Perutusan Ramadhan 1432 : Ramadhan Bulan Kebajikan.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

1. Pertamanya Salam Ramadhan Kareem buat semua pembaca Kalam Nie-Zarm. Moga Allah memberikan 1001 kerahmatan dan ampunan kepada kita semua

2. Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 yang berbunyi

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”

3. Ayat tersebut memberikan gambaran bahawa kewajipan berpuasa adalah satu perkaya yang jatuh kepada orang yang beriman. Sebagai mahasiswa yang belajar di kampus Islam, jadikan ramadhan ini sebagai silibus dalam menjadikan kita sebagai umat Muhammad yang menjadi rahmat kepada semua insan.

4. Apabila madrasah Ramadhan menjenguk kita, eloklah menambahkan amalan kebajikan seperti lebihkan solat sunnah dan memperbaharui diri ke arah kebaikan sebagai rahmat kepada sekalian alam khususnya dalam kampus KUIS.

5. Masjid Al-Azhar sentiasa terbuka untuk mahasiswa menjadikan sebagai lembah rohani, oleh yang demikian, ayuhlah semua mahasiswa kita penuhkan masjid kerana ianya adalah jantung kepada KUIS, tidak bermakna bagi seseorang mahasiswa KUIS seandainya tidak bersama jantung KUIS bagi merealisasikan konsep taadib dan juga sebagai menetapi konsep "Pemangkin Tradisi Ilmu".

6. Tadarus Ramadhan sentiasa berlangsung selepas solat tarawih, ayuhlah ramaikan sesi Tadarus supaya kita mengetahui bacaan Al-Qur'an kita sama ada betul atau sebaliknya.

7. SAYA MENCABAR SEMUA MAHASISWA KUIS YANG BERJUMLAH 7000++ UNTUK MEMENUHI MASJID AL-AZHAR DAN MENGOSONGKAN ASRAMA PADA WAKTU SOLAT TARAWIH BAGI MEREALISASIKAN MADRASAH RAMADHAN PADA TAHUN INI.

8 .Semoga Ramadhan kali ini menjadi bermakna kepada kita semua untuk menjadi mahasiswa yang Taqwa kepada Allah dalam segenap perkara insya Allah.

Wallahu 'Alam.

Comments