Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalam Nie-Zarm pada hari ini hanya sekadar untuk menulis mengenai peperiksaan akhir semester sahaja. Dilihat sekarang ini Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berada dalam keadaan "demam" peperiksaan akhir.


Apa-apa pun selamat menempuhi peperiksaan akhir, belajar pun belajar juga, jangan sampai demam sudah ye? Bimbang takut tak dapat masuk dewan peperiksaan. Kesihatan perlu dijaga juga, kerana dibimbangi terlalu kuat belajar sampai demam dan tidak larat untuk memasuki dewan peperiksaan.

Dalam keadaan sekarang ini, ramai juga siswa dan siswi KUIS yang didapati ada masalah teknikal yang membuatkan mahasiswa gagal untuk mencetak slip kebenaran untuk menduduki peperiksaan akhir. Tetapi jika segala urusan seperti yuran telah diselesaikan, anda semua perlu untuk berjumpa dengan Puan Siti Zulaiha binti Ahmad Sukar untuk mendapatkan surat kebenaran bagi menduduki peperiksaan seandainya yuran telah diselesaikan.

Buat semua pensyarah Diploma Komunikasi semester lima yang diketuai oleh Ketua Jabatan En. Ghazali bin Mohd Ali, En. Rozalafri bin Johori, Puan Nur 'Aina Nabila Dundai Abdullah, Puan Iza Sharina Sallehuddin, Puan Rahmahtunnisah binti Haji Sailin dan Puan Faizatul Shima binti Mohd Yusof serta pensyarah lain daripada Jabatan Komunikasi mahupun jabatan lain yang saya hormati, terima kasih di atas ilmu yang diberikan dan memohon untuk menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan untuk mencerahkan hati ini daripada kegelapan kejahilan kepada pencerahan ilmu dan hidayah.

Tidak lupa jugak kepada sahabat seperjuangan Diploma Komunikasi semester lima, terima kasih tak terhingga kerana kalian terlalu banyak menolong insan yang kesibukan ini dalam menuntut ilmu. Moga Allah melimpahkan rezeki dan rahmat kepada kalian sepanjang hayat kalian semua di atas bantuan yang diberikan. Teruskan Perjuangan.

Batch kami dan batch lain ketika menganjurkan program Minggu Komunikasi 2010

Buat semua warga KUIS sama ada siswa dan siswi, pensyarah, staf akademik dan bukan akademik serta sahabat-sahabat Masjid al-Azhar, terima kasih tidak terhingga kerana menerima seorang Saifulnizam Muhamad ini seadanya, moga Allah memberikan kebaikan kepada kalian.

Buat semua junior di KUIS, anda semua adalah pelapis kepada "Pemangkin Tradisi Ilmu", jadikan diri anda sebagai rahmat kepada semua insan di mana-mana sahaja dan memajukan Islam dan KUIS dengan dasar, pemikiran dan tindakan Islam yang syumul serta universal dalam menerima kepelbagaian latar belakang untuk mencapai redha Allah.

Terus belajar untuk mencari sinar cahaya Ilahi...

Comments