CAKNA MAHASISWA : Luahan hati ibu pelajar KUIS : Satu Jawapan Daripada Artikel Dalam Malaysiakini.com

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Hari ini saya ditakdirkan untuk terbaca sebuah artikel di Malaysiakini.com yang berkaitan dengan masalah mahasiswa di KUIS.

Artikel tersebut adalah seperti berikut.

"Saya merupakan ibu kepada seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Anak saya kini beliau berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di kolej tersebut.

Saya pada awalnya amat senang hati apabila menghantar anak melanjutkan pelajarannya di kolej universiti tersebut.

Saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana yang amat selesa dan persekitaran budaya Islam yang amat baik, tambahan pula anak saya mengambil jurusan pengajian Islam.

Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak dan keluarga saya apabila dia banyak mengadu mengenai masalah besar yang dihadapinya dan rakan-rakan, antaranya:

  1. Yuran terlalu mahal. Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan ini mengundang kemarahan pelajar. Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah untuk perkara yang tiada kaitan dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS dan landskap taman. Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus dilakukan perubahan tidak pula pihak dilakukan, sebagai contoh membantu pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan, menambah baik sistem internet tanpa wayar dan sebagainya.

  2. Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh,pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang akan mendapat RM8,000 sebagai bantuan daripada PTPTN. Yuran keseluruhan yang harus dibayar RM6,850.20. Jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat RM1,149.80). Tetapi, kami tidak akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM1,050 sahaja. Ini mengundang rasa tidak puas hati dan pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut disalurkan?

  3. Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa pelajar ‘mengikat perut' dengan baki yuran yang tidak seberapa.

  4. Ada beberapa mata pelajaran yang tiada kena mengena dengan jurusan yang diambil, namun disenaraikan dalam yuran. Akibatnya, pelajar terpaksa membuang mata pelajaran tersebut dan yurannya tetap perlu dijelaskan.

Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang gagal menyelesaikan permasalahan dihadapi anak saya walaupun dibuat beberapa kali.

Permasalahan terus berulang dan pelajar kolej universiti tersebut terus dihimpit dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi.

Harapan saya supaya pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak saya ini dan rakan-rakannya." (Malaysiakini.com) rujuk di sini untuk artikel asal

Jawapan saya kepada penulis surat ini

"Assalamualaikum. Saya Saifulnizam bin Muhamad, mahasiswa KUIS. Seandainya benar ini luahan hati ibu bapa pelajar, saya bersedia untuk bersemuka dengan puan yang menulis surat ini kerana saya adalah Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS. Ini nombor telefon saya 017-9194019. Saya sudah baca artikel ini di Malaysiakini.com, setakat ini saya belum lagi bertemu dengan aduan daripada mahasiswa atau mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Perundangan. Saya bersedia menjawab sebarang persoalan yang timbul oleh pihak anak puan. Sebolehnya puan hubungi saya segera. Saya sanggup tidak pulang berhari raya haji nanti kerana saya ingin berkhidmat untuk mahasiswa bahkan jika perlu untuk saya ke Pulau Pinang iaitu negeri puan, saya akan pergi Insya Allah. Saya juga pelajar miskin dari Kelantan, tapi saya selesa berada di KUIS. Mungkin ada perkara yang menyebabkan kebajikan anak kepada puan. Selain daripada nombor telefon, saya juga boleh dihubungi di facebook saya di www.facebook.com/saifulnizam.muhamad atau di blog saya di http://kalamnie-zarm.blogspot.com pada bila-bila masa.

Saifulnizam bin Muhamad
Naib Presiden II (Kebajikan),
Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Sesi 2010/2011"

Saya menyokong KEBENARAN. Seandainya perkara ini benar, saya BERSEDIA UNTUK MEMBANTU!!!

Comments

  1. konklusi dri ana : tak perlu la komen sal yuran mahal sume.klu mampu study kat kuis.tak beberapa mampu,masuk U laen :-).noktah.

    ReplyDelete
  2. safwan : betul la tu, sblm msuk kuis bknkah telah dinyatakan sekian2x berkenaan penyata yuran yg akan dikenakan...kite yg memilih utk menntut di kuis, maka kite bersetuju dengan syarat2x yg dikenakan...
    klu x mampu x pyh la msuk kuis...kadang2x pyh juga nk terangkan pd org2x sebegini...

    ReplyDelete
  3. hahaha tu la kan...haih.bising2 plak.bukan kita nak ckap kita mampu ke ap.tapi....pikir la kan.dy ckap camnie..wat orang kate kat dy lagi ad la.hahaha

    ReplyDelete
  4. x nk kate kite nie kaye or dalam kalangan org2x berada, ye la..sendiri mau pikir la..kite mau nuntut ilmu, kite sendiri la tanggung....

    ReplyDelete
  5. bgus.. terus bertindak. x kira mhal ke x.. kalau nk menimba ilmu.. kena tempuh semua

    ReplyDelete
  6. a.nizam, knp duit ptptn anak makcik 2 tinggal banyak 2??? ke mana pergi baki yang len???

    ReplyDelete
  7. mase register dulu,macam2 janji ditaburkan..
    kemudahan lengkap dan terjamin.kalau la mase dftar tu mereka ade terangkan kekurangan2 di kuis,xde la nk masuk kuis ni.
    tapi apa yg kami dpt?yuran itu tidak termasuk dgn nota2 pun.
    wireless n electricity tak termasuk dlm yuran..

    ape2 pun kene trime jugak..saba=)

    ReplyDelete
  8. kalau nak kata yuran KUIS xmahal, tipu la kan.. kalau nak kata mahal, kolej laen lagi mahal.
    tapi tu la kan, setiap tempat ada kelemahan masing2.. setiap bnd yg diadu, bukan sekelip mata dapat dibuat.

    pihak KUIS dan MPM pun kene la segera ambil langkah utk penerangan. bukan sekadar dilaman sesawang atau diblog sahaja. perjumpaan dan notis/memo tentang isu ni kene segera dikeluarkan agar org laen dapat tahu dan faham.

    kalau nak lebih detail, keluarkan salinan perjalanan perbelanjaan kuis setiap tahun dan tampalkan agar mereka nampak kemana perginya yuran2 yang dibayar tu.

    isu rumah pada sem ni pun mungkin akan menjadi isu. kenapa perlu buat sistem macam tu. risiko kepada pelajar besar sekiranya sistem tu xditukar. dengan kemasukan rumah/bilik yg terpaksa ditempah tanpa diberi pilihan sepenuhnya. jadi, pelajar terdedah dgn risiko tinggal dalam situasi baru yg akan menyebabkan kita x kenal sesiapa. lebih2 lagi kpd senior yg datang dgn pelbagai barang such as laptop/pc/dll. jadi macam mana kalau berlaku kecurian lagi..
    kan bagus sistem lama. kita dah kenal ahli bilik. keadaan bilik pon kita dah maklum sebab pernah duduk situ.

    MMP saya rasa kene ambik point benda2 ni. dan satu lagi, bila MPM nak buat perjumpaan dgn students? jujur saya kata, xramai yg kenal MPM kali ni. menyebabkan banyak khabar2 angin mengatakan MPM x buat keje. sebab diowang x kenal siapa MPM.

    -sekian, maaflah, panjang plak komen nih

    ReplyDelete

Post a Comment