CAKNA MAHASISWA : Usul Bantahan Penghapusan "Autoreserve" dan Konsep "Siapa Cepat Dia Dapat" Dalam Mahallah (Episod I)



Memorandum terbaru yang menjadi bualan hangat ketika ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. Bahagian Kediaman dan Penempatan Mahasiswa (BKPM) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah mengeluarkan memorandum dalaman bertarikh 20 September 2011.

2. Memorandum tersebut menjadi bualan hangat ketika ini adalah kerana penghapusan sistem "Autoreserve" yang sekian lama dilakukan dan menjadi kaedah untuk mahasiswa mendapatkan bilik bagi semester seterusnya.

3. Ditambah lagi dengan penggunaan kaedah "siapa cepat dia dapat" dengan kaedah semua mahasiswa haruslah untuk memohon penempatan pada hari pendaftaran yang dikhuatiri akan mengundang masalah birokrasi dan melambatkan sistem pendaftaran pada sesi II tahun pengajian 2011/2012 akan datang.

4. Perlu dijelaskan bahawa BKPM hanyalah pihak yang memaklumkan mengenai polisi ini dan juga adalah pelaksana proses setelah sesuatu keputusan mengenai penempatan dibuat, itulah penjelasan daripada Ustaz Ahmad Misbah bin Mohd Hilmi setelah perbincangan dilakukan selepas memorandum ini dikeluarkan.

5. Ada beberapa mahasiswa yang saya temui dan 100% respon yang saya dapat adalah TIDAK BERSETUJU dengan polisi yang baru ini kerana mengundang masalah yang akan timbul dari sudut birokrasi pada hari pendaftaran dan juga merumitkan persediaan kepada mahasiswa lama bagi menghadapi semester baru.

6. Pada 25 September 2011 (Sabtu), seorang mahasiswa, saudara Ahmad Muadz Roslan telah menghantar satu memorandum kepada saya mengenai Usul Bantahan Terhadap Pemakluman dan Pemberitahuan Terkini Mengenai Pendaftaran Mahasiswa Bagi Sesi II 2011 (Pelajar Lama) iaitu memorandum yang dikeluarkan oleh BKPM seperti di atas. Terima Kasih Sahabat.

memorandum usul bantahan yang setebal enam muka surat

7. Pada 26 September 2011 (Isnin), saya memanjangkan memorandum usul bantahan tersebut kepada Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni), Dr. Zulkifli Haji Aini agar TINDAKAN INI DIKAJI SEMULA UNTUK MEMUDAHKAN MAHASISWA BAGI MEMASTIKAN PROSES PENDAFTARAN ASRAMA BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MEWUJUDKAN KEADAAN MENANG-MENANG KEPADA MAHASISWA DAN PIHAK STAF PADA HARI PENDAFTARAN. Beliau MENYAMBUT BAIK MEMORANDUM TERSEBUT dan AKAN CUBA MELAKUKAN YANG TERBAIK.

Perbincangan mengenai isu ini antara saya dan Dr. Zulkifli Haji Aini.

8. Setelah usaha yang dilakukan, saya MENYERU AGAR SELURUH MAHASISWA DAN MAHASISWI UNTUK BERTENANG DAN JANGAN MEWUJUDKAN SEBARANG PROVOKASI YANG TIDAK SEPATUTNYA. TERUSKAN BERDOA AGAR KEMENANGAN MENJADI MILIK MAHASISWA ATAS DASAR ISLAM, BUKAN SEKADAR PERJUANGAN DUNIAWI SEMATA-MATA.

Memorandum diserahkan kepada Timbalan Rektor (Mahasiswa dan Alumni)

9. Pada episod kedua bagi siri "Cakna Mahasiswa" mengenai isu ini akan melaporkan isi kandungan memorandum usul bantahan yang dihantar kepada Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni) pada hari Rabu 29 Septembar 2011 Insya Allah (tidak boleh menulis pada hari Selasa kerana komitmen peperiksaan).

Comments

  1. SAlam.. 29 september khamis lah nizam... :).. Usaha yang bagus.. Ana sokong..

    ReplyDelete

Post a Comment