CAKNA MAHASISWA : Empat Pelajar Kemalangan dan Bantuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

1. Semalam saya difahamkan berlaku kemalangan di kawasan Restoran Haji Tapah yang mengakibatkan empat (4) pelajar Diploma Syariah semester 5.

2. Keadaan semasa yang saya terima adalah seorang pelajar berada di ICU di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan pendarahan otak, seorang lagi patah peha kanan tetapi masih stabil di Hospital Serdang tingkat 7F manakala dua lagi yang lain sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

3. Saya ingin menyeru kepada semua mahasiswa dan mahasiswi KUIS untuk bersama mendoakan kesejahteraan kepada mereka semua agar cepat sembuh pada masa terdekat seterusnya agar mereka dapat bersama di Taman Pemangkin Tradisi Ilmu di KUIS.

4. Pihak Unit Kebajikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) menyediakan tabung kebajikan kepada semua mahasiswa dan juga pengunjung di Masjid Al-Azhar untuk menyalurkan kepada mereka.

5. Hulurkan tangan ringankan beban sesama mahasiswa untuk kita bersama menyatakan bahawa keinginan kita untuk membantu mahasiswa

Wallahu A'lam

Comments