Ambiga Srevanesan dalam isu memurtadkan Lina Joy dan saya tidak melihat bahawa beliau adalah ketua sebenar untuk BERSIH kerana pada BERSIH 2007, individu lain yang mengetuai idea BERSIH.

9. Saya yang merupakan individu yang layak mengundi dan saya memerhatikan sistem demokrasi di negara jiran seperti Thailand dan juga Indonesia yang menyaksikan demokrasi yang subur, saya berharap agar pihak SPR dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan yang dikeluarkan oleh BERSIH 2.0

10. Yang baik, yang cantik, yang comel, yang indah, yang mulia, yang terbaik itu datang daripada Allah manakala yang buruk, yang dhaif, yang hina, yang terkeji, yang lemah datang daripada kelemahan saya sendiri YANG KURANG TARBIYAH, MOHON DITARBIYAHKAN.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Comments

  1. salam

    absolutely...agree. ramai yang x faham bahawa Bersih ni isu kemanusiaan actually.

    ReplyDelete
  2. salam..

    ermn pandangan saya..
    Saya Suka Dengar Kalau Perkataan ini digunakan...
    " Matlamat tidak menghalalkan cara "

    Sekian..." Maaf "

    ReplyDelete
  3. Setuju. Ikut mana yang baik... bantah mana yang bertentangan... :)

    ReplyDelete
  4. Salam.. Pandangan saya ni, saya ambil dari kata-kata seorang ulama' mesir..
    "Demontrasi HALAL, rovokasi HARAM"..
    Harap dapat berfikir sejenak. :)

    ReplyDelete

Post a Comment