CAKNA MAHASISWA : Usul Bantahan Penghapusan "Autoreserve" dan Konsep "Siapa Cepat Dia Dapat" Dalam Mahallah (Episod II)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Maafkan saya kerana tidak dapat menunjukkan isi kandungan memorandum pada tarikh yang dijanjikan. Komitmen peperiksaan dan juga komputer serta "broadband" saya dicuri pada 30 September 2011. Mohon dimaafkan dan juga mohon doa sahabat sekalian.

USUL BANTAHAN BERKENAAN MEMORANDUM DALAMAN
BAHAGIAN KEDIAMAN DAN PENEMPATAN KUIS

Tajuk :

Pemakluman dan Pemberitahuan Terkini Pendaftaran Penempatan Pelajar Bagi Sesi II 2011 (Pelajar Lama)

Tarikh :

20 September 2011

1.0 Pendahuluan

Memorandum bertarikh 20 September 2011 yang dikeluarkan oleh Bahagian Unit Kediaman dan Penempatan yang meletakkan syarat baru dan perubahan sistem penempahan mahallah mahasiswa. Sistem yang baru ini dilihat lebih kearah sistem manual dan tidak lagi relevan untuk dijalankan dalam era moden yang serba lengkap ini.

2.0 Usul Bantahan

2.1 Kerana sistem Penempahan Mahallah sebelum ini lebih relevan dan baik.

2.2 Proses pendaftaran mahasiswa akan menjadi lebih merumitkan dan akan memakan masa yang panjang.

2.3 Syarat-syarat yang dikemukan adalah tidak relevan.

2.4 Proses pendaftaran mahasiswa kelak akan menelan peruntukan yang lebih besar.

2.5 Kemungkinan besar kadar penukaran bilik akan menjadi lebih tinggi.

2.6 Meningkatkan rasa tidak puas hati mahasiswa kepada sistem pengurusan KUIS.

3.0 Penerangan Usul Bantahan

3.1 Sistem Penempahan Mahallah Sebelum Ini Lebih Relevan dan Baik

Sistem penempahan secara online sebelum ini adalah lebih baik dan relevan untuk dijalankan memandang kuantiti mahasiswa dan mahasiswi KUIS adalah semakin tinggi. Sistem tersebut dilihat telah memberikan keselasaan yang maksimum kepada seluruh mahasiswa KUIS kerana ianya dijalankan sebelum hari pendaftaran semester baru. Berbanding sistem yang baru diperkenalkan ini, ianya dilihat akan lebih merumitkan keadaan kerana ianya terpaksa dilakukan sewaktu hari pendaftran. Umum telah sedia maklum bahawasanya sistem pendaftran KUIS akan memakan masa dan proses yang panjang.


3.2 Proses Pendaftaran akan Menjadi Lebih Merumitkan dan Akan Memakan Masa Yang Panjang.

Pengenalan sistem baru ini juga diliihat akan lebih merumitkan keadaan kerana ianya terpaksa dilakukan sewaktu hari pendaftran. Umum telah sedia maklum bahawasanya sistem pendaftran KUIS akan memakan masa dan proses yang panjang. Untuk itu dengan sistem yang sedia ada, proses pendaftaran telah menjadi ringkas kerana mahasiswa hanya perlu untuk mengesahkan penempahan dan mengambil kunci bilik.

3.3 Syarat-Syarat Yang Dikemukan Adalah Tidak Relevan.

Selain daripada itu, syarat-syarat bagi sistem baru ini juga tidak relevan dan merumitkan. Ianya tidak dilihat tidak sesuai langsung untuk diaplikasikan selaras dengan tahap Institut Pengajian Tinggi dewasa ini. Ini kerana ianya dilihat menyekat kebebasan mahasiswa dan yang lebih penting adalah kerana ianya merumitkan lagi mahasiswa.

3.4 Proses Pendaftaran Mahasiswa Kelak akan Menelan Peruntukan yang Lebih Besar.

Umum telah sedia maklum setiap daripada proses itu akan menggunakan peruntukan seperti kertas, dakwat mesin pencetak dan masa. Ianya dilihat seperti perkara yang remeh tetapi jika ianya dilihat dengan kiraan kasar untuk tempoh masa yang panjang proses tersebut mampu untuk menelan ribuan ringgit malah jutaan ringgit. Untuk itu adalah bagus kiranya proses yang panjang dan merumitkan ini digubal kepada proses yang lebih pendek dan ringkas. Sebagai contoh proses penempahan mahallah KUIS yang sebelum ini telah dijalankan secara online tidak menelan kos yang tinggi berbanding proses yang baru ini.

3.5 Kemungkinan Besar Kadar Penukaran Bilik akan Menjadi Lebih Tinggi.

Jika dilihat dari prospek keberkesanan sistem sebelum ini, walaupun ianya telah ditempah oleh mahasiswa sendiri tetapi ianya masih lagi menunjukkan purata penukaran bilik yang tinggi. Inikan pula sistem yang memaksa mahasiawa untuk menetap di mahallah mengikut kuato yang ditetapkan oleh pihak bahagian kediaman dan penempatan sendiri tanpa persetujuan daripada mahasiswa. Sudah pasti ini akan menjadi punca kepada kadar penukaran bilik yang lebih tingi dan akan merumitkan lagi keadaan.

3.6 Meningkatkan Rasa Tidak Puas Hati Mahasiswa Kepada Sistem Pengurusan KUIS.

Umum juga mengetahui bahawasanya majoriti mahasiswa KUIS tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran dan pengurusan KUIS yang semakin hari dilihat semakin merepek dan merumitkan. Tahap kepuasaan mahasiswa adalah berada pada tahap yang amat rendah dan dengan pengenalan beberapa lagi sistem yang pada pandangan mahasiswa adalah tidak relevan akan menjadi punca kepada tahap kepuasaan yang lebuh rendah. Ini akan menggugat bukan sahaja reputasi pihak pentadbiran tetapi ianya turut akan menggugat prestasi akademik dan emosi mahasiswa KUIS secara tidak langsung.

4.0 Usul Cadangan dan Penambah Baikan

4.1 Proses Sebelum ini Harus Dikekalkan

Memandangkan sistem sebelum ini tidak pernah mendapat kritikan daripada mahasiswa dan mahasiswi, adalah relevan sekiranya sistem tersebut terus diaplikasikan.

4.2 Menggunakan medium Student Portal atau Learning Management System (LMS) secara menyeluruh.

KUIS telah berjaya membina sebuah portal bagi para mahasiswa untuk mengemas kini segala maklumat dan juga merupakan medium terbaik bagi pihak KUIS untuk menyampaikan sebarang maklumat. Ianya akan menjadi lebih progresif sekiranya urusan pendaftaran semuanya dijalankan di dalam portal tersebut.

4.3 Memberi Kebebasan kepada Mahasiswa Selaras dengan Status KUIS sebagai Institut Pengajian Tinggi.

Umum secara jelas terang mengetahui berkenaan dengan konsep ta`adib yang ingin diterapkan dalam kalangan mahasiswa KUIS. Tetapi layanan yang diberikan kepada mahasiswa tidak perlu seperti mengawasi anak kecil. Sebagai contoh syarat yang tercatat dalam memo dalaman : Syarat ke-5 . yang menyatakan bahawa lokasi bilik tidak boleh dipilih oleh mahasiswa sebaliknya ditentukan oleh pihak BKPM sendiri.

4.4 Proses pada Hari Pendafatan seharusnya lebih ringkas dan cepat

Penambahbaikan harus dilakukan pada sistem yang dilihat tidak relevan bukannya merubah sistem sedia ada dan pada pandangan mahasiswa adalah satu sistem yang baik seperti sistem auto-reserved bagi lokasi kediaman. Ianya lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding dengan sistem yang baru diperkenalkan oleh BKPM melalui memo dalaman tersebut.

5.0 Penutup

Di harap dengan penjelasan ini, pihak BKPM dapat mempertimbangkan semula proses yang ingin dilaksanankan untuk sesi hadapan. Segala pertimbangan dan jasa baik pihak BKPM kami dahului dengan Jazakumullah Khairan Khatira.

Comments

  1. harap mpm bekerja la sekerasnya utk suarakan suara2 kami mahasiswa/i...ingt amanah berat yag Allah beri di bahu..jgn dimulut saje....kami sangt2 tidak bersetuju dgn care pendaftaran hostel b.o.t.."sape cepat dia dpt"..dak srupa hape dh..menindas sane sini..agak kecewa juga dgn ustz misbah..tampuk baru yg diharap ...tapi tinggal hanya harapan..x tahu mcm mne ini boleh terjadi..dimana silap?? anggap ini satu cabaran!!!!!

    ReplyDelete
  2. law nak menyusahkan kitorang pun, bagi sewa murah2 suda... ni dah la wajibkan sume stay dalam, naikkan lagi sewa, rumitkan lg sistem.. ntah hape2...

    ReplyDelete
  3. sy xstuju dengan sistem sape cepat dia dapat

    ReplyDelete
  4. ap nk jd kalau tiap2 sem nak naik..??dgn kos sara hidup di negara makin tinggi..ap alasan pihak bkpm dlm isu berbangkit..kami mahukan penjelasan...

    ReplyDelete

Post a Comment