Selamat Datang Ke Dunia Islam Mitchell

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Walaupun dalam keadaan masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada sakit dada yang dialami semasa musim peperiksaan yang lalu, tetapi saya masih bernafsu untuk menulis.

Masakan tidak, pelbagai perkara yang saya temui dalam kehidupan yang pelbagai dan ada beberapa perkara yang saya rasa ianya perkongsian yang baik dan diharapkan agar peerkongsian ini bukan untuk dibaca semata-mata.

Sahabat saya saudari Mitchelle yang pakai tudung biru

Artikel ini saya tujukan kepada sahabat saya, bernama Mitchelle Vernial yang memeluk Islam pada tarikh keramat 30 September 2011 di Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor baru-baru ini.

Saya rasa cukup bertuah kerana boleh membantu saudara baru yang merupakan kawan saya sendiri yang selama ini beliau diberikan peluang untuk hidup dalam keadaan begitu dekat untuk mengenali Islam.

Sesi muzakarah

Sebelum tarikh tersebut, saya dan Imam Masjid Al-Azhar, Sheikh Abdel Salam Oumar, bersama saudara Muhammadon Ahmad Tajudin iaitu Eksekutif Masjid Al-Azhar serta wakil muslimat, saudari Sakinah Saidon turut serta dalam muzakarah tersebut yang bertarikh 24 September 2011.

Pada asalnya Sheikh Abdel Salam mencadangkan agar Michelle masuk Islam pada hari tersebut juga, tetapi beliau ingin masuk Islam pada 30 September juga. Alhamdulillah Allah menerima doa saudari dan juga doa mereka yang turut serta dalam muzakarah tersebut.

Majlis pengislaman tersebut dikendalikan oleh Ustaz Abdul Rahman Siva Abdullah dan saksi dari sudut perundangan ialah Ustaz Mahmud Lutfi Abdul Hadi, Imam Masjid Al-Azhar dan saya sendiri. Kali pertama jadi saksi secara perundangan.

Saya beri tanda tangan sebagai saksi.

Mudah-mudahan, Islam akan menjadi pegangan kuat buat sahabat saya ini.

Petang hari tersebut juga saya ada peperiksaan akhir. Walaupun diduga dengan komputer riba yang telah dicuri, mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan buat saya untuk terus sabar dan berkhidmat. Nama baru kawan saya ialah Nur Alyah

Comments

  1. alhamdulillah..kita telah menerima saudara baru secara rasmi pada 30 september tersebut...harap saudara-saudara islam yang terdekat dengan saudara Alyah akan dapat membantu dalam lebih mendekatkan diri dengan agama islam..amin..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam. Awak, saya faten. Dari kelantan. Pernah sekelas kejap dengan awak dan sakinah saidon. Boleh saya dapatkn no sakinah. Sbb dah hampir 4 tahun kami terputus hubungan. Tolong ya. Mungkin awak ada contact no dia. Boleh emel saya di stefa.isle21@gmail.com. Tq

    ReplyDelete

Post a Comment