Kenyataan Rasmi Mengenai Masalah Air Di Sebahagian Kawasan Parcel 3, Parcel 4 dan Parcel 5 Asrama Siswa (21/8/2011)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Masalah air yang dialami di sebahagian kawasan di Parcel 3, Parcel 4 dan Parcel 5 di kawasan asrama siswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) adalah berpunca daripada paip di tangki Parcel 5 pecah pada hari Khamis (18 Ogos 2011)

2. Apabila paip tersebut yang selama ini beroperasi secara automatik mengalami kerosakan, menyebabkan operasi tangki air di kawasan tersebut dikendalikan secara manual iaitu tangki air tersebut terpaksa dibuka sehingga air tersebut dapat memenuhi penggunaan warga siswa.

3. Apabila air dibuka secara manual, tangki air tersebut mengeluarkan air yang berlebihan atau overload, akhirnya menganbil keputusan untuk menghentikan mesin tangki air di kawasan tersebut untuk mengelak pembaziran dan memudahkan operasi pembaikan paip yang pecah dan memastikan operasi tangki air di parcel 5 berjalan secara automatik kembali.

4. Pihak staf pembaikpulih Rehda Resources SDN. BHD. (RRSB) telah membaiki paip yang pecah dengan menggunakan gam khas yang digunakan untuk penggunaan paip, tetapi gam tersebut mengambil masa yang lama untuk kering supaya paip tersebut tidak basah dan mengakibatkan paip kembali bocor.

5. Menurut kenyataan pihak RRSB, gam tersebut dijangka akan kering pada jam 6 petang nanti dan air dapat disalurkan kepada penghuni kawasan yang mengalami masalah air pada jam 8 malam.

6. Seandainya air masih tidak dapat disalurkan pada waktu tersebut, mohon untuk semua mahasiswa yang menetap di kawasan terbabit untuk menghubungi saya secara telefon di talian 017-9194019 ataupun menghantar pesanan ringkas ketika solat tarawih di Masjid Al-Azhar sedang berlangsung.

7. Segala kesulitan yang mahasiswa hadapi amat dikesali dan memohon agar bersabar dan berdoa agar operasi pembaikpulih dapat diselesaikan dengan izin Allah S.W.T

Saifulnizam bin Muhamad,
Naib Presiden (II), Majlis Perwakilan Mahasiswa

Comments