CAKNA MAHASISWA : Peperiksaan Akhir di KUIS dan Yuran.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Ramadhan yang berbaki beberapa hari lagi.

Saya sengaja menulis artikel ini untuk mengingatkan saya sendiri dan semua rakan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) mengenai peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung pada dua minggu selepas bercuti Aidilfitri.

Ramai yang masih bertanya sama ada melalui telefon dan di facebook mengenai berapa peratus yang perlu dijelaskan untuk memastikan pelajar tersebut boleh menjadi calon peperiksaan akhir semester dan perkara ini menjadi kegusaran kepada pelajar khususnya pelajar semester satu yang masih terkejut dengan surat mengenai yuran yang dihantar di rumah mereka.

Setelah saya bersama saudara Mohd Zaid Idrus Saaidy bertemu dengan Puan Siti Zulaiha binti Ahmad Sukar di One Stop Center pada tengah hari tadi (26 Ogos 2011), beliau menyatakan bahawa secara umumnya, mahasiswa dan mahasiswi perlu untuk menjelaskan yuran semester lepas sahaja tidak termasuk yuran semester semasa.

Contohnya mahasiswa tersebut adalah mahasiswa semester tiga tetapi mempunyai yuran tertunggak untuk semester sebelumnya sebanyak RM 400.00, maka yang perlu dijelaskan ialah yuran semester sebelumnya iaitu RM 400.00.

Bagi mahasiswa semester satu dan dua, mereka dibenarkan untuk memasuki peperiksaan akhir tanpa perlu membayar yuran semester semasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah dari sudut pinjaman yang dimohon mempunyai permasalahan yang menyebabkan kesulitan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, mereka ini boleh berjumpa dengan Puan Siti bagi memudahkan mahasiswa tersebut untuk memasuki peperiksaan akhir.

Untuk setakat ini, semua kursus di KUIS sudah pun mendapat akreditasi daripada pihak Malaysia Qualification Agency (MQA) yang mengesahkan bahawa kursus pengajian di KUIS mendapat kelayakan.

Apa-apa pun, seandainya berlaku sebarang kemusykilan, bolehlah menghubungi Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Comments