Monday, August 29, 2011

Ucapan Aidilfitri 1432 Hijrah : Pembangunan Rohani Ke Arah Jiwa Hamba Yang Merdeka.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama dan selamanya ayuh kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah S.W.T atas pemberian helaan nafas yang masih lagi memenuhi jasad seorang hamba.

Setelah menempuh 29 hari dalam bulan Ramadhan al-Mubarak, akhirnya takbir raya telah pun bergema di seluruh pelusuk angkasa bumi ini. Namun yang lebih utama adalah untuk teruskan momentum kehambaan kepada Allah sehingga akhir hayat dengan pengamalan yang infiniti sehingga garisan penamat seorang insan yang bernama kematian.

Buat semua ahli keluargaku yang sempat juga ku bertemu muka setelah menunggang motorsikal secara solo dari Bangi ke Kota Bharu untuk bertemu mereka, terima kasih tidak terhingga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Buat semua guruku yang mencurahkan permata ilmu yang tidak berkesudahan, terlalu ramai untukku ungkapkan nama mereka semua. Terlalu banyak nama mereka, mohon ampun dan maaf kepada semuanya.

Sambutan Aidilfitri tahun ini berdekatan dengan tarikh hari kemerdekaan negara, ingin saya mengajak kita semua, kita tidak pernah merdeka kerana kita hamba-Nya, tetapi jiwa merdeka akan melakukan diri mereka seperti hamba yang merendahkan diri dan mengamalkan resmi padi, makin berisi makin tunduk. Jadilah hamba Allah yang berjiwa merdeka.

Sahabat-sahabat di pelbagai pusat pengajian yang pernah menjadi persinggahanku, kenangan bersama akan diingati selamanya...

1 comments:

Urzain Hussain said...

selamat hari raya..:)

Post a Comment

 
Photography Templates | Slideshow Software