CAKNA MAHASISWA : Usul Bantahan Penghapusan "Autoreserve" dan Konsep "Siapa Cepat Dia Dapat" Dalam Mahallah (Episod III)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1. Perkembangan terbaru mengenai memorandum yang dihantar kepada Dr. Zulkifli Aini berkenaan dengan penghapusan sistem "autoreserve" asrama semester depan telah diketahui jawapannya.

2. Dr. Zulkifli Aini yang merupakan Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni) telah memasukkan memorandum ini dalam mesyuarat pengurusan dan mendapat respon yang positif daripada pihak pengurusan.

3. Setakat ini (7 Oktober 2011), memo terbaru telah dikeluarkan di sekitar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan juga pengumuman di dalam portal pelajar bahawa sistem pendaftaran kursus pengajaran dan PENDAFTARAN PENEMPATAN ASRAMA AKAN DIBUAT SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) SEMULA. ALHAMDULILLAH.

Inilah memo yang terbaru yang mana menyatakan mengenai pendaftaran Qaryah/Penempatan secara online

4. Terima kasih kepada semua mahasiswa yang mendoakan kemenangan kepada mahasiswa dan pengurusan. Kemenangan ini semua pihak mendapat keuntungan.


5. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Pada bulan Oktober ini, semua staff dan pensyarah melakukan banyak mesyuarat dan juga bengkel untuk meningkatkan kualiti KUIS sama ada dari sudut proses Pelajaran dan Pembelajaran (P & P), servis dan banyak lagi.

6. segala perkembangan terkini akan diceritakan di blog ini dari semasa ke semasa insya Allah

7. Teruskan berdoa kepada Allah semoga Allah melimpahkan kerahmatan dan agar menjadikan KUIS sebagai Universiti Taadib sepenuhnya insya Allah.

Comments