Syukur di atas jodoh ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jangan salah anggap dengan perkataan "jodoh", ianya bukan hanya digunakan untuk tujuan kekasih ataupun teman hidup semata-mata.

Dalam keadaan insan lain sedang enak bercuti, saya terpaksa berhempas pulas untuk menguruskan mengenai isu latihan industri yang akan saya hadapi sepanjang semester enam, semester akhir saya dalam Diploma Komunikasi.

Setelah permohonan banyak kali tidak dijawab, maka saya rasa sudah tiba masanya saya berpasrah mungkin.

Semalam saya bersama dengan pensyarah daripada Jabatan Usuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustaz Abu Zaki, Ustaz Wan Haslam dan Ustaz Salman berada di Seminar Ancaman Kristianisasi di Malaysia, anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selang0r di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor.

Ustaz Abu Zaki, Ustaz Salman dan Ustaz Wan Haslam
Tiba-tiba mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

Telefon : Assalamualaikum saya daripada HR TV Al-Hijrah, boleh saya bercakap dengan saudara Saifulnizam bin Muhamad?

Nie-Zarm : Waalaikumsalam, ya! Saya sedang bercakap.

Telefon : Pihak kami bersetuju untuk menerima saudara untuk latihan industri di organisasi kami.

Nie-Zarm : Alhamdulillah, terima kasih! Saya akan bertugas di bahagian mana?

Telefon : Saudara akan bertugas di Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa bermula 9 November 2011 sehingga 9 Februari 2011.

Nie-Zarm : Terima kasih sekali lagi! (terharu)

Telefon : Sama-sama. Assalamualaikum

Nie-Zarm : Waalaikumsalam.

Sempat bersama seketika dengan Prof Dato' Dr. Sidek Baba semalam

Dengan ini, saya bukan sahaja mendapat tempat yang saya rasakan sesuai, bahkan merupakan tempat yang mana tidak asing bagi saya, kerana pada 13 Ramadhan 1432 Hijrah yang lalu bersamaan 13 Ogos 2011, saya pernah bersama dalam satu slot dalam rancangan "Assalamualaikum" bagi slot pengenalan "Panggung Dakwah".

Ketika siaran langsung rancangan "Assalamualaikum" ddi TV Al-Hijrah

Dengan ini saya juga akan meninggalkan bumi "Pemangkin Tradisi Ilmu" yang saya menyemai ilmu dan pengalaman. Mudah-mudahan pemergian saya ini akan diisi dengan mahasiswa dan mahasiswi yang bersedia untuk mengisi kekosongan sebagai golongan yang akan terus menjalankan kerja-kerja "Cakna Mahasiswa".

Saja nak letak gambar Ustaz Don Daniyal

Doakan agar pemergian saya nanti akan membawa rahmat kepada Islam secara amnya, kepada mahasiswa KUIS secara khususnya.

Wallahu A'lam

Comments

Post a Comment