Yossi Benayoun ke Malaysia : Di Manakah Polisi Negara Islam Malaysia???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk tulisan kali ini, saya hanya ingin menyampaikan pendapat mengenai isu yang saya rasa ramai rakyat Malaysia terlepas pandang.

Mungkin pada ketika ini ramai yang menyebut mengenai isu kekalahan skuad Malaysia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dengan kekalahan di tangan Singapura yang mengamalkan konsep naturalisasi dengan mengambil pemain daripada negara asing untuk "Disingapurakan". Bagi saya, saya juga tidak setuju mengenai perkara itu.

Tetapi ini bukanlah isu mengenai perlawanan tempoh hari yang menyaksikan 28 juta rakyat Malaysia gagal menyaksikan pemain kita ke lapangan bola sepak yang lebih besar.

Sebaliknya saya ingin menceritakan perkara yang mungkin tanpa kita sedar ketika jelajah pra-musim kelab bolasepak daripada England seperti Arsenal, Liverpool dan Chelsea menziarahi negara kita dan mengadakan "sparring match" dengan skuad kebangsaan.

Pada dua perlawanan pertama iaitu Malaysia menentang Arsenal dan Liverpool, saya sempat menyaksikan dua perlawanan tersebut secara di hadapan skrin, itupun hanya sekadar beberapa minit sahaja, lebih banyak komitmen terhadap masyarakat KUIS.

Namun yang menarik perhatian saya ialah perlawanan antara Malaysia dan juga Chelsea. saya tidak sempat menyaksikan perlawanan tersebut.

Tetapi kenapa saya ingin mengulas mengenai perlawanan ini? Anda semua sudah tahu daripada tajuk yang saya tulis dan juga mengenai lelaki yang bernama Yossi Benayoun.

Yossi Benayoun (jersi biru)

Saya tidak mengetahui bahawa pemain bolasepak antarabangsa Israel yang berbangsa Yahudi ini boleh pula memasuki Malaysia yang telah ditetapkan bahawa negara ini tidak akan menerima individu daripada negara tersebut memasuki negara ini.

Tetapi dibolehkan pula sang Yahudi ini memasuki pintu negara Islam yang telah mengisytiharkan bahawa tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik.

Setelah memerhati beberapa gambar tertentu, saya hairan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Dimanakah polisi dan juga tindakan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan juga pelbagai agensi pertahanan negara?

Saya bimbang mengenai perkara ini, kerana ternyata negara kita membenarkan kemasukan warga Yahudi walaupun seorang.

Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa "Ala nizam, seorang jer pon." Saya mengaku memang seorang tetapi adakah kita lupa bahawa melalui populasi yang sedikit inilah yang mengebabkan Palestin hilang rumah mereka?

Apatah lagi dengan kenyataan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang memohon maaf kepada pemain tersebut. Saya berpendirian bahawa agensi kerajaan perlu melihat kembali perkara ini dan menjadikan sebagai pengajaran supaya tidak berlaku kemasukan warga Israel lagi sama ada untuk tujuan sukan, perniagaan dan sebagainya.

Wallahu 'Alam

Comments