Selamat Berjuang Ustaz Farid Ravi!



Gambar Ustaz Farid bersama saya, Muhammadon (Eksekutif Masjid Al-Azhar) dan Wak Syukri (Siak Kedua Masjid Al-Azhar)

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Setelah bergelar sebagai mahasiswa Diploma Komunikasi selama lima semester di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), sudah lebih daripada separuh kertas soalan peperiksaan semester akhir telah dijawab.

Insya Allah selepas ini akan bergerak sebagai komunikator Islam dalam dunia industri yang penuh dengan persaingan dan juga pelbagai lagi perkara yang mungkin tidak dapat diduga oleh minda sebagai mahasiswa semester akhir.


Namun bukan itu yang ingin dijadikan sebagai topik perbincangan kali ini, sebaliknya pada artikel ini ingin sangan berbicara mengenai seorang tokoh ilmuwan yang muncul di bumi KUIS yang begitu akrab dengan pelajar walaupun merupakan seorang tokoh agamawan peringkat nasional.

Antara mereka yang menghantar Ustaz Farid Ravi

Ya, beliau ialah Ustaz Mohamad Farid Ravi Abdullah, mantan Nazir Masjid Al-Azhar dan juga mantan Pengarah Institut Kajian Hadis yang berkhidmat di KUIS. Saya mengenali beliau secara lebih dekat pun apabila semester ketiga melangkah ke dalam hidup saya kerana selama ini hanya sekadar memerhati dari jauh.

Ahli Jawatankuasa Al-Azhar Members

Walaupun saya tidak berguru dengan beliau secara formal, hanyalah melalui kuliah beliau yang saya masuk, tetapi beliau saya dekati dan berasa bertuah apabila dapat bersama.

Namun kini beliau tidak lagi menjawat jawatan di KUIS sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, kerana beliau sudah pun berada di bumi Jordan untuk menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Tafsir.

Bersama ahli keluarga beliau

Universiti pilihan beliau ialah The World Islamic Sciences and Education University, Amman, Jordan selama tiga tahun.

Saya sempat untuk bersama beliau di detik-detik akhir sebelum beliau menaiki pesawat Oman Air pada jam 10.30 malam dalam keadaan yang cukup gembira. Ramai yang bersama dengan beliau di waktu ini dan saya bersama dengan beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Azhar.

Detik-detik akhir sebelum meneruskan perjuangan

Namun beliau pergi insya Allah dengan izin Allah akan pulang kembali dan saya percaya beliau akan membawa kebaikan yang lebih kepada perkembangan Islam di Malaysia kerana sebelum ini pun beliau pernah diberi gelaran sebagai "Engineer Al-Qur'an" dalam masa yang sama menyandang jawatan sebagai Pengarah Institut Kajian Hadis.

Selamat Berjuang Ustaz Farid Ravi! Mudah-mudahan jika diizinkan Allah, Ustaz akan membawa perkembangan Islam untuk ummah khususnya di Malaysia sepulangnya nanti.

Comments