Pendidikan Nasional : Perlu Diubah Sebelum Parah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam Ramadhan ke 25. Hari ini saya ingin menulis sesuatu artikel di luar kotak daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Ingin seketika saya keluar daripada kotak pemikiran apabila saya membaca sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada tarikh 24 Ogos 2011 (Rabu). Seteleh membelek helaian demi helaian, tidak rasa puas dan rasanya perlu untuk saya mengulas isu mengenai pendidikan.

Seperti tajuk artikel ini, "Pendidikan Nasional : Perlu Diubah Sebelum Parah". Kenapa parah? Walaupun sistem pendidikan asas seperti sekolah rendah dan sekolah menengah di negara ini berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi masalah yang lagi berlaku seperti adik Amirah Farveen Basheer Ahamad, 18 tahun yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2010. boleh klik di sini untuk artikel asal.

Beliau yang merupakan pelajar pilihan tetapi nasib yang beliau alami ialah tidak dapat memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan perkara ini amat mengejutkan kerana kalau calon SPM yang mendapat gred yang biasa-biasa atau dalam istilah "cukup-cukup makan", pun masih lagi boleh memasuki IPTA dengan kursus yang begitu hebat.


Tetapi pelajar yang bergelar pelajar terbaik kebangsaan pun masih lagi tidak terpilih. Saya pun tidak mengetahui apa salah dan silapnya. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu untuk mengkaji semula mengenai sistem pengurusan dan pengendalian bagi memudahkan anak-anak bangsa Malaysia mendapat masa depan yang lebih baik.

Ianya bukan sahaja mengenai pembelajaran di IPT, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana untuk memastikan peluang pekerjaan bagi lepasan IPT. Lihat sahaja dengan jumlah pengangguran dalam kalangan lepaasan siswazah yang begitu banyak jumlahnya. Dengan kadar peningkatan kos sara hidup yang menambahkan kesempitan hidup.

Adik Amirah sendiri pun bukannya mempunyai berlatarbelakangkan keluarga yang dilimpahi dengan wang ringgit dan emas berketulan, namun untuk mengejar cita-cita sebagai seorang doktor, beliau sanggup memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang sudah pasti lebih tinggi berbanding di IPTA, apatah lagi dalam kursus perubatan yang sememangnya diketahui umum bahawa begitu mahal.

Saya masih teringat ketika saya diundang untuk majlis dialog bersama Dato' Saifudin Abdullah yang mana wakil daripada IPTA menyatakan bahawa mereka tidak mendapat tempat untuk industri selepas pembelajaran walaupun merupakan graduan di universiti yang bernama besar, tetapi masih lagi tidak mampu untuk menandingi wakil daripada IPTS.


Sama ada sistem merit dan juga sistem peperiksaan, yang pasti keadaan dewasa ini memerlukan perubahan, belum lagi saya berbicara mengenai pelajar-pelajar dan mahasiswa yang menuntut di universiti di luar negara yang tidak mahu pulang ke kampung halaman kerana mempunyai peluang untuk bekerja dengan pekerjaan yang lebih baik di negara asing.

Akhirnya, terpulanglah pada diri anda, kita berhak untuk menentukan hala tuju dan masa depan anak bangsa Malaysia. Buat adik-adik yang belajar di bangku sekolah, jadikan ianya sebagai pelajaran, teruskan belajar.

Comments

  1. Tidak dapat masuk (IPTA) kerana calon cemerlang berbanding SPM yang mendapat gred yang biasa-biasa atau dalam istilah "cukup-cukup makan" bukanlah isu.
    1. Banyak pelajar cemerlang mensasarkan program yang kritikal yang kuotanya sangat sengit. Seperti perubatan dan sebagainya.
    2. Pelajar yang biasa-biasa hanya mensasarkan "hendak masuk IPTA". Jadi kursus yang tidak popular mudah untuk masuk IPTA. Contohnya kursus perhutanan.

    Sebagai MAHASISWA yang membahaskan isu juga perlu faham apakah matlamat masuk Universiti. Apakah tempat letaknya Ilmu.Bukan isu tidak dapat pekerjaan jika faham kenapa masuk IPTA. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CAKNA MAHASISWA : Perbandingan harga asrama KUIS dan tinggal di rumah sewa luar KUIS

Selamat Berjuang Ustaz Farid Ravi!

CAKNA MAHASISWA : Luahan hati ibu pelajar KUIS : Satu Jawapan Daripada Artikel Dalam Malaysiakini.com